07.07.06 Nurhayatul Husna dilahirkan di University Malaya Specialist Centre jam 4.31 petang .Husna ni lahir 4.1kg!sampai terpaksa keluar ikut tingkap.Mengandungkan Husna agak tidak membebankan.Husna jenis tak banyak ragam dalam perut.Makan semua hentam..(itu sbb mamanya naik 30kg masa mengandung!)Masa dalam perut husna paling suka jus buah-buahan.Tak kira la epal ke,mangga,orange,tembikai..atau buah2 cocktail yang dikisar.Tiap-tiap hari husna nak air buah sampai adakalanya tgh2 malam abah kena turun kedapur buatkan mama air buah!Tapi bila husna lahir husna tak suka pulak air buah..hari2 nak milo..pergi makan kat kedai nak air milo,singgah stesen minyak nak milo,singgah kedai runcit mamak nak milo...pendek cerita nak milo ajer lah!agaknya dah puas sembilan bulan dalam perut mama asyik minum air buah.
Sekarang Husna dah dua tahun.dah pandai nak baju lawa..dah pandai nak melaram.Lipstik dan bedak compaq mama selalu jadi sasaran mainan husna.Minyak wangi abah habis setengah botol disiram ke badannya.dia ingat minyak wangi tu sehengget dua hengget kot).Husna suka makan makanan2 yang berunsurkan mee,spageeti,bihun atau ketiau.Kalau makan mmg habis satu pinggan!Tapi tak kisahla asalkan husna nak makan..Alhamdulillah Husna jarang sakit.Mungkin berkat susu ibu secara intensif yang mama berikan.sampai sekarnag husna masih minum susu badan..
Kek dan cupcake dibawah sempena hari lahir husna baru2ni.Sorry la Husna mama tak buat sambutan pun majlis hari jadi husna.Abah sibuk..mama pun tumpang sibuk.Cheese kek dengan gambar husna bawa pergi umah pengasuh.cuppies husna bagi kawan2 kat umah.
Doa mama dan abah moga Husna jadi anak yang soleh dunia dan akhirat.Amin
No comments:
Post a Comment