Friday, April 3, 2009

Syabas EPF


Aku teruja berurusan dengan EPF.Cekap n Efisien!
2 perkataan yang rasanya susah keluar dari mulut aku untuk service dimana sahaja...tak kira la kerajaan ke atau swasta.

Jumaat lepas 27 Mac aku pergi EPF Sek 11 Shah Alam. Hantar borang untuk memohon pengeluaran wang bulanan bagi pembiayaan rumah..wadusssss..hutang banyak...korek sana sini....so kira punya kira...alhamdulillah balance akaun 2 EPF cukupla menampung bayaran rumah untuk beberapa tahun...thanks God!Pergi lebih kurang pukul 11.45. After 5 minutes no telah dipangggil...wah efisiennya....Selepas serah borang dan menyelesaikan beberapa perkara ttg documentation, Pegawai kaunter memaklumkan dalam masa 2 minggu wang akan dikreditkan ke akaun bank setelah mendapat kelulusan....Yippieee..selepas 15 minute berurusan settle tugas aku di pejabat EPF..balik dengan senang hati sbb satu masalah telah selesai(walaupun duit tak dapat lagi).

Hari ni aku bercadang membuat satu bayaran melalui akaun RHB,.....uikkss.terkejut la..kenapa duit dah bertambah...check i-akaun EPF ....wah EPF dah masukkan duit 1 April 2009.....Cepatnyaaa...tak sangka pulak dalam masa 4 hari duit dah masuk...

Pada EPF aku ucapkan tahniah la atas servis yang bagus ni..cuma aku harap mereka dapat perbaiki pelan pelaburan..sbb sikit sgt la untung mencarum EPF ni!!!!!:-) :-(

No comments: