Sunday, June 28, 2009

Kuantan..kami datang

Lama tak menulis disini. So much to do. Here, there and everywhere....
Kali ni nak cerita ttg family day keluarga aku iaitu keluarga Hj Yunos dan Hjh Fatimah. Tahun ni kami berkampung di Kuantan....Tempat ni aku yg pilih...hhaa..hhaaa....as a organizer byk benda yang perlu dibuat.Alhamdulillah AJK yang dilantik menjalankan tugas dengan begitu baik....Kenapa pilih Kuantan? salah satu sbb nya sbb au suka foodnya...sedap dan banyak pilihan!

Program bermula 13 Jun(Sabutu dan berakhir 14 Jun (ahad)
Tapi kebanyakan dari hari Jumaat dah datang...
Jom layan gambar ajer..lets the pics cerita semuanya
lagi banyak gambo dalam blog adik beradik yg lain.Deme ni rajin bergambo

sebelum berjalan jauh..pi tinted keter dulu..haa.hhaa..sebenarnya lama nak buat ..tapi masa takde ajer...so kenangkan nak jalan jauh buat gak...kalau tak rasa panas ajer



Husna dan gayanya.dua aksi berbeza..satu letih..satu lagi suka beno





Acara Sukaneka...sukernya dia....


Humaira keletihan



Makan dan makan,...sumernya yummmy.....




Doorgift utk semua!

Friday, June 5, 2009

Apa-Kabau?Meh pekena asam pedas

Minggu lepas selepas menemani hubby hantar wedding kek kat customer ni Setiawangsa, kami makan tengahari di Restoren Asam Pedas. Restorennya disebelah LRT Setia Wangsa..senang sgt nak cari..

First time pergi aku dah suka cuaca dalam restoren ni..rasa selesa..sejuk walupun tanpa aircond..(ditepi restoren ni banyak pokok).Aku order set asam pedas tenggiri, hubby pulak asam pedas pari..husna..nasi g0reng cina ajer la...

Restoran Asam Pedas dibuka sejak lima tahun lalu dengan menu utamanya asam pedas Melaka. Jika masakan asam pedas biasanya menggunakan kuah sama iaitu cuma dimasukkan lauk berlainan, asam pedas di restoran itu pula dimasak dengan kuah berlainan.
Misalnya ikan pari mempunyai rasa dan aroma daun kesum, tenggiri dengan aroma daun limau purut manakala daging (lengkuas dan daun limau purut).

Komen aku:
sedap...okla tekak aku boleh terima dengan baik la (mana tidaknya sampai dua mangkuk kuah asam peda tu aku hirup).Suasana kedai nyaman....deco pun menarik...harga?tak murah sgt,tak la mahal sgt

Kalau berminat nak singgah here is the address:
ALAMAT: No 6, Jalan Jelatek 1, Setiawangsa, Jelatek Business Park, 54200 Kuala Lumpur. Tel: 03-42527279, 03-42527280

Nota ptg:Entry ini tiada kaitan dengan pengambilan sebarang komisen dari kedai ini.kuii..kui..kuii






Monday, May 25, 2009

Oppss! Selasa sudah...

Setiap kali menjelang selasa, aku mesti nak balik awal ajer dari opis. Hari Selasa hari yg sgt sibuk. Sebelum pukul 7 malam, aku mesti siap masak untuk dinner..kalau tak my little girl akan tidur hingga ke pagi dalam kelaparan...

Alsebab kenapa semua kena buat cepat petang selasa sbb Husna ada kelas renang dari jam 2.30 ptg hingga 4.30 ptg. So bila ambil dia dari Nursery mmg dah lembik dan keletihan yang teramat sangat. Kekadang masuk kereta terus tertido.Kalau tak tido pun mesti merengek sebab keletihan sangat. Terpaksa la sampai rumah ajer terus urut
kaki dan badannya...

Aksi dibawah adalah aksi sementara aku nak menyiapkan makan malam. Jam baru 6.30 petang.Husna duduk depan tv sambil tengok tv. Aku lak dok ralit memasak.Tiba2 macam perasan isshh napa senyap ajer kat depan.....Masyaallah..bila aku pergi kedepan inilah aksi Husna....Tidur dengan rupa yg sangat keletihan sampai tertonggeng....
Siannya mama tgk anak mama....
Dan setiap selasa aku tidak sabar menunggu jam 4.31 ptg untuk pulang ke rumah....



Tuesday, May 19, 2009

Bila husna demam

Husna demam teruk minggu lepas.
tgk la muka dia moyok ajer.
tapi mujur la dia nak makan ubat ,minum air dan makan bubur.
so demam nya cepat jugak pulih walaupun suhu badan tinggi....
walaupun demam husna nak makan sendiri.tak nak mama suap.
tido ajer nak bawah ketiak mama..kuii..kuiiii....
Bila husna demam mama rindu aksi -aksi nakal dia.
Kalau sihat terkinja2.bila demam lembik habis...
Bila mama tgk gambar ni abru mama perasan..ishh kurus la anak mama ni!!!


Wednesday, May 13, 2009

Jangan perkosa negeriku


Saya ingin berkongsi satu pendapat yang saya kira amat menarik berkaitan dengan krisis di Perak.Sedih, marah, geram...berbagai perasaan berbaur dalam hati saya dan juga saya pasti dikalangan PERAKIAN yang lain juga...
Saya menyeru supaya Bubarkan DUN, kembali kepada kuasa kepada rakyat untuk memilih apa yang terbaik untuk kami..Jangan perkosa negeri kami!


Artikel dipetik dari: http://zul4kulim.blogspot.com/Saya merasa dengan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali yang membenarkan permohonan Datuk Zambry Kadir untuk menggantung perlaksanaan penghakiman YA Hakim Datuk Abdul Aziz semalam yang mengisytiharan Dato Seri Mohamad Nizar sebagai MB negeri Perak yang sah.

Saya tidak nafikan mana-mana pihak yang terkilan dengan mana-mana keputusan seseorang Hakim berhak untuk membuat rayuan.

Namun undang-undang memperuntukkan dibawah
Aturan 13 Kaedah Mahkamah Rayuan bahawa "sesuatu rayuan tidak boleh menggantung penguatkuasaan sesuatu penghakiman".

Ini bermakna dari segi prinsip perundangan, sesuatu penghakiman itu tidak boleh digantung atau ditahan penguatkuasaannya kecuali pihak yang merayu tersebut boleh membuktikan ujud satu keadaan istimewa dimana jika penghakiman itu dilaksanakan akan menyebabkan rayuan mana-mana pihak akan menjadi hampa (jika rayuannya dibenarkan).

Didalam kes ini, keputusan Mahkamah Tinggi sekadar mengesahkan kedudukan YAB Dato Seri Nizar sebagai Menteri Besar, dan itulah kedudukan beliau sebelum daripada ini.

Jadi tidak timbul keadaan istimewa. Ianya akan jadi keadaan istimewa sekiranya keputusan itu menyebabkan negeri Perak tidak ada MB sehingga rayuan itu didengar dan diputuskan.

Keputusan itu sekadar menyatakan Zambry Kadir bukan Menteri Besar. Menguatkuasakan penghakiman tersebut bermakna beliau perlu mengosongkan pejabat dan rumah Menteri Besar.

Sekiranya rayuan beliau dibenarkan pun ianya tidak membawa apa-apa kerugian kepada beliau. Pejabat dan rumah Menteri Besar tetap ada disitu. Jawatan Menteri Besar tetap ujud dalam negeri Pera. Gajinya pun boleh dibayar semula menggantikan bulan-bulan yang beliau tidak mendapat gaji beliau sebagai MB.

Apa yang saya nampak keadaan istimewa itu hanyalah bagi BN kerana mereka kehilangan kerusi MB. Dan kehilangan kerusi MB bagi BN bukanlah keadaan istimewa saperti yang disyaratkan oleh undang-undang untuk memberikan perintah penggantungan perintah Mahkamah Tinggi tersebut.

Apatah lagi Hakim Datuk Ramly dalam perintahnya menyatakan bahawa Zambry Kadir masih lagi MB. Ini adalah merit kes itu sendiri yang mana telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi sebagai sebaliknya.

Bagaimana mungkin Hakim Datuk Ramly yang tidak membicarakan kes tersebut dan tidak mendengar saksi dan keterangan boleh menyatakan Zambry Kadir sebagai MB sedangkan Hakim yang membicarakan kes itu iaitu YA Dato Aziz telah memutuskan sebaliknya.

