Minggu lepas selepas menemani hubby hantar wedding kek kat customer ni Setiawangsa, kami makan tengahari di Restoren Asam Pedas. Restorennya disebelah LRT Setia Wangsa..senang sgt nak cari..
First time pergi aku dah suka cuaca dalam restoren ni..rasa selesa..sejuk walupun tanpa aircond..(ditepi restoren ni banyak pokok).Aku order set asam pedas tenggiri, hubby pulak asam pedas pari..husna..nasi g0reng cina ajer la...
Restoran Asam Pedas dibuka sejak lima tahun lalu dengan menu utamanya asam pedas Melaka. Jika masakan asam pedas biasanya menggunakan kuah sama iaitu cuma dimasukkan lauk berlainan, asam pedas di restoran itu pula dimasak dengan kuah berlainan.
Misalnya ikan pari mempunyai rasa dan aroma daun kesum, tenggiri dengan aroma daun limau purut manakala daging (lengkuas dan daun limau purut).
Komen aku:
sedap...okla tekak aku boleh terima dengan baik la (mana tidaknya sampai dua mangkuk kuah asam peda tu aku hirup).Suasana kedai nyaman....deco pun menarik...harga?tak murah sgt,tak la mahal sgt
Kalau berminat nak singgah here is the address:
ALAMAT: No 6, Jalan Jelatek 1, Setiawangsa, Jelatek Business Park, 54200 Kuala Lumpur. Tel: 03-42527279, 03-42527280
Nota ptg:Entry ini tiada kaitan dengan pengambilan sebarang komisen dari kedai ini.kuii..kui..kuii
2 comments:
sedap nie... nak pi sana la plak satu hai...
chedet punya blog dah tukaq alamat dia..
www.chedet.cc
selamat update.
Post a Comment