Friday, May 28, 2010

Sampai ajer Airport Bandung aku terkejut beruk tgk signboard . Ehhh aku ni pi Bandung ke atau balik kg?


Pemandangan biasa di Bandung. Orang berjualan dengan menarik basikal yang dipenuhi dengan barang jualan.....kesusahan ada dimana-mana....Alhamdulillah Aku sgt bersyukur dengan kehidupan yang ada


Jamu dijual dipinggiran jalan ajer...comot ajer makcik jual jamu nih. patut kena bergaya sikit macam Mak Dara tu..baru la jualannya gempak!


Sarapn pagi di Hotel. hotel aku duduk tu 4 bintang. tapi food macam 3 bintang. Ini ajer aku rasa sedap...cekodok jagung...emmm teringat kat kampung pulak.Kalau Syakir ada ni mesti dia suka cekodok jagung


Yang bertopi ini supir cum Tourist Guide aku disana. Namanya Pak Yusof..nampak rock tapi warak jugak.
Agak educated. Org sibuk shopping dia pun sibuk memilih cincin hikmat!


Sepanjang disana aku batuk teruk jugak.So mineral water berbotol2 peneman diri. lagipun hubby dah beritahu awal2 jgn minum air sebarang disana. Takut sakit perut.


Kami sempat beli kredit telefon di satu kedai. Penjualnya anak muda Bandung. Muka macam Malaysian sikit. Dia bilang ramai orang kata mukanya macam Nordin Mat Top...Isshhh yo bonar1

Bersambung...Nanti citer lagi kisah Bandung Kota Keshoppinan....haa..haa

Tuesday, May 25, 2010

2 Kisah dalam kereta

Bagi family saya, kereta memang tempat yang selalu digunakan. Memandangkan kami banyak membuat perjalanan jauh dan dekat, siang dan malam, so kemudahan terutamanya untuk anak2 tu mmg disediakan. Especially bantal besar untuk tidur. Husna biasanya kalau perjalanan melebihi 30 minit dia mesti akan tertidur..begitu juga dengan Ammar...tapi mamanya kadang2 keter baru gerak 5 minit, mama dah dengkur....haa..haaaa...

Tapi lately ni mama perasan Ammar suka main2 dalam kereta. Selalu tak nak tido. Tak boleh duduk diam..Bila Ammar bizi dalam kereta mama pun tak dapat beradu..aiseymen..tapi abah suka....gelagat Ammar menyebabkan dia tak ngantuk....Tapi Husna...hmmm maintain tido dalam kereta....Tengokla betapa nyenyaknya dia tidur..sedap ajer kepala atas bantal..macam tido atas katil dalam bilik ajer...Ammar pulak tgk la makin nakal!




Saturday, May 15, 2010

Menjejak bumi Bandung

Hu..hu.huu..
time tulis entry ni suami dan anak2 jauh dibumi Malaysia...
Ntah camne la aku boleh terpergi ke bandung tanpa suami dan anak2....
Sian mereka
Ammar aku tinggalkan ngan baby sitternya...
Husna abahnya jaga....
Mesti cik suami kelam kabut
Dah la ada kek kahwin, kek birthday dan ada large order dari bank rakyat
mama harap cik suami bersabar dan dapat menempuh cabaran itu dengan jayanya...

Flight dari LCCT septutnya erlepas jam 8.30 malam 14 may 2010..tapi delay 1 jam..akhirnya kami sampai di Bandung jam 12 malam..
hua.hua...
aku sakit kepala so sebelum naik kapal terbang dah telan active fast...bila masuk kapal terbang siap berdengkur lagi!

So hari pertama hari ini, seawal jam 9 pagi waktu tempatan kami dah pi Pasar Baru..shopping sikit...aku tak la shopping sakan..memandangkan duit pun dah bannyak habis ke Korea..so shopping ala kadar ajer...
Pasar Baru ni besar sgt lenguh aku nak tawaf

Petangnnya ke factory outlet yg merata di Bandung ni..serta rumah Mode yg terkenal sgt tu...
sbb rindu sgt anak2..so bykla baju2 mereka saya beli....
Esok sambung shopping lagi.....nanti balik baru masuk gambar

Thursday, May 13, 2010

Perjalanan Seribu Langkah Bermula Langkah Pertama

Sangat bizi akhir2 ni.Hasrat untuk memulakan bisness sendiri sebenarnya telah lama disimpan dalam hati. Pengalaman membantu perniagaan suami menambahkan lagi tekad saya untuk memulakan satu bisness walaupun kecil sahaja. Selain itu inspirasi rakan2 yang berjaya, hasil bacaan di internet juga membuatkan saya tambah bersemangat untuk memulakan peluang perniagaan ini.

Ada rakan mencadangkan saya meneruskan perniagaan suami. Belajar buat cake. Setelah mengkaji diri sendiri saya sedar minat saya bukan ke arah itu. Saya mungkin berjaya dalam mengembangkan bisness suami melalui bisness plan nya. Tetapi jika diminta saya membakar kek dan mendeconya...mahu tak berupa kek tu nanti.

Dan akhirnya saya memilih perniagaan baju berjenama kanak2. Saya tahu pasaran amat luas. Ramai ibu2 diluar saya yang sentiasa mahukan anak mereka comel dan bergaya. Selepas membuat sedikit analisa perniagaan , saya merasakan ini mungkin pilihan terbaik untuk saya. Bersama kawan karib Nor kami sama-sama memulakan bisness ini. Harapan saya..pastilah berjaya dengan jayanya.

tengokla dok bizi tag harga baju2 ni...Si kecik tu pun sibuk la nak tolong..Buruh bawah umur tidak dibenarkan yer!



Dan inilah sebahagian barang2 jualan saya. Banyak lagi design cantik2. Rajin2 la singgah di kedai saya ni yer kidnkids

Wednesday, May 5, 2010

Snowman at Nami Island


Rasanya tempat ni paling best...pada sapa2 yang mengikuti cerita winter sonata la....
Sepanjang berasa di pulau ini mesti mengimbau kembali betapa romantiknya Yiu Jin dan Jun sang dalam drama Winter Sonata...Saya suka Winter Sonata sebab pemandangannya sangat cantik serta ceritanya begitu meruntun perasaaan...(biasala aku ni kan jiwang sikit)

Salah satu tempat yg kami kunjungi ialah tempat dimana snowman yang dibuat oleh Yi Jin dan Jun sang...masih kekal di lokasi drama ini...Uikssss.. beshnya..macam nak tgk balik la drama ni.Ada sesapa rajin tolung download dari Youtube tak? Kita belanja kay!

Husna n the snowman.
Tapi Husna tak faham apa sebenarnya. Dia tak tgk cerita tu lagi!



With hubby..uiksss ada rasa tak aura romantiknya...ngeh ngeh ngeh


Me, Husna n Mak Na..First kiss tu kat sini la..Syyyyyy 18sx


Wih hubby n Husna.. Isshh abah tu macam James bond pulak..hilang aura romantiknya!


Ok sapa2 pi Korea jangan lupa ke Nami Island.
Its about 1 jam dari Bandar Seoul...Fantastic!