Husna dah 6 hari demam.Bukan setakat demam ,batuk dan selesema yang teruk.
kalau dengar dia batuk kesian betul..mcm org tua batuk..bunyi kering ajer.
hari kedua demam aku dah beri ubat..lepas 5 hari nampaknya tak jalan.Demamnya nampak tak kebah..batuk makin kuat..selesema ajer nampak kurang sikit.
And first time sejak lahir husna tak berselera untuk makan.hari pertama dan kedua demam bila beri makanan peberet dia, ok jugak la.Dia makan walaupun tak banyak mana.
Tapi sejak dua hari lepas dia menolak semua makanan dan susu.Cuba jugak masak mee kegemaran dia,belum suap dah geleng kepala. Pujuk dengan aiskrim yg mmg peberet dia pun tak jalan...semua tak nak.Badan makin lemah.Yer lah tak makan dan minum susu ..mana la badan tak lembik.Aku pun dah rasa macam nak demam menjaga org sakit ni.Mujurla husna tak berkepit dengan aku ajer..dengan abah dia pun ok.
Malam tadi aku bawa Husna jumpa doktor kat Sek 18.Husna pandang doktor pun tak nak..(hhee..hee pun doktor tu hensem dan manis sekali!!)Doctor bagi antibiotik dan minta datang lagi jika dua hari tiada perubahan......Balik rumah ptg nanti tgh pikir apalah nak masak untuk husna bagi dia selera makan....Maybe mee sup...harap2 dia nak makan dan cepat sembuh!
2 comments:
Semoga Husna cepat sembuh.
Kesian kalau budak-budak kecik sakit.
Alhai kesiannyer husna. Time raya hari tu dah sihat? mesti byk dpt duit raya :-)
Post a Comment