Salam
Alhamdulilah kami suami isteri diberikan kelapangan dan kemudahan oleh Allah untuk mengadakan majlis Akikah dan cukur jambul putera kami Muhammad Ammar Zharif. Majlis diadakan di rumah kami di Shah Alam. sengaja tarikh 15Nov dipilih memandangkan minggu tersebut kami tidak begitu sibuk.
Terima kasih kepada semua tetamu yang datang. Kepada saudara mara yang jauh dan dekat terimakasih kerana membantu menjadikan perjalanan majlis lebih lancar.
Terimakasih juga kepada Nasi Beriani Tambak Johor atas masakan yang sedap. Kepada kumpulan merhaban Lembaga Kemajuan Perempuan Islam Malaysia(LKPIM) Shah Alam kerana sudi datang mengalunkan lagu merhaban mereka.
Syukur alhamdulillah terlaksanalah satu tanggungjawab kami sebagai ibu bapa kepada Ammar. Semoga Ammar akan menjadi anak yg soleh dan berguna dewasa kelak.
Amin
Kakak dan baju cantiknya..tapi malu berselindung di balik bola merah.
Ini namanya 'buka mulut' untuk baby baru lahir. Biasanya tanggungjaab ini dibei kepada mereka yang terdiri dr golongan tingi ilmu agama dan baik budi pekertinya. Dalam gambar adalah ustazah dari kumpulan merhaban
Ammar asyik tenguk mama ajer.heran tengok ramai org kat rumah
Saudara mara berbual sesama mereka..lama tak jumpa kot
Acara potong jambul, sikit ajer dipotongnya
mama bawa Ammar pusing untuk potong rambut.tgk kakak jadi bodyguard. takut sangat org amik adiknya
Abah pun potong jambul adik
Kak Long yang berkerja keras sepanjang malam dan siangnya..tq Kak Long.Nanti Kak Long kahwin ammar tolong lak yer
Kak Long dan Mak Na sempat posing cari laki
Ammar lena jap dengan alunan merhaban dan berzanji
Kakak asik keluar masuk rumah..Maklumla tuan rumah..
Kumpulan merhaban yang sedap suaranya..
Food yang Yummy
Sunday, November 22, 2009
Majlis Akikah dan cukur jambul Ammar
Posted by Ruszia at 2:15 AM 3 comments
Labels: Majlis Akikah Ammar
Sunday, November 8, 2009
Indahnya Kenangan......

Gmbr ni aku cilok dari FB As...seronoknya time ni..selepas bersengkang mata study akhirnya segulung ijazah dalam tangan....BBA (Hons) dari UKM..ggmbr yg dirakam 10 tahun yang lepas ini benar2 membahagiakan aku...eekee...
sedih pun ada teringat kawan2 yang makan sepinggan tido sebantal ngan aku...
dari kiri As(Kini Guru Di SM Agama Tinggi Kuala Kubu Baru), An(mek kelate kini di MARA),siti (atau nama glemer tot kini melangjutkan pengajian peringkat PHD di UK), aku yg cun ngeh..ngeh..ngeh...Dan Suza yang hilang entah kemana......
Nanti aku nak upload banyak lagi gambar yang memberi seribu satu kenangan dalam kehidupan...
Posted by Ruszia at 3:33 PM 1 comments
Wednesday, November 4, 2009
Tongue-tied
sehingga minggu ke 3 my baby Ammar masih susah menyusu badan. Setiap kali disua puting susu dia akan menangis. Dia cuba hisap tapi tak berjaya jugak. Akhirnya terpaksala saya berikan susu badan yang telah diperah masuk botol utk diberi padanya. Dan ini sebenarnya memberi effect kepada kehidupan kami sekeluarga...My hubby terpaksa bangun 3-4 kali semalam untuk memanaskan susu untuk diberi pada baby..tau aje la baby kalau dah lapar menjerit tengah malam sampai hantu pun kalau ada boleh bertempiaran lari..Itu belum lagi berjaga untuk salin drypers baby..hu..huu..huuu..akhirnya kami berdua letih lesu tak cukup tidur...Saya pula tak boleh la nak landing sambil menyusukan anak (kan cara ni sgt bagus untuk berehat sambil menyusukan anak?). Saya juga 3-4 kali bangun semalam untuk memerah susu untuk memastikan baby ckup bekalan untuk besok..Ada yang bertanya susah2 begini beri ajer la susu formula kan senang? memang kalau difikirkan sgt mudah..namun kami mahu memberikan yang terbaik untuk baby..Kalau untuk kakaknya saya mampu memberikannya penyusuan susu ibu sepenuhnya hingga sebelas bulan..dan disambung hingga 3 tahun..kenapa perlu saya membezakan layanan untuk anak kedua..Melihat anak pertama yang membesar sihat,jarang sakit dan bijak menyebabkan saya dan suami bersemangat untuk menyusukan sepenuhnya baby kedua kami.
