Friday, February 20, 2009

Santapan Rohani

Terjumpa kata2 ini dalam blog Kamalia....
Good untuk kita share bersama...


Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu... Pasti akan damailah hatimu, kerana masakan ALLAH sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia... Bukan ALLAH tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang DIA mahu kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan Nya

Tuesday, February 10, 2009

Buah hati ku

Yes
akhirnya impian sekian lama terlaksana juga.
Mini laptop Hewlet Packard menjadi milikku.
Lama sgt dah mengidam...kumpul duit sikit2...akhirnya dapat jugak.
PC ini kecil ajer. Besarnya hanya 10inc. Berat 1kg. sangat sesuai untuk travel. Macam bawa diari ajer.Paling best kalau nak guna broadband hanya slotkan simkad broadband dalam PC ni..tak payah guna external broadband..I Love u so much!!




Tuesday, February 3, 2009

Antara racun dan penawar

Dunia blog penuh dengan warna warni kehidupan.Kewajaran pertimbangan pastinya perlu untuk menimbang baik buruk bahan bacaan dalam setiap blog yang dilayari. Tetapi menjadi tanggungjawab blogger juga untuk menyediakan santapan minda kepada pembaca walau mungkin dalam medium yang berbeza..Ada yang bercerita ttg puisi..tak kurang juga bercerita ttg hati dan perasaan...muzik.sukan serta wacana politik yang sentiasa hangat..tak kurang juga yang bijak berjualan melalui blog..dari sekecil pin hingga lah sebesar rumah dan tanah!

Apa juga niat dan matlamat blogger,seharusnya nilai budi bahasa,adat ketimuran serta hukum hakam agama tidak dipinggirkan. Saya tertarik untuk mengupas secara ringkas dua blog yang sama tapi tak serupa.Blog yang saya maksudkan ialah blog Aznil Hj Nawawi dan blog Azwan Ali. Meihat kedua2 blog ini membuatkan saya terfikir...ilmu adakalanya gagal menempatkan manusia ditempat sepatutnya..tetapi ilmu juga merupakan cermin diri jika ia digunakan mengatasi nafsu diri.

Saya mulakan dengan blog Azwan Ali.Tak perlulah saya menulis alamat blognya disini..pembaca sendiri boleh mencari..Satu kerisauan yang berpanjangan dalam diri saya ialah apa akan berlaku jika anak2 kecil yang masih bersekolah membaca blog ini?
Dipenuhi dengan perkataan maki hamun, menghina orang dan macam-macam lagi perangai buruk. Dengan menggunakan perkataan yang sangat kasar dan adakalanya sampai ke tahap mencXXXX, saya tak fikir ianya bagus untuk sesiapa sahaja yang membaca blog ini.Jika kata-kata keramat BAHASA JIWA BANGSA dijadikan petunjuk untuk melihat nilai orang melayu,maka saya fikir bangsa melayu telah dimalukan secara total dengan wujudnya blog sebegini. Universiti Malaya bagai dipalit lumpur kerana melahiran graduan sebegini.



Membaca blog Aznil membuatkan saya rasa lapang dada dan fikiran sebab bahasa yang molek-molek, isinya baik dan pastinya ianya merupakan sumber bacaan yang baik untuk dibaca.Bahasa Aznil pun memang bahasa orang terpelajar.Aznil tak merendahkan martabat diri sendiri dengan bahasa-bahasa kesat, sebabnya dia insan seni yang bersih jiwa dan raganya. Reputasi baik, disayangi dan dihormati oleh jutaan orang menjadikan Aznil berkemampuan mengembangkan kerjaya beliau.Tahniah kepada Paknil kerana telah dianugerahkan Bintang Kebesaran Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan ke 35 di Istana Negara.Disbabkan blog ini sesuai dibaca sesiapa sahaja, saya dengan rasa gembira meletakkan blog ini dalam link blog saya..adioosss

Wednesday, January 28, 2009

Mahalnya sebuah kemaafan.....

Kisah dibawah saya petik dari blog Lily Haslina Nasir.
Kisah yang sangat menghayat hati.Alangkah bagusnya jika kita sentiasa redha atas ketentuan tuhan.Selepas membaca cerita ini marilah kita berfikir sejenak...erti sebuah kemaafan.

Maghrib itu saya baru saja sampai di pagar rumah. Pulang dari pejabat saya harus berkejar utk menghadap anak-anak jiran yg belajar di rumah saya. Waktu itu dalam kepala cuma fikir nak cepat siapkan hidangan makan malam dan bersolat. Suami dapat panggilan telefon. Agak lama dia berbual dan mukanya serius.
"Pak Cik Ali meninggal dunia."