Selanjutnya saya hairan bagaimana Hakim Datuk Ramly boleh membicarakan permohonan Zambry tersebut dengan bersidang seorang diri sebagai Hakim Mahkamah Rayuan sedangkan undang-undang menyatakan dibawah Aturan 14 Kaedah Mahkamah Rayuan bahawa "melainkan dinyatakan sebaliknya, apabila sesuatu permohonan itu boleh dibuat di Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Rayuan, ianya HENDAKLAH dibuat di Mahkamah Tinggi dahulu" (sila rujuk juga buku Civil Procedure tulisan Jefrey Pinsler m/s 860).

Bermakna permohonan Zambry sepatutnya difail dan didengar oleh Hakim yang membuat keputusan itu dahulu iaitu YA Dato Aziz. Malahan YA Dato Aziz telah pun mengarahkan peguam Zambry supaya memfailkan permohonan secara bertulis.

Dan inilah keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes PP v. Dato Seri Anwar Ibrahim apabila membincangkan isu permohonan penggantungan hukuman penjara terhadap DSAI dahulu sementara menanti rayuan.

Jadi bagaimana mungkin Hakim Datuk Ramly sebagai Hakim Mahkamah Rayuan boleh mendengar dan membicarakan permohonan penggantungan penghakiman oleh Zambry sebelum YA Dato Aziz mendengar dan membicarakannya!

Saya khuatir keputusan Haim Datuk Ramly akan mengujudkan satu "precedent" baru yang bercanggah dengan semua prinsip dan keputusan Mahkamah-mahkamah sebelum daripada ini.

Zulkifli Bin Noordin
Ahli Parlimen
Kulim Bandar Bharu
17 Jamadil Awal 1430

Thursday, April 30, 2009

Kusyuknya dia solat....

Oh nooo!!!!punggung siapakah ini?????Jgn fikir apa2...
Ini adalah aksi sikecil Husna sedang solat Isyak....
Rukuk dengan begitu kusyuk sekali..
walaupun tak sepenuhnya memenuhi tuntutan agama(pakaian tak menutup aurat),tapi alhamdulillah waktu dia mengerjakan rukun islam ini, husna dalam keadaan berwuduk dan mengadap kiblat.Hampir 40 peratus bacaan pun lancar..Cuma ianya dibaca agak kuat..silap gaya jiran sebelah pun boleh dengor...syyyy..husna perempuan la sayang..tak boleh baca kuat2 dalam solat...:-)
Walaupun tak la sempurna solat nya ..tapi alamdulillah..
satu permulaan yang baikk...bacaan sujud, rukuk tahiyat awal nampak makin lancar...
cuma satu geramnya dia tak nak pakai telekung atau tudung waktu solat...takper mama..sabar...sabar....tak mudah mendidik anak ni....
Supaya Husna jadi anak yang baik dan solehah ..amin

Friday, April 10, 2009

Misi 5 April

Sepanjang 10 hari mak dan abah di Korea, aku ingin membuat kejutan untuk mereka.(actually not really kejutan coz benda ni mmg aku dah janji nak buat untuk mereka)
4 April aku,hubby dan little husna balik kg. 9 malam baru tiba..ishhh tak pernah balik takde org dirumah.so rasa macam lain sikit. Buka ajer pintu tgk rumah banyak habuk kat lantai...terpaksa la bersihkan dulu..kalau tk aku akan bersin sampai ke pagi...malam tu gerimis kat luar..so pukul 10 kami dah booommmmmmmm...sedap ajer tdo.
Besok pagi2 laki aku memulakan operasi..sambil dibantu oleh Husna

Ni bilik beradu mak dan abah..sentuhan org muda sikit..warna pink..haa.haa..aku tak tau la depa suka ke tak warna ni


Ini pulak ruang tamu...kuning jadi pilihan biar ceria sikit!


Ini asisstant tukang cat..pukul 10 dah tido lena dalam buaian..(best la dia..kat Shah alam takde buaian)


dah pukul 5ptg.rumah belum habis cat lagi ni...nampak gayanya balik lewat la ke Shah Alam


Tukang cat tekun mengecat rumah mertua kesayangannya...harap2 ada bonus lebih untuk menantu sorang ni..ahaksss


Assistant tukang cat tdo sesi kedua..ishh bila masa l dia menolong nya ni...


Bukti bergambar betapa rajinnya menantu...wahhh bertuah sapa dapat menantu gini





dan sekembalinya mak dan abah ke Kg pada 12April..mmg depa terkejut besau la..hu.huu..best2..lepan satu beban janji!