Bila hingga minggu ketiga anak masih belum mahu menyusu menggunakan puting saya, so saya contact Kak Yati(jururawat Laktasi PPUM). Kak Yati memberi beberapa tips seperti jgn beri time susu penuh, betulka position baby dsb. Semua tips saya dah buat tapi baby masih enggan menyusu. Akhirnya Kak Yati menyarankan saya berjumpa Farah Farhan Kaunselorr Laktasi(sarakids.com) untuk melihat cara bagaimana saya meyusukan baby. Selepas berjumpa Farah,dia melihat posisi baby semasa menyusu betul. Tapi bila Farah check mulut baby baru dia perasan baby saya ada tongue-tied.
Apa itu tongue-tied:
definisinya:The ‘lingual frenum' (or lingual frenulum) is the cord that stretches from under the tongue to the floor of the mouth.
‘Tongue tie', ‘Ankyloglossia' or ‘short frenum' are the terms used when the lingual frenum is short and restricts the mobility of the tongue.
Kalau kita perati kat bahagian bawah lidah, ada satu line yg sambungkan lidah dgn bawah mulut. Kalau tongue tie, line ni pendek, so susah lidah nak bergerak2. Nak jelirkan lidah pun susah. That's why kadang2 baby yg ada tongue tie susah bf, pasal lidah dia tak bole bergerak sangat2. Kesan pada baby menyebabkan feeding difficulties and also can causes bermacam-macam problems dan salah satunya speech problem. Farah merujuk saya kepada Pakar Kanak2 dan Laction Cauncelor Dr Koe dari Klinik Kanak2 Koe Jalan Klang Lama.So masa pergi saya doktor mengesahkan anak saya ada tongue-tied.Solutionnya line dibawah lidah itu dipotong sedikit dalam satu prosedur yang amat simple. Mengikut Dr Koe selepas dipotong biasanya baby tiada masalah untuk bf dan lidahnya akan kembali normal.
Dr Koe sedang melakukan simple prosuder pada mulut Ammar
Dr Koe menunjuk cara posisi baby yang betul semasa bf
Ammar ceria selepas jumpa doktor
Hai ini hari pertama selepas berjumpa doktor. Baby saya menunjukkn ssedikit progress untuk menyusu badan.Walaupun belum sepenuhnya sbb sy masih terpaksa juga memberi susu dalam botol tapi saya bersyukur terdapat sedikit perubahan.Seperti yang Farah kata benda ni perlukan masa..selepas 3 minggu baby menyusu menggunkan botol sahaja pasti dia rasa keliru dengan puting yang baru diberi..Apa2 pun saya berdoa dan terus berdoa semoga baby saya boleh terus bf dari saya...


Ni kakak Ammar Nurhayatul husna yg full bf hingga 11 bulan!
Posted by Ruszia at 12:39 PM 6 comments
Labels: Tongue-tied
Monday, October 19, 2009
Rezeki yang amat bermakna
Alhamdulillah 2009 Allah mengurniakan pelbagai rezeki. Dan rezeki paling bermakna pastilah lahirnya putera kami pada 091009. Lahir secara pembedahan dengan berat 3.58kg. Kali ni bius bedah kesannya macam kejap ajer.2 jam lepas bedah aku dah rasa sakit..dan sakitnya lebih rasanya co mpare masa first baby dulu...tapi tahan ajer la...bak kat sorang nurse tu, Tuhan dah bagi rezeki yg cukup besar, takkan la tak sanggup nak tahan sakit sikit....uikkssss...kan aku dah kena bebelan nurse2 tu..
Inilah putera kami Muhammad Ammar Zharif.Gambar ni baru keluar dari rahim mama, lepas mandi nurse bagi pada abah untuk diazankan.
/>
Kakak la paling sibuk..adik dah tido pun nak dodoikan lagi


hari ke 5 Ammar kena kuning, masuk DEMC 2 hari...penat jugak la berulang 3 kali sehari ke DEMC untuk beri susu dan perah bagi kat Ammar...Alhamdulillah sekarang dah sihat..
Posted by Ruszia at 10:40 PM 2 comments
Thursday, October 8, 2009
Sabar menantinya.......
Selepas 39 minggu mengandungkan baby ni ari ni aku masuk hospital.Hasrat hati ingin bersalin normal nampaknya tak kesampaian .Selepas mendapatkan pakar dari hospital awam dan juga pakar dari hospital swasta,keduanya sependapat memberikan pandangan yang lebih menjurus kepada operation. Aku pun sabo ajer la...nampaknya misi menguruskan badan akan lebih berliku...haa..hhaaaa.....
Hari ni aku dah masuk wad...alhamdulillah..wad ok..cantik dan bersih walaupun hospital kerajaan....nursenya pun ramah2 dan baik hati..(setakat ini la). Aku agak bosan..so berbroadband la aku kat sini......chatting sikit2..surfing sikit...
well..baru lepas makan....makanan sepital biasala..payahnya nak masuk tekak..saat2 gini la aku merindui masakan hubby..baru semalam dia masak siakap 3 rasa...sedapnya!!!!..ok dah ngantuk jom layan gambar
sakitnya tangan ku dicucuk-cucuk
layan internet with my cute HP
tak selera...
my name
Posted by Ruszia at 12:38 PM 0 comments
Saturday, September 26, 2009
Ada mcm tikah tak
Pagi ni takde kerja.
dok menggodek komputer ni
jumpa satu gambar husna
baru perasan gambar ni sebijik macam muka tikah kakak sepupunya.
Betul tak?
Posted by Ruszia at 7:13 AM 0 comments
Monday, September 7, 2009
Tempat baru
Hampir 3 minggu berada ditempat kerja baru....Pelbagai perasaan ada...suka...letih..tak reti dan yang sewaktu dengannya...Menghadapi karenah public ini sememangnya menuntut tahap kesabaran yang amat tinggi (yang adakalanya takde dalam diri aku ni). Anyway hidup mesti diteruskan..
Dek kerana tgh sarat aku lebih banyak duduk dalam bilik ajer.solat pun dalam bilik. Time2 puasa ni waktu tengahari adakalanya terlelap...letih maklumlah pagi2 dah meredah dingin pagi ke tempat kerja..
Begitu banyak pertanyaan berbentuk teknikal so aku terpaksa la mengupdatekan diri dalam aspek teknikal ni secara drastik..fuyyooo..adakalanya berpinar biji mata nak cari jawapan dalam Akta mahupun pekeliling...Ada masa yang terluang sempatla aku mengupdate akta aku yang dah berkarat tu...hhaa.hhaa
Pantang ada masa free ajer aku capai akta untuk update...huargghh bila la boleh siap ni.
Ntah apa ajer la kertas2 atas meja ni.Macam2 ada....
Komputer dengan pelbagai ilmu didalamnya.Termasuk juga email dari boss!banyak arahan tau!.....juga gossip dari kawan2..syyyyyyyy
Dua telefon yang sentiasa berbunyi...aku harus mengambil terapi telinga serta senaman mulut untuk memulihkan kekejangan mulut akibat banyak sangat menjawab panggilan telefon
Fax machine dibelakang kerusi aje.....salah satu kaedah penghantaran kerja pada aku jugak..huarrgg
Posted by Ruszia at 9:18 PM 0 comments


