Friday, March 5, 2010

Tolong Hentikan!!!!!!!!!

Belum pun selesai kes Syafia Humairah Sahari, tiga tahun, yang mati ditendang dan dipijak teman lelaki ibunya, minggu lalu, seorang lagi kanak-kanak berusia 18 bulan pula menjadi korban terbaru kes penderaan

Dalam kejadian di Pangsapuri Bestari Damansara, Kayu Ara di sini, malam kelmarin, K Hares-varran dikatakan dipukul dan dipijak suami jiran keluarganya hingga menyebabkan hati kanak-kanak lelaki itu pecah dan enam tulang rusuknya patah

Tidak tercapai akal saya kenapa la sebegitu kering hati pembunuh kanak2 ini. Saya cuba membayangkan kedua kanak2 ini menjerit, merayu, menangis , meraung minta dilepaskan...tetapi syaitan2 ini terus menerus memijak , menolak , menumbuk dan segala macam perlakuan yang amat dasyat untuk dibayangkan....Saya yang membayangkan sahaja telah berderaian airmata..apatah lagi jika ianya berlaku didepan mata saya.....

Sebagai ibu yang mempunyai anak kecil, makcik yang mempunyai anak sedara yang masih kecil, saya merasa amat sedih dan terkejut dengan perlakuan kejam syaitan2 ini. Memang mereka tidak layak hidup di dunia ini. Apakah baran yang subur dihati syaitan ini perlu dilampiaskan pada anak kecil yang tidak berdoa?

Marilah saudara maraku, marilah rakan-rakan ku, marilah kenalan2 ku..Kita sama-sama menjadikan dunia ini selamat diduduki oleh anak2 comel kita, marilah kita menjadi sedikit busy body dalam urusan kehidupan supaya jangan kita ditanya di akhirat kelak apakah kita sekadar memejamkan mata melihat lebam disana luka disini didepan mata, apakah kita menjadi manusia yang tuli walau kita mendengar hampir setiap hari raungan dan tangisan mereka yang didera......Dan kepada pelaku keganasan yang bersifat penuh kebinatangan ini, Allah tidak pernah akan melepaskan engkau diakhirat kelak..walau mungkin balasan yang engkau terima didunia hanya secuit rasa......

Saya berdoa semoga semua anak2 yang ada di muka bumi ini akan dilindungi..Semoga hati2 mereka yang zalim ini akan ditutup oleh Allah untuk meneruskan niat kejahatan mereka....Semoga dunia ini menjadi tempat yang selamat untuk dihirup udaranya..Amin

Untuk Husna and Ammar, mama serahkan seluruh jiwa raga mama untuk anak mama tersayang...:-)




Tuesday, February 9, 2010

Jenuh la saya

Anak perempuan saya tahun ini umurnya 4 tahun. Dah tak nak pakai drypers waima di malam hari. Beliau sgt berdisiplin.Sebelum tido mesti buang air dahulu.Tapi yng peningnya hampir setiap hari terbabas..Penatnya melayan comforter, bedsheet yang tebal2 tu kena basuh habis setiap hari...Mungkin ini cabaran untuk ibu bapa dalam menghadapi anak yang semakin membesar? kami cuma bersabar..nak marah pun tak guna...at least sebelum tido dia dah ke bilik air dulu..nak slowkan aircond panas pulak...
nampak gayanya lepas ni tgh malam kena kejutkan dia bangun buang air...tapi nak ke dia tgh2 lena2 tido tu kebilik air,,,,,,isshh mencabarnya....Any suggestions?

Friday, January 15, 2010

I lost my Handphone!

Tipon aku ilang...
so kepada yang nak bercakap ngan aku boleh la kol no umah aku
0355115848 atau no tel hubby teman 0126336793

tipon ilang dipercayai di opis..ishh toyol mana la pulak yg amik tipon tu...
aku sayang tipon tu sbb hadiah dr hubby sempena birthday aku tahun lepas....
tipon paling mahal pernah aku miliki...
sekarang ni kena g DG Centre utk amik simkad baru...
huaa..huaa
byk kije..malas tull.....\
boleh ke aku idup tanpa hp ni?
ada sesapa baik ati nak belikan hp baru untuk aku?
dah la ari tu baru ilang RM 1000...mana la aku nak korek duit beli hp baru ni....
korang tak kesian kat aku ke?/???

Tuesday, January 5, 2010

Keluarga besarku

Haaa...cuba kira berapa orang ada dalam gamabr
semua ni adalah keluarga aku
gambar ni di ambil masa Kahwin Ancu..
kalau berkumpul kecohh
dalam gamabr ni cuma tikah dan Mak Unggal ajer yang takde

Senyummmmmmmmm....mujurla semua boleh masuk kamera..isshh yg depan tu ada yg bertinggung mcam nak buang air besar ajer


amboi lawa2nya mak dara dan anak dara..bersusun ditangga....yang mak dara tak keroje dok atas tangga...
yang anak dara menunggu org masuk meminang..hiasan tangga by Kak yang deco....


Aksi sebelum gambar di ambil...bukan senang nak mengumpul semua dok tepi khemah ni....jenuh mengejor yg tua dan kecil soh bergambo......orgg dah panas ni...mana yg lain niiii

Thursday, December 24, 2009

Mana perginya????



Semalam saya telah mengeluarkan sejumlah wang sebanyak RM 1000.00 di Maybank stesen minyak Esso Bt 3 Shah Alam..
Malangnya saya tidak dapat mengesan dimana saya letak duit tu...
pagi ini jenuh cari dalam dompet ,dalam kereta namun tiada...semakan di Maybank2u mmg wujud pengeluaran RM 1000 semalam......

I have no idea..dimana la saya letak duit tersebut....adakah saya terlupa mengambil duit itu dimesin ATM semalam....?????????ohhh my god RM 1000 is not a small amount....hari ni baru 24Dec....next gaji tahun depan 25January....hua..huaaaaaaa ..saya berdoa akan berjumpa duit tersebut...duit tu adalah untuk membayar duit kereta saya bulan ni!!!!!!! Kepada yang terjumpa duit tu sila la pulangkan kepada saya....Kepada Allah swt saya berdoa semoga saya akan berjumpa dengan duit itu....amin

Saturday, December 19, 2009

Bahana Sayur Lemak Pucuk Manis

Kesian Ammar. Malam tadi semalaman tak tido. Aku ingatkan dia lapar.tapi lepas bagi susu dia menangis lagi,check lampin ok tak basah.
Aku pun tak tau nak buat apa masa tu. Ammar menangis kuat hingga keluar airmata...gaya menangis macam menangung kesakitan sgt.. bila aku rasa perutnya...la kembung rupanya...Patutla menangis sungguh2 dia. Aku sapu minyak yuyi ke perutnya dengan harapan berkurang sakitnya..malangnya Ammar terus nangis...Aku yg semput ni tambah semput jadinya..Ammar diletak atas katil menangis..didukung menangis..agaknya sakit sgt kot

Aku cari stok ubat..mujurla ada sikit lagi ubat kembung yg aku ambil di Klinik Suraya ari tu..aku bgi dia minum..sejam selepas tu baru la Ammar lena...Tapi jam dah menunjukkan 5 pagi..Aku dgn rasa yg amat longlai pun tertidur sekali....

Siangnya Ammar bagai mengqada tido pulak ..dari jam 5 pagi dia bangun jam 7.30 pagi minum susu..lepas tu terus tido sampai jam 12 tgh..bangun aku mandikan dan beri susu..terus dia tdo hinga sekarang jam 5 ptg..tdo dengan amat lena.. Yer la semalaman Ammar tak tdo...

Aku check balik kenapa la Ammar boleh kembung..emmm bru teringat akau makan sayur lemak pucuk manis semalam...ada org kata sayur tu berangin..aku kalau makan lupa semua..dah terkena baru teringat balik...Siann Ammar...nafsu makan mama menyebabkan Ammar menderita..sorry sayang..

Ammar tdo dengan lena dalam cuaca mendung sepanjang hari di Shah Alam hari ini

Sunday, November 22, 2009

Majlis Akikah dan cukur jambul Ammar

Salam
Alhamdulilah kami suami isteri diberikan kelapangan dan kemudahan oleh Allah untuk mengadakan majlis Akikah dan cukur jambul putera kami Muhammad Ammar Zharif. Majlis diadakan di rumah kami di Shah Alam. sengaja tarikh 15Nov dipilih memandangkan minggu tersebut kami tidak begitu sibuk.

Terima kasih kepada semua tetamu yang datang. Kepada saudara mara yang jauh dan dekat terimakasih kerana membantu menjadikan perjalanan majlis lebih lancar.
Terimakasih juga kepada Nasi Beriani Tambak Johor atas masakan yang sedap. Kepada kumpulan merhaban Lembaga Kemajuan Perempuan Islam Malaysia(LKPIM) Shah Alam kerana sudi datang mengalunkan lagu merhaban mereka.

Syukur alhamdulillah terlaksanalah satu tanggungjawab kami sebagai ibu bapa kepada Ammar. Semoga Ammar akan menjadi anak yg soleh dan berguna dewasa kelak.
Amin

Kakak dan baju cantiknya..tapi malu berselindung di balik bola merah.


Ini namanya 'buka mulut' untuk baby baru lahir. Biasanya tanggungjaab ini dibei kepada mereka yang terdiri dr golongan tingi ilmu agama dan baik budi pekertinya. Dalam gambar adalah ustazah dari kumpulan merhaban


Ammar asyik tenguk mama ajer.heran tengok ramai org kat rumah


Saudara mara berbual sesama mereka..lama tak jumpa kot


Acara potong jambul, sikit ajer dipotongnya


mama bawa Ammar pusing untuk potong rambut.tgk kakak jadi bodyguard. takut sangat org amik adiknya

Abah pun potong jambul adik


Kak Long yang berkerja keras sepanjang malam dan siangnya..tq Kak Long.Nanti Kak Long kahwin ammar tolong lak yer


Kak Long dan Mak Na sempat posing cari laki

Ammar lena jap dengan alunan merhaban dan berzanji


Kakak asik keluar masuk rumah..Maklumla tuan rumah..


Kumpulan merhaban yang sedap suaranya..


Food yang Yummy