Wednesday, August 20, 2008

wardina..ohh..wardina


salam untuk semua

semalam saya menonton tv3..tak ingat cerita apa..tapi ada wardina berlakon.
Saya amat meminati beliau..suka pada keperibadian dia.Ingat lagi masa dia baru lepas SPM..dia ni jadi minah levis(kalau tak silap ada pertandingan pemakaian jeans levis dan dia menang).seluar jeans levis yang dia pakai pulak jenis sampai lutut.masa tu kira Wardina ni ala2 seksi sikit jugak la...

Bila Wardina bertudung,saya agak terkejut.Tapi manisnya bila beliau bertudung..dan gaya tudungnya telah membuka lembaran baru dunia perfesyenan(betulke perkataan ni!!)tanah air..dimana2 org bertanya tudung wardina..dimana2 penjual menjual nama Wardina untuk melariskan barangan..dan alhamdulillah selepas mengambil keputusan yang sangat mendekatkan dirinya dengan pencipta,wardina dikurniakan jodoh dengan Ikhwan yang pada saya sangat baik dan sangat sesuai untuk Wardina..Saya melihat Wardina sangat ikhlas dengan Allah bila beliau memilih untuk menutup aurat(tak macam sorang artis popular tu yang bertudung tapi nampak rambut!).

The Old Dina!

The New Dina!



Kepada Wardina Saffiyah:
Saya ucapkan selamat maju jaya dalam kerjaya dan kehidupan.Semoga berterusan menjadi muslimah sejati,menjadi isteri yang baik,ibu yang penyayang,anak yang solehah dan public figure yang sentiasa menjaga perilaku.Malaysia patut berbangga mempunyai artis seperti Wardina



3 comments:

Anonymous said...

Ikhlas dan cinta pada Pencipta adalah rezeki dariNya jua. Dan hidayah adalah hakNya.

Mat Gebu said...

Setuju...Wardina sejak dia bertudung, bukan saja makin jelita dan anggun, rezeki dia pun melimpah ruah....Syukur atas segala kenikmatan yg Allah bagi.....

Anonymous said...

betul mat
jelita betul dia
ari tu saya tgk spanar Jaya....masa tu dia belum berudung.rasanya tak sejelita dah bertudung ni