Monday, September 22, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum wbr
Kepada semua rakan rakan/pengunjung blog ini saya ingin mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Mohon Maaf atas keterlanjuran dari segi perilaku mahupun bahasa. Kepada yang memandu selamat memandu dan ingat lah org tersayang.
Saya insyaallah berhari raya di Perak dan Johor.Ada kesempatan jemput datang ke rumah saya
No 32 Jalan Gunung Nuang U11/5
Taman Bukit Bandaraya
Seksyen U11
Shah Alam
(near Taman Pertanian Bukit Cerakah)

Friday, September 19, 2008

Husna yg layu...

Husna dah 6 hari demam.Bukan setakat demam ,batuk dan selesema yang teruk.
kalau dengar dia batuk kesian betul..mcm org tua batuk..bunyi kering ajer.
hari kedua demam aku dah beri ubat..lepas 5 hari nampaknya tak jalan.Demamnya nampak tak kebah..batuk makin kuat..selesema ajer nampak kurang sikit.
And first time sejak lahir husna tak berselera untuk makan.hari pertama dan kedua demam bila beri makanan peberet dia, ok jugak la.Dia makan walaupun tak banyak mana.
Tapi sejak dua hari lepas dia menolak semua makanan dan susu.Cuba jugak masak mee kegemaran dia,belum suap dah geleng kepala. Pujuk dengan aiskrim yg mmg peberet dia pun tak jalan...semua tak nak.Badan makin lemah.Yer lah tak makan dan minum susu ..mana la badan tak lembik.Aku pun dah rasa macam nak demam menjaga org sakit ni.Mujurla husna tak berkepit dengan aku ajer..dengan abah dia pun ok.

Malam tadi aku bawa Husna jumpa doktor kat Sek 18.Husna pandang doktor pun tak nak..(hhee..hee pun doktor tu hensem dan manis sekali!!)Doctor bagi antibiotik dan minta datang lagi jika dua hari tiada perubahan......Balik rumah ptg nanti tgh pikir apalah nak masak untuk husna bagi dia selera makan....Maybe mee sup...harap2 dia nak makan dan cepat sembuh!

Tuesday, September 9, 2008

Cucur udang campak2

Assalamualaikum wbr

Semalam saya chatting dengan member lama Sulas yang kini berkerja di Dubai.
Seronoknya dapat kerja jauh negeri org yer...
Sulas ni nama betul dia Sulastri Mustakim...satu sekolah dengan aku dari Form 1 sampai Form 5. Kami sama2 pemain bolajaring dan bola baling sekolah dan daerah.Banyak kenangan dikongsi bersama.
Lepas habis belajar ada la sekali sekala contact dia..dengar2 jugak cerita dari teman2..hampir lama tak dengar berita rupanya Sulas dah jauh membawa diri mencari rezeki....Dengar cerita Sulas bekerja dengan IJM disana....

Sembang2 dengan Sulas dia bercerita ttg aktiviti ramadan Malaysian di Dubai. salah satunya adalah dengan mengadakan bazar ramadan srtiap jumaat.Sulas salah seorang yg menjual makanan. Atas permintaan Sulas dia minta resepi cucur udang. First day dia try jual cucur udang..tapi katanya hancus..tak menjadi....Sulas ni resepi campak2 aku ajer tau...sukatan bahannya pun aku hentam ajr....nko tau la aku ni masak selalu ikut rasa hati aku ajer...btw why not try dulu...kot2 menjadi dan ramai Pak Arab suka...ha..hhaa

CUCUR UDANG CAMPAK2
300g udang kecil2 (rebus dan simpan air untuk bancuhan tepung)
1/2 kg tepung gandum di ayak
2 biji bawang besar(hiris halus)
dua genggam taugeh segar
1 ikat kucai(dipotong)
3 biji cili besar(dihiris halus)
3 tangkai daun sup
1 biji telur
garam secukup rasa

Masukan semua bahan dan kacau hingga sebati dengan air rebusan udang.Air rebusan udang hendaklah suam(jgn panas).masukkan garam secukup rasa. Masukkan air sehingga bancuhan menjadi agak kenyal.Jgn lembik atau keras sgt.
Goreng hinga garing dengan menggunakan minyak yg banyak dan api yg sederhana.
Hidang bersama kuah kacang atau sos cili.

Ini lah cucur udang sebelum digoreng.sbb resepinya campak2 so bancuhan pun sememeh ajerrrr..janji sodap!


Cucur selepas digoreng.gambar hanya sedikit sahaja cucur.Yg lain2nya telah dibaham sebaik sahaja azan berbunyiii

Apartment 4 bilik Bkt Bandaraya Shah Alam Untuk disewa

Alamat : 2-7-12, Apartment Seri Nuang
Seksyen U11 Taman Bukit Bandaraya
Shah Alam
Keluasan: 1044sqf. 4Bilik 2 Bilik Air
Ciri rumah:Tingkat 7 dari 8 tingkat
View sgt menarik ke Taman Pertanian Bukit Cerakah(semua bilik dan balkoni)
Ruang tamu dan dining Hall tiles 2kakiX2kaki
Tiles hingga syiling di bilik air dan dapur
Kipas ,lampu
Grill untuk keselamatan
1 parking berbumbung

Lokasi : 4km ke Concorde Shah Alam
6km ke Tesco,SACC,PKNS,Alam Sentral ,UITM
2 km ke Sek 8
Harga Sewa: RM 850.00/month

Berminat hubungi Ruszia 0162210039/ruszia@streamyx.com

Pintu Rumah yg sgt besar


Tiles ruang tamu dan ruang makan cantik dan berkualiti
2kakiX2kaki

Salah satu bilik.cantik dan sdia ada tiles

Pandangan dari balkoni ke Taman Pertanian Bukit Cerakah. Udara sgt sejuk dan pagi berkabus.seperti musim winter!

salah satu dari bilik.Juga mengadap ke Taman Pertanian Bukit Cerakah. Semua bilik View ke Taman Pertanian Bukit Cerakah

Tiles dinding dapur hingga ke siling. Begitu juga tiles di bilik air.

masuk sahaja rumah kedamaian telah terasa.Ruang tamu yg luas.....

Monday, September 1, 2008

Keletihan

Salam
Sudah lama aku tak menulis dalam blog ni.hampir bersawang nampaknya.Dua tiga hari ni sgt letih dan bizi.
Aku pindah rumah.Bila nak pindah baru sedar punya la banyaknya barang2 dirumah.Hampir 1/4 barang rumah aku let go kat org lain..tapi bila dah bagi org lain barang yg tinggal masih banyak..Ikut kan aku ,hendaknya aku letgo banyak lagi barang2 lain..tapi tau la laki aku tu...sentimental sungguh orgnya!Sampaikan tshirt lama2 zaman bujang pun masih nak simpan..patut la 4 almari besar pun tak muat nak tampung baju....simpan ajer,..pakainya idak..

Bila masuk rumah baru ni macam2 la barang nak beli..lampu,kipas,pindah aircond,astro,cat rumah..pasang langsirr...adooiiiiii..pening aku tgk perbelanjaan yg telah dan akan dibuat.Masuk rumah baru ni rupanya banyak sungguh duit diperlukan..itu blm lagi kalau yg nak beli perabot baru,pinggan mangkuk baru..segala mak nenek barang2 lain!!!!!!!!!!btw rasa puas sbb rumah sendiri!

Banyak gambar aku ambil sempena perpindahan rumah baru ni..tapi bila nak masuk dalam blog ni jenuh la aku cari kabel kamera...mana la dia..tak larat aku nak cari dalam berbelas kotak barang....nanti la ..kalau jumpa kotak tu aku pos la gambar...

Kepada semua rakan taulan sanak semara..dikesempatan ini aku ucapkan selamat Menyambut Mubarak yg Mulia...Semoga keimanan kita pada yang esa akan bertambah..Insyaallah..amin