Tuesday, August 12, 2008

Sakitnya kaki aku

Aku paling benci kalau beli kasut baru(kasut kerja).Mesti sakit bila baru2 nak pakai.Macam2 petua yang aku dengar org cakap kalau beli kasut baru.Gigit dulu kasut sebelum pakai,ketuk dulu dan macam tips yang diberitahu dan dibaca...tapi malangnya semua petua petui tu tak jalan ngan aku...so bila beli kasut baru ajer mesti rasa bercinta ajer nak pakai..

Biasa pilihan aku jenama Carlo Rino.Aku suka design dan harganya. Kalau time sale boleh dapat RM 59.00.Harga tu pada aku okla...cantik juga tahan dan selesa(wwarrrrr..wa...selesa lepas dua minggu dipakai!).Pengalaman bertahun2 beli kasut kerja ni menyebabkan aku sering tertanya2 ada tak kasut yang bila sarung kat kaki aku ajer..terus ok..tak yah tahan sakit(tapi jgn la suggest sandal..itu mmg takder probs!!!!!!!)Aku dah cuba Scholl,Crocodile,Hush Puppies,Alain Delon...semuanya memberi pengalaman yang sama ajer...

Aku fikir2..maybe aku perlu betulkan shape kaki aku dulu....huarrrggggggggg..tak pun maybe solution terbaik aku tempah kasut kat Datuk Jimmy Choo ajer...warrrrrrrr...tetiba aku rasa macam Lady Diana lak..

Inila kasut terbaru aku,jenama Crocodile..cantik(pada aku la)...dah 3 hari pakai...kaki aku sakit..insyaallah minggu depan ok kot..kasut ini akan menyesuaikan diri ngan tuannya!!!!!!

Monday, August 4, 2008

Mama sayang husna

07.07.06 Nurhayatul Husna dilahirkan di University Malaya Specialist Centre jam 4.31 petang .Husna ni lahir 4.1kg!sampai terpaksa keluar ikut tingkap.Mengandungkan Husna agak tidak membebankan.Husna jenis tak banyak ragam dalam perut.Makan semua hentam..(itu sbb mamanya naik 30kg masa mengandung!)Masa dalam perut husna paling suka jus buah-buahan.Tak kira la epal ke,mangga,orange,tembikai..atau buah2 cocktail yang dikisar.Tiap-tiap hari husna nak air buah sampai adakalanya tgh2 malam abah kena turun kedapur buatkan mama air buah!Tapi bila husna lahir husna tak suka pulak air buah..hari2 nak milo..pergi makan kat kedai nak air milo,singgah stesen minyak nak milo,singgah kedai runcit mamak nak milo...pendek cerita nak milo ajer lah!agaknya dah puas sembilan bulan dalam perut mama asyik minum air buah.

Sekarang Husna dah dua tahun.dah pandai nak baju lawa..dah pandai nak melaram.Lipstik dan bedak compaq mama selalu jadi sasaran mainan husna.Minyak wangi abah habis setengah botol disiram ke badannya.dia ingat minyak wangi tu sehengget dua hengget kot).Husna suka makan makanan2 yang berunsurkan mee,spageeti,bihun atau ketiau.Kalau makan mmg habis satu pinggan!Tapi tak kisahla asalkan husna nak makan..Alhamdulillah Husna jarang sakit.Mungkin berkat susu ibu secara intensif yang mama berikan.sampai sekarnag husna masih minum susu badan..

Kek dan cupcake dibawah sempena hari lahir husna baru2ni.Sorry la Husna mama tak buat sambutan pun majlis hari jadi husna.Abah sibuk..mama pun tumpang sibuk.Cheese kek dengan gambar husna bawa pergi umah pengasuh.cuppies husna bagi kawan2 kat umah.
Doa mama dan abah moga Husna jadi anak yang soleh dunia dan akhirat.Amin

Tuesday, July 29, 2008

Erti bahagia buat aku

Asslamualaikum wbr
Ramai org ingin bahagia..tetapi definasi bahagia datang dalam frasa yang berbeza.Bergantung kepada keperluan serta makna bahagia itu sendiri pada setiap individu..
Bahagia pada aku:
Bukan pada wang ringgit
Bukan kepada rumah besar
Bukan kepada pangkat
Bukan jua kerana kereta mahal

Tapi bahagia pada aku...bila aku mempunyai keluarga yang bahagia..Itulah kebahagian yang tidak dapat dinilai oleh wang ringgit mahupun lontaran kata2.Dan kini aku bahagia..Bahagia kerana mempunyai keluarga yang bahagia...dan keluarga yang bahagia inilah yang membahagiakan aku.Alhamdulillah dalam susah dan senang..nampaknya kami sepakat mengharungi bersama.Berkat doa restu serta didikan ayah Bonda(Haji Yunos Bin Yop Yahya dan Hajah Fatimah Binti Abdullah),keluarga besar kami gagah mengharungi cabaran hidup dalam penuh kesepakatan.Alhamdulillah aku juga bahagia dengan keluarga husband yg begitu supportive dan caring..Terimakasih pada yang esa....

Mak dan Abah tersayang...


