Monday, June 7, 2010

Kesusahan dimana-mana

Setiap kali memandang lelaki ini , saya pasti akan termenung panjang.
Hampir setiap pagi saya melihat lelaki ini dari bilik di pejabat saya.Setiap hari beliau akan membawa sebatang penyapu serta bakul sampah bertroli dan akan membersihkan kawasan di sekeliling pejabat saya. Berdiri memerhatikannya dari celahan tingkap ini membuatkan saya terbayang kesusahan lampau....:-( . Adakalanya titisan airmata mengalir tanpa dipinta.

Usia lelaki ini saya kira menjangkau 70 tahun. Dalam usia meniti senja ini, beliau masih bergelut mencari sesuap nasi. Baru selangkah dua beliau kehadapan, sering saya nampak ombak didadanya tercungap-cungap..lalu berhenti beliau mengurut dada dan menghela nafas yang amat dalam. saya kira Pakcik ini dalam keadaan kesihatan yang sangat kritikal..jika tidak masakan baru dua -tiga langkah beliau akan berhenti lama untuk berehat. Sebatang penyapu yang dibawa bagai beban yang cukup hebat untuk dipikul oleh lelaki ini. Saya sering berfikir, mengapakah lelaki ini masih harus bergelut dengan lelah untuk mencari sesuap nasi? Tidakkah dalam usia begini beliau hanya berehat dirumah, melakukan amal ibadat dan bergembira bersama anak cucu tersayang.

Kepayahan pakcik ini amat meruntun jiwa saya. Adakalanya setiap kali saya sarapan dengan menu yang sedap2, saya pasti akan teringat pakcik ini. Sudah makan ke dia? Ada ke duit dia membeli makanan. Akhirnya saya tidak mampu menyimpan rasa hati ini. Satu hari saya minta staff saya hulurkan sedikit wang kepada beliau(Nilainya tidak besar...terlalu kecil pada saya). Namun saya berharap beliau akan ceria dengan pemberian tersebut. Sewaktu staff saya menyerahkan sumbangan itu kepada nya, Pakcik ini begitu sebak. Beliau menangis mungkin kerana terlalu terharu ada orang yang memerhati kannya. Dalam nada tersekat2 beliau bercerita perihal kedua anak mudanya. Hanya tinggal dirumah dan mengharapkan beliau ayah yang telah tua untuk menanggung mereka. Seringkali wang gaji beliau habis diambil oleh anaknya. Dan adakalanya sedang beliau menaiki motor, anaknya minta beliau pulang segera kerana anaknya mahu menggunakan motor tersebut. Dalam usia yang telah dewasa kedua anak lelakinya masih menagih kudrat ayah yang tua untuk menanggung makan pakainya. Jika tidak diberi maka akan marahlah anak2 ini. Dalam memnggung kesakitan penyakit gout , lelah dan lemah jantung..Pakcik ini masih meneruskan sisa2 kehidupan yang tidak diketahui hujungnya.....Betapa malangnya dikurniakan anak seakan tidak bersimpati langsung dan ayah mereka....

Aku berdoa semoga Allah Swt memudahkan kehidupan pakcik ini, menyembuhkan penyakitnya dan memberikan kehidupan yang selesa serta aman dalam menghabis sisa-sisa hari tuanya....Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar Ya Allah..

Kepada bapa saya di kampung, saya sayang abah dan tidak akan membiarkan hidup abah menderita.Insyaallah.Amin



3 comments:

haza said...

tersentuhnya..

z no 11 said...

sedihnyee...huhuhu tergamak anak2 pakcik tuu huuhuh
kak , nti z balik bb z nk mintak tlg akak smpaikan sumbgn sikit utk pakcik tu...boleh tak? ape2 z sms akak ok.. uhuhu

ruszia said...

z, boleh. nanti blk dtg la rumah