Salam
Alhamdulilah kami suami isteri diberikan kelapangan dan kemudahan oleh Allah untuk mengadakan majlis Akikah dan cukur jambul putera kami Muhammad Ammar Zharif. Majlis diadakan di rumah kami di Shah Alam. sengaja tarikh 15Nov dipilih memandangkan minggu tersebut kami tidak begitu sibuk.
Terima kasih kepada semua tetamu yang datang. Kepada saudara mara yang jauh dan dekat terimakasih kerana membantu menjadikan perjalanan majlis lebih lancar.
Terimakasih juga kepada Nasi Beriani Tambak Johor atas masakan yang sedap. Kepada kumpulan merhaban Lembaga Kemajuan Perempuan Islam Malaysia(LKPIM) Shah Alam kerana sudi datang mengalunkan lagu merhaban mereka.
Syukur alhamdulillah terlaksanalah satu tanggungjawab kami sebagai ibu bapa kepada Ammar. Semoga Ammar akan menjadi anak yg soleh dan berguna dewasa kelak.
Amin
Kakak dan baju cantiknya..tapi malu berselindung di balik bola merah.
Ini namanya 'buka mulut' untuk baby baru lahir. Biasanya tanggungjaab ini dibei kepada mereka yang terdiri dr golongan tingi ilmu agama dan baik budi pekertinya. Dalam gambar adalah ustazah dari kumpulan merhaban
Ammar asyik tenguk mama ajer.heran tengok ramai org kat rumah
Saudara mara berbual sesama mereka..lama tak jumpa kot
Acara potong jambul, sikit ajer dipotongnya
mama bawa Ammar pusing untuk potong rambut.tgk kakak jadi bodyguard. takut sangat org amik adiknya
Abah pun potong jambul adik
Kak Long yang berkerja keras sepanjang malam dan siangnya..tq Kak Long.Nanti Kak Long kahwin ammar tolong lak yer
Kak Long dan Mak Na sempat posing cari laki
Ammar lena jap dengan alunan merhaban dan berzanji
Kakak asik keluar masuk rumah..Maklumla tuan rumah..
Kumpulan merhaban yang sedap suaranya..
Food yang Yummy
3 comments:
alhamdulillah terlaksana juga tanggungjawab kita sebagai parents..moga amar jadi anak yg soleh..
Terlaksana satu tanggungjawab dan bersedia untuk melaksanakan tanggungjawab yang seterusnya,InsyaAllah. Best M. Teh suka kambing
nieda..tq
Mak Teh; bekk..bekkkk
Post a Comment