Family aku..dengan anak,menantu cucu.Anak 10 org,menantu 9 org,cucu 17 org.
Cucu paling besar 19 tahun,paling kecil 2 bulan


Sebahagian dari keluarga husband.Husband aku anak yatim piatu...


geng wanita muslimah beratur ditangga...yg mana satu..idaman kalbu...!


Aku hubby n husband...baju raya yg kami pakai ada cerita sebaliknya!!!!!!!!!

Husna dan abg sepupu yg kini di Korea

Gambar kenangan..Aku Kak Uda,yah dan Ana...

Tuesday, July 22, 2008

Thursday, July 17, 2008

Bila jiwa kembang berbunga....

Alhamdulillah..syukur pada Allah..sakit kepala aku dah hilang...
Aku juga lega sbb selesai satu masalah dengan apartment Seri Nuang. Sekarang dah ada org sewa....tak sampai sebulan lepas dapat kunci...syukur aku...lepas satu beban kewangan...actually ramai sungguh berminat dengan rumah tu...aku sendiri pun kalau ditanya mmg nak duduk rumah tu..sangat nyaman dan mengasyikkan...aku rasa kalau aku duduk rumah tu akan akan makin menjiwang..haa..hhaaa. View Taman Pertanian Bukit Cerakah yang serba hijua benar2 memberi terapi kepada mata dan fikiran....Kabus yang melingkari setiap penjuru alam disekeliling tika hujan berlabuh pergi..atau tak kala subuh menguntum senyum....adalah urutan terbaik pada emosi yang kacau ...(ha..haa...kan aku dah berjiwanggg).Anyway thanks Allah sbb memudahkan satu dari jalan hidup aku(disampig begitu banyak jalan2 lain yang dipermudahkan).



Petang ni aku nak pi main boling dengan opismate. Hujung minggu ni aku ada dua kejohanan boling. Sabtu di IOI Mall, pertandingan boling yang dianjurkan oleh opis aku. Team kami tema hijau(staff Unit Perniagaan dan Audit Luar)Harap2 menang!heehe..hhee.Ahad pulak pertandingan boling untuk Lorong U11/5 Taman Bukit Bandaraya di Ole-Ole Seksyen 18 Shah Alam.Jgn tak tau lorong aku ni mmg aktif...org muda la katakan...yoo..yoo...gooo U11/5...isshh aku risau tak larat ajer..sbb sabtunya dah mencurahkan tenaga di IOI Mall...anyway insyaallah boleh!Kepada semua pembaca blog aku...jom amalkan gaya hiup sihat...wattchhaaaaaaaaa!

Sunday, July 13, 2008

Kepala aku berdenyut-denyut....

Dah 8 hari aku sakit kepala...sakit kepala yg berdenyut2...Jarang aku sakit begini..biasa kalau sakit kepala pun sbb perut kembung(makan nangka ,ubi dsb).dan biasanya gejala akan disertai dengan simptom muntah, tak sedap perut, dan sakit kepala.Tapi kali ini sakit kepalanya hanya dibahagian tengah dan hadapan kepala....rasa semua otot2 disitu mengcengkam kepala aku...
4 hari yg lepas aku dah jumpa doktor..doktor bagitau aku tiada simptom migrain..alhamdulillah. doc kata kemungkinan besar otot 2 kat kepala aku stress.Rupanya kalau sakit kat otot kepala ni tak jalan dengan panadol.!Doctor bagitau aku kena makan ubat untuk melegakan stress otot2 tu....lepas habis ubat kalau tak ok lagi doc kata kena buat ujian darah.....ubat aku ada sikit lagi..tapi sakit kepala aku mcm tak kurang...besok aku nak pi jumpa doc...kepala aku makin berdenyut2....

Thursday, July 10, 2008

Aduh..pening kepala aku......

Lately letih satu badan...part paling letih dikepala....
aku letih bila harga minyak naik......
Rasa bahang kenaikan harga itu begitu terasa...tempiasnya rasa bagaikan bernafas pun menjadi sukar. Kalau sebelum ini untuk minyak dengan nilai RM 30,aku boleh membuat perjalanan dari rumah di shah Alam ke opis di kelana Jaya sebanyak 8 trip,tapi sekang mampu bertahan 3trip sahaja......
Dengan andaian aku tidak menggerakkan kereta kelain2 destinasi selain opis, maka RM 70 barang pasti untuk seminggu(baca 5 hari)!!!!Itu belum ambil kira tol lagi...waduhhh....kaget sungguh idup ini...
Kalau dicampur2 perjalanan pergi beli bawang ke kedai mamak, beli apam balik dipsar malam seksyen 6, pergi swimming di UITM,pergi makan capati setiap sabtu dan ahad dikedai kakak capati sek 8 rasanya mau RM 150 seminggu.Bermakna untuk sebulan sahaja aku kena spend RM 600.00...wahhhhhh

makanya aku harus ubah cara hidup(bak kata mamanda ketua kerajaan).Tiba2 aku berfikir untuk membeli motor untuk kesana dan kesini....kenapa gelak?tak percayer ke?
come on...motor la jadi kenderaan aku masa kat universiti dulu..ok apa..rugged sikit....oklah Pak lah....saya naik motor ajer la...Pal Lah naik la mercedes..opsss jet peribadi Pak Lah tu......