"Hah?! Innallillah..." Saya macam termangu-mangu sekejap. Janji ALLAH memang tak akan cepat sesaat tidak juga lewat barang seminit. Tapi, setahu kami pak Ali tak pernah sakit. Sentiasa sihat dan rajin berkebun.

Saya terbayang isteri pak cik Ali yg saya kenal sejak saya kecil. Baik, lembut dan amat cekap memasak. Saya terkenang kisah zmn saya masih di bangku sekolah. Saya selalu rasa kagum, cemburu dan dalam hati selalu menyebut, "Beruntungnya keluarga dan anak-anak pak cik Ali !"

Petang-petang pak cik Ali akan lepak, bergurau sambil memetik dan makan jambu air di bawah pangkin depan rumah. Di mata kasar saya, itulah keluarga ideal! Saya dan adik-adik selalu envy dengan pak cik Ali. Dan, kami katakan bertuahnya mak cik Yam dpt suami begitu. Beruntung anak-anak dapat abah yg penyayang. Sementelah laluan hidup kami sewaktu kecil penuh kerikil dan air mata.

Tapi kuasa dan rencana ALLAH melebih segala-galanya. Apa yg kita ada hari ini, tak akan kekal sampai bila-bila. Kalau ALLAH mengkehendaki ia berubah, maka berubahlah ia. Apa yg saya tahu pak cik Ali bernikah lagi pada awal tahun lalu. Segala-galanya hanya diketahui Mak Cik Yam kira-kira dua bulan sebelum Pak Cik Ali meninggal dunia.

Khabarnya Mak Cik Yam memang patah hati bila tahu Pak Cik Ali menikahi janda berusia 63 tahun yang sebaya Mak Cik Yam. Sepanjang tempoh itu, Mak Cik Yam bawa diri dan duduk bersama anak-anak. Saya tak mahu pertikaikan jodoh baru Pak Cik Ali. Itu sudah tersurat. Segala yang berlaku tidak akan terjadi tanpa izin ALLAH. Tapi saya tumpang sedih bila Pak Cik Ali tiba-tiba admitted dan disahkan menghidap brain tumor.

Semuanya berlaku terlalu pantas. Sehari selepas disahkan ada brain tumor, pak cik Ali diusung ke ICU dan esoknya meninggal dunia. Anak yg sekadar dua orang tidak sempat menghilangkan marah di hati. Luka perasaan Mak Yam saya rasa berganda-ganda. Setelah dua bulan berpisah dik membawa hati, Mak Yam benar-benar hilang Pak Cik Ali.

Ya ALLAH, saya yg kenal mereka sejak kecil rasa terkilan dgn segala yg terjadi. Satu keluarga bahagia berpisah dunia akhirat dengan penyudah yg begini. Masing-masing ada rasa sebal, terkilan dan sayu yg tak terkata. Lebih menguji lagi bila anak perempuan Pak ALi yg paling marah dan tidak mahu maafkan abahnya yg bernikah lagi, tidak dapat pulang waktu hari kematian itu. Seluruh keluarga menghidap denggi.

Besarnya dugaan! Saya fikir ALLAH memberi apa yg kita pinta biarpun di dalam hati. Saya tahu anak perempuannya itu memang teramat 'benci' dan 'tidak mahu pandang' lagi muka abahnya sebelum ini dik abahnya bernikah lagi. Maha Besar ALLAH, sehinggalah di saat abahnya meninggalkan dunia fana ini, ALLAH 'mengkabulkan' permintaannya itu.

Byk benda yg buat saya terfikir. Saya terbayang betapa hancurnya hati Mak Yam. Saya terkenang betapa terkilannya hati seorang anak perempuan yg tak boleh menghadap jenazah abahnya. Saya tertanya-tanya mengapalah kebahagiaan itu tak boleh kekal dan jadi milik seseorang sehingga sudah... ya ALLAH MAHA BESAR, ALLAH MAHA MENGETAHUI

Monday, January 19, 2009

Manusia apakah mereka ini.......

Ini adalah berita yang saya petik dari Berita Harian Online hari ini.Saya sangat sayu membaca berita ini. Sanggup manusia yang dicipta oleh Allah membuang bayi mereka hidupp-hidup ke dalam tong sampah. Benar2 seperti zaman jahiliah. Saya berdoa semoga mereka berdua insaf.Juga saya berdoa agar peristiwa sebegini tidak akan terjadi pada sanak saudara,kawan-kawan , jiran2 mahupun semua manusia di muka bumi ini.

Pengawal saksi pasangan buang bayi dalam tong sampah
KUALA LUMPUR: Seorang bayi perempuan yang masih hidup ditemui dalam tong sampah oleh seorang pengawal keselamatan di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Jelatek, di sini, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Jalil Hassan, berkata dalam kejadian jam 4 pagi itu, pengawal keselamatan berkenaan dikatakan ternampak satu pasangan sedang bergaduh dalam sebuah kereta di kawasan itu, sebelum pasangan lelaki terbabit membuang objek yang diambil dari but kereta ke dalam tong sampah.

“Bagaimanapun, pasangan perempuan itu pula keluar dari kereta tersebut dan cuba mengambil balik objek yang dibuang oleh lelaki berkenaan tetapi lelaki itu berjaya menarik tangan perempuan tersebut dan menariknya masuk ke dalam kereta lalu memecut laju,” katanya

Jalil berkata, siasatan mendapati bayi tersebut berusia tiga bulan dan polis sedang memburu pasangan terbabit kerana nombor plat kereta mereka berjaya dirakam pengawal itu.

Beliau berkata kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan. - Bernama


Bila melihat gambar anak saya Husna ini, saya bersyukur.Alangkah indahnya mempunyai puteri yang comel begini.Senyumannya sentiasa merawat keletihan dan mengurangkan masalah mamanya ini. Tidakkah pasangan itu merasa berdosa atas perbuatan mereka??????
Melihat rakan2 yang masih belum mempunyai rezeki menimang cahaya mata, saya turut bersedih. Disaat ramai mendambakan zuriat,masih ada yang tergamak untuk membuang begitu sahaja.......
Apakah ini petanda dunia akhir zaman?

Thursday, January 8, 2009

Neraka Jahanamlah tempat Israel

GAZA – Hampir sepertiga daripada 689 penduduk Palestin yang terbunuh akibat serangan Israel menyerang wilayah Gaza ialah kanak-kanak, lapor sebuah agensi perubatan semalam.

Mereka berkata, kebanyakan golongan kanak-kanak itu maut apabila rejim Zionis memulakan operasi darat ke atas kerajaan Hamas seminggu selepas serangan udara dilancarkan.

Ketua perkhidmatan kecemasan, Moawiya Hassanein berkata, sejumlah 220 kanak-kanak terbunuh sejak Israel melancarkan Operation Cast Lead pada 27 Disember lalu. – AFP







"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil
menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya
Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam
di Libanon, hancurkanlah rejim zionis.. amin . ..."> >
(Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi -
dengan Izin Allah)

Saturday, January 3, 2009

Selamat datang 2009

Alhamdulilah dipanjangkan umur untuk menyedut udara di bumi Allah ini. Masa begitu cepat berlalu. Sedar tak sedar telah 2008 telah meninggalkan kita. Terasa masih baru lagi detik menyambut tahun baru 2008.

2008 yang ditinggalkan menghimpunkan suka duka perjalanan hidup.Rahmat tuhan berselang seli dengan dugaannnya. Ironinya mudah..supaya manusia tidak lena dalam kesenangan hidup.Dan itu jugalah yang dianugerahkan pada aku. Dalam kegembiraan ada juga kedukaan. Paling menggembirakan pastinya apabila menerima 2 kunci rumah baru bagi tahun 2008. Walaupun ia merupakan sebahagian liabiliti yang perlu ditanggung, namun aku bersyukur.Semoga aku mampu untuk menguruskan kewangan diri dan keluarga.Banyak juga kegembiraan lain yang Allah beri. Menerima ahli baru dalam keluarga(walaupun aku masih belum ada rezeki menambah bilangan) memang amat menggembirakan.Melihat anak buah dan anak sendiri yang kian membesar dengan keletah yang menambat hati juga adalah pewarna kebahagiaan dalam kehidupan.Selain itu banyak lagi rasa bahagia yang singgah sepanjang 2008 ini.bagi segala yang pahit dan kelat biarlah ianya menjadi perencah kedewasaan dalam hidup ini.Banyak kelalaian yang dilakukan secara sedar mahupun tidak sedar...Akulah makhluk Allah yg lemah .sering alpa dan lalai.

Untuk 2009 ini tekad dipahat...biarlah segala yang baik singgah dalam hidup aku.
Semoga aku sentiasa bersyukur atas nikmat tuhan. Dan semoga aku tidak lalai dalam mengejakan segala suruhannya. Kerana yang pasti bila diri hampir dengan Allah hidup menjadi sangat bahagia......


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini