Saturday, December 19, 2009

Bahana Sayur Lemak Pucuk Manis

Kesian Ammar. Malam tadi semalaman tak tido. Aku ingatkan dia lapar.tapi lepas bagi susu dia menangis lagi,check lampin ok tak basah.
Aku pun tak tau nak buat apa masa tu. Ammar menangis kuat hingga keluar airmata...gaya menangis macam menangung kesakitan sgt.. bila aku rasa perutnya...la kembung rupanya...Patutla menangis sungguh2 dia. Aku sapu minyak yuyi ke perutnya dengan harapan berkurang sakitnya..malangnya Ammar terus nangis...Aku yg semput ni tambah semput jadinya..Ammar diletak atas katil menangis..didukung menangis..agaknya sakit sgt kot

Aku cari stok ubat..mujurla ada sikit lagi ubat kembung yg aku ambil di Klinik Suraya ari tu..aku bgi dia minum..sejam selepas tu baru la Ammar lena...Tapi jam dah menunjukkan 5 pagi..Aku dgn rasa yg amat longlai pun tertidur sekali....

Siangnya Ammar bagai mengqada tido pulak ..dari jam 5 pagi dia bangun jam 7.30 pagi minum susu..lepas tu terus tido sampai jam 12 tgh..bangun aku mandikan dan beri susu..terus dia tdo hinga sekarang jam 5 ptg..tdo dengan amat lena.. Yer la semalaman Ammar tak tdo...

Aku check balik kenapa la Ammar boleh kembung..emmm bru teringat akau makan sayur lemak pucuk manis semalam...ada org kata sayur tu berangin..aku kalau makan lupa semua..dah terkena baru teringat balik...Siann Ammar...nafsu makan mama menyebabkan Ammar menderita..sorry sayang..

Ammar tdo dengan lena dalam cuaca mendung sepanjang hari di Shah Alam hari ini

No comments: