Saturday, January 3, 2009

Selamat datang 2009

Alhamdulilah dipanjangkan umur untuk menyedut udara di bumi Allah ini. Masa begitu cepat berlalu. Sedar tak sedar telah 2008 telah meninggalkan kita. Terasa masih baru lagi detik menyambut tahun baru 2008.

2008 yang ditinggalkan menghimpunkan suka duka perjalanan hidup.Rahmat tuhan berselang seli dengan dugaannnya. Ironinya mudah..supaya manusia tidak lena dalam kesenangan hidup.Dan itu jugalah yang dianugerahkan pada aku. Dalam kegembiraan ada juga kedukaan. Paling menggembirakan pastinya apabila menerima 2 kunci rumah baru bagi tahun 2008. Walaupun ia merupakan sebahagian liabiliti yang perlu ditanggung, namun aku bersyukur.Semoga aku mampu untuk menguruskan kewangan diri dan keluarga.Banyak juga kegembiraan lain yang Allah beri. Menerima ahli baru dalam keluarga(walaupun aku masih belum ada rezeki menambah bilangan) memang amat menggembirakan.Melihat anak buah dan anak sendiri yang kian membesar dengan keletah yang menambat hati juga adalah pewarna kebahagiaan dalam kehidupan.Selain itu banyak lagi rasa bahagia yang singgah sepanjang 2008 ini.bagi segala yang pahit dan kelat biarlah ianya menjadi perencah kedewasaan dalam hidup ini.Banyak kelalaian yang dilakukan secara sedar mahupun tidak sedar...Akulah makhluk Allah yg lemah .sering alpa dan lalai.

Untuk 2009 ini tekad dipahat...biarlah segala yang baik singgah dalam hidup aku.
Semoga aku sentiasa bersyukur atas nikmat tuhan. Dan semoga aku tidak lalai dalam mengejakan segala suruhannya. Kerana yang pasti bila diri hampir dengan Allah hidup menjadi sangat bahagia......


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

No comments: