Kisah dibawah saya petik dari blog Lily Haslina Nasir.
Kisah yang sangat menghayat hati.Alangkah bagusnya jika kita sentiasa redha atas ketentuan tuhan.Selepas membaca cerita ini marilah kita berfikir sejenak...erti sebuah kemaafan.
Maghrib itu saya baru saja sampai di pagar rumah. Pulang dari pejabat saya harus berkejar utk menghadap anak-anak jiran yg belajar di rumah saya. Waktu itu dalam kepala cuma fikir nak cepat siapkan hidangan makan malam dan bersolat. Suami dapat panggilan telefon. Agak lama dia berbual dan mukanya serius.
"Pak Cik Ali meninggal dunia."
"Hah?! Innallillah..." Saya macam termangu-mangu sekejap. Janji ALLAH memang tak akan cepat sesaat tidak juga lewat barang seminit. Tapi, setahu kami pak Ali tak pernah sakit. Sentiasa sihat dan rajin berkebun.
Saya terbayang isteri pak cik Ali yg saya kenal sejak saya kecil. Baik, lembut dan amat cekap memasak. Saya terkenang kisah zmn saya masih di bangku sekolah. Saya selalu rasa kagum, cemburu dan dalam hati selalu menyebut, "Beruntungnya keluarga dan anak-anak pak cik Ali !"
Petang-petang pak cik Ali akan lepak, bergurau sambil memetik dan makan jambu air di bawah pangkin depan rumah. Di mata kasar saya, itulah keluarga ideal! Saya dan adik-adik selalu envy dengan pak cik Ali. Dan, kami katakan bertuahnya mak cik Yam dpt suami begitu. Beruntung anak-anak dapat abah yg penyayang. Sementelah laluan hidup kami sewaktu kecil penuh kerikil dan air mata.
Tapi kuasa dan rencana ALLAH melebih segala-galanya. Apa yg kita ada hari ini, tak akan kekal sampai bila-bila. Kalau ALLAH mengkehendaki ia berubah, maka berubahlah ia. Apa yg saya tahu pak cik Ali bernikah lagi pada awal tahun lalu. Segala-galanya hanya diketahui Mak Cik Yam kira-kira dua bulan sebelum Pak Cik Ali meninggal dunia.
Khabarnya Mak Cik Yam memang patah hati bila tahu Pak Cik Ali menikahi janda berusia 63 tahun yang sebaya Mak Cik Yam. Sepanjang tempoh itu, Mak Cik Yam bawa diri dan duduk bersama anak-anak. Saya tak mahu pertikaikan jodoh baru Pak Cik Ali. Itu sudah tersurat. Segala yang berlaku tidak akan terjadi tanpa izin ALLAH. Tapi saya tumpang sedih bila Pak Cik Ali tiba-tiba admitted dan disahkan menghidap brain tumor.
Semuanya berlaku terlalu pantas. Sehari selepas disahkan ada brain tumor, pak cik Ali diusung ke ICU dan esoknya meninggal dunia. Anak yg sekadar dua orang tidak sempat menghilangkan marah di hati. Luka perasaan Mak Yam saya rasa berganda-ganda. Setelah dua bulan berpisah dik membawa hati, Mak Yam benar-benar hilang Pak Cik Ali.
Ya ALLAH, saya yg kenal mereka sejak kecil rasa terkilan dgn segala yg terjadi. Satu keluarga bahagia berpisah dunia akhirat dengan penyudah yg begini. Masing-masing ada rasa sebal, terkilan dan sayu yg tak terkata. Lebih menguji lagi bila anak perempuan Pak ALi yg paling marah dan tidak mahu maafkan abahnya yg bernikah lagi, tidak dapat pulang waktu hari kematian itu. Seluruh keluarga menghidap denggi.
Besarnya dugaan! Saya fikir ALLAH memberi apa yg kita pinta biarpun di dalam hati. Saya tahu anak perempuannya itu memang teramat 'benci' dan 'tidak mahu pandang' lagi muka abahnya sebelum ini dik abahnya bernikah lagi. Maha Besar ALLAH, sehinggalah di saat abahnya meninggalkan dunia fana ini, ALLAH 'mengkabulkan' permintaannya itu.
Byk benda yg buat saya terfikir. Saya terbayang betapa hancurnya hati Mak Yam. Saya terkenang betapa terkilannya hati seorang anak perempuan yg tak boleh menghadap jenazah abahnya. Saya tertanya-tanya mengapalah kebahagiaan itu tak boleh kekal dan jadi milik seseorang sehingga sudah... ya ALLAH MAHA BESAR, ALLAH MAHA MENGETAHUI
2 comments:
tu lah dia, kalau Tuhan tu dah tetapkan masanya, maka tiada sesaat pon akan dilambatkan tarikan nyawa.
macam semalam la, saya baru balek dari sekinchan (kampung istri saya), mak saya tepon yang member baik dia kat Taiping meninggal dunia pasai kanser payudara. dia dah sakit kat PPUM. anak2 dia bawak mai Kl untuk berubat lanjutan tapi Tuhan dah panggil dia... kita tak bule halang la.
Inalillah.
lamanya x jenguk blog Gee nih..mengkala tgh free bercuti di Birm nih..boleh coret2 skit.
Apa ler famili nih.si ayah tu bukan buat maksiat..bernikah dgn elok pun anak2 marah sgt..apasal? Jangan dipandang buruk sgt poligami tu...selagi si ayah x mengabagikan tanggungjawab & mampu membahagiakan kedua-dua belah..seharusnya x jadi soal besar.
Bukanlah sya menyokong sgt poligami tetapi kita harus insaf apa yg kita miliki (anak,suami,isteri etc), bukan milik abadi, mungkin suami akan dikongsi atau mungkin suami akan kembali kepada penciptaNya.
Wallahuaklam.
Post a Comment