Wednesday, August 20, 2008

wardina..ohh..wardina


salam untuk semua

semalam saya menonton tv3..tak ingat cerita apa..tapi ada wardina berlakon.
Saya amat meminati beliau..suka pada keperibadian dia.Ingat lagi masa dia baru lepas SPM..dia ni jadi minah levis(kalau tak silap ada pertandingan pemakaian jeans levis dan dia menang).seluar jeans levis yang dia pakai pulak jenis sampai lutut.masa tu kira Wardina ni ala2 seksi sikit jugak la...

Bila Wardina bertudung,saya agak terkejut.Tapi manisnya bila beliau bertudung..dan gaya tudungnya telah membuka lembaran baru dunia perfesyenan(betulke perkataan ni!!)tanah air..dimana2 org bertanya tudung wardina..dimana2 penjual menjual nama Wardina untuk melariskan barangan..dan alhamdulillah selepas mengambil keputusan yang sangat mendekatkan dirinya dengan pencipta,wardina dikurniakan jodoh dengan Ikhwan yang pada saya sangat baik dan sangat sesuai untuk Wardina..Saya melihat Wardina sangat ikhlas dengan Allah bila beliau memilih untuk menutup aurat(tak macam sorang artis popular tu yang bertudung tapi nampak rambut!).

The Old Dina!

The New Dina!



Kepada Wardina Saffiyah:
Saya ucapkan selamat maju jaya dalam kerjaya dan kehidupan.Semoga berterusan menjadi muslimah sejati,menjadi isteri yang baik,ibu yang penyayang,anak yang solehah dan public figure yang sentiasa menjaga perilaku.Malaysia patut berbangga mempunyai artis seperti Wardina



Tuesday, August 12, 2008

Sakitnya kaki aku

Aku paling benci kalau beli kasut baru(kasut kerja).Mesti sakit bila baru2 nak pakai.Macam2 petua yang aku dengar org cakap kalau beli kasut baru.Gigit dulu kasut sebelum pakai,ketuk dulu dan macam tips yang diberitahu dan dibaca...tapