Belum pun selesai kes Syafia Humairah Sahari, tiga tahun, yang mati ditendang dan dipijak teman lelaki ibunya, minggu lalu, seorang lagi kanak-kanak berusia 18 bulan pula menjadi korban terbaru kes penderaan
Dalam kejadian di Pangsapuri Bestari Damansara, Kayu Ara di sini, malam kelmarin, K Hares-varran dikatakan dipukul dan dipijak suami jiran keluarganya hingga menyebabkan hati kanak-kanak lelaki itu pecah dan enam tulang rusuknya patah
Tidak tercapai akal saya kenapa la sebegitu kering hati pembunuh kanak2 ini. Saya cuba membayangkan kedua kanak2 ini menjerit, merayu, menangis , meraung minta dilepaskan...tetapi syaitan2 ini terus menerus memijak , menolak , menumbuk dan segala macam perlakuan yang amat dasyat untuk dibayangkan....Saya yang membayangkan sahaja telah berderaian airmata..apatah lagi jika ianya berlaku didepan mata saya.....
Sebagai ibu yang mempunyai anak kecil, makcik yang mempunyai anak sedara yang masih kecil, saya merasa amat sedih dan terkejut dengan perlakuan kejam syaitan2 ini. Memang mereka tidak layak hidup di dunia ini. Apakah baran yang subur dihati syaitan ini perlu dilampiaskan pada anak kecil yang tidak berdoa?
Marilah saudara maraku, marilah rakan-rakan ku, marilah kenalan2 ku..Kita sama-sama menjadikan dunia ini selamat diduduki oleh anak2 comel kita, marilah kita menjadi sedikit busy body dalam urusan kehidupan supaya jangan kita ditanya di akhirat kelak apakah kita sekadar memejamkan mata melihat lebam disana luka disini didepan mata, apakah kita menjadi manusia yang tuli walau kita mendengar hampir setiap hari raungan dan tangisan mereka yang didera......Dan kepada pelaku keganasan yang bersifat penuh kebinatangan ini, Allah tidak pernah akan melepaskan engkau diakhirat kelak..walau mungkin balasan yang engkau terima didunia hanya secuit rasa......
Saya berdoa semoga semua anak2 yang ada di muka bumi ini akan dilindungi..Semoga hati2 mereka yang zalim ini akan ditutup oleh Allah untuk meneruskan niat kejahatan mereka....Semoga dunia ini menjadi tempat yang selamat untuk dihirup udaranya..Amin
Untuk Husna and Ammar, mama serahkan seluruh jiwa raga mama untuk anak mama tersayang...:-)
No comments:
Post a Comment