Ada rakan mencadangkan saya meneruskan perniagaan suami. Belajar buat cake. Setelah mengkaji diri sendiri saya sedar minat saya bukan ke arah itu. Saya mungkin berjaya dalam mengembangkan bisness suami melalui bisness plan nya. Tetapi jika diminta saya membakar kek dan mendeconya...mahu tak berupa kek tu nanti.
Dan akhirnya saya memilih perniagaan baju berjenama kanak2. Saya tahu pasaran amat luas. Ramai ibu2 diluar saya yang sentiasa mahukan anak mereka comel dan bergaya. Selepas membuat sedikit analisa perniagaan , saya merasakan ini mungkin pilihan terbaik untuk saya. Bersama kawan karib Nor kami sama-sama memulakan bisness ini. Harapan saya..pastilah berjaya dengan jayanya.
tengokla dok bizi tag harga baju2 ni...Si kecik tu pun sibuk la nak tolong..Buruh bawah umur tidak dibenarkan yer!


Dan inilah sebahagian barang2 jualan saya. Banyak lagi design cantik2. Rajin2 la singgah di kedai saya ni yer kidnkids


No comments:
Post a Comment