Friday, June 4, 2010

Kepadanya Jua Kita Kembali

Sewaktu mendengar khabar berita kematian Anak Kak Mala(rakan saya), saya terpaku sebentar..Betapa anak muda ini begitu singkat dipinjamkan Allah kepada keluarganya. Betapa sayangnya Allah kepada anak muda ini.
Dan lebih sedih bila kak Mala menitipkan email ttg anaknya ini kepada seorang rakan saya.Sesungguhnya mati itu pasti dan hidup insyaallah.
Semoga Kak Mala dan keluarga bersabar dengan dugaan ini.
AL-Fatihah Buat Allahyarham Mohamad Ili Amir Farhan Bin Mohd Zazili


Salam...Angah,

Dia anak kedua yang baru habis satu semester di Uitm Sg Petani (Foundation LAW). Hujung bulan ni sepatutnya mendaftar untuk 2nd sem.
Allah lebih menyayanginya, dia anak yang baik, minggu-minggu akhir sebelum pemergiannya dia banyak beri tazkirah pada Kak Mala.
Walau pun di hati memang ada terdetik nak bertanya mengapa dia kerap nasihatkan Kak Mala tentang agama dan ingatkan Kak Mala akan kebesaran Allah tetapi mulut tak terluah pertanyaan itu. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang tersembunyi...

Dia sihat, baru balik jogging pagi tu dan sempat komen di FB ‘jogging itu penat’ lepas tu dia kata mengantuklah mak, nak tidur kejap. Rupa-rupanya tidur terus. Jam 10.30 pagi bila ayahnya cuba kejutkan, dia dah tak ada.

Malam sebelum dia meninggal tu, dia dah tidur awal dan bangun semula pukul 12.30 malam. Kebetulan waktu tu Kak Mala terlelap atas sofa tunggu Zarith siapkan kertas kerja Sejarah. Bila dia tengok Kak Mala tidur atas sofa, dia kejutkan Kak Mala dan minta Kak Mala tidur kat bilik dia. Kak Mala pun tak banyak cakap terus saje tidur di bilik dia.

Dalam pukul 4.30 pagi Kak Mala tersedar bila dengar ada orang baca Qur’an. Kak Mala tanya dia pukul berapa sekarang, mengapa tak tidur lagi, tidurlah dah lewat pagi ni. Dia diam saja tapi terus baca Qur’an hingga masuk subuh. Selepas sembahyang subuh tu dia pegi jogging dalam 15 minit. Balik dari jogging dia rehat sekejap lepas tu terus pegi mandi. Dia kata badan tak berapa sedap dan mata dia mengantuk.

Hari keempat selepas dia meninggal, kak Mala buka Al Qur’an yang dia baca untuk semak surah yang dibaca. Dia ada lipat mukasurat tu dan dia berhenti pada Ayat 41 Surah Ibrahim. Ada kesan titisan airmata pada Qur’an tsb dan Qur’an yang dibaca malam itu adalah Qur’an yang Kak Mala selalu guna pada hal ada lagi Qur’an lain di rumah. Menitis airmata Kak Mala bila melihat terjemahan ayat tsb.

Banyak penemuan lain yang Kak Mala temui selepas hari itu, contohnya bila Kak Mala buka wallet dia, ada gambar Kak Mala yang sebelum ni memang tak tulis apa-apa di belakangnya. Tapi hari tu terkejutnya Kak Mala bila tengok di belakang gambar Kak Mala tu ada tulisan ‘ A part of my heart is with you & forever will be... I love you.’

Kak Mala sayang dia, tapi Allah lebih lagi sayangkan dia...

Kemudian, Kak Mala juga baru perasan dia suka baca Majalah i keluaran bulan April 2010 berulang kali dan ada tanda lipatan juga pada mukasurat yang dia suka baca iaitu bab penyucian hati dan jauhi ghuluw (berlebihan) dalam beribadat. Majalah i keluaran bulan Februari 2010 juga dia baca dan bawa ke kampus kemudian bawa balik ke rumah masa cuti sem. Keluaran bulan Feb ini banyak menyentuh tentang alam barzakh dan soal jawab di dalam kubur.

Semuanya Allah dah tunjukkan tetapi Kak Mala ni saja yang buta mata hati agaknya...melihat tanpa memandang kerana tak pernah menyangka akan pemergiannya dalam waktu terdekat, sekelip mata dia dah tiada. Apa pun, Kak Mala dan keluarga redha dengan pemergiannya. Semuanya menjadi pengajaran kepada kami yang tinggal...untuk muhasabah diri...hidup ini tak kekal lama...terlalu banyak yang perlu diperbaiki.

Kalau ada masa bacalah FB dia.

Salam buat keluarga. Jagalah anak baik-baik...

Kak Mala

No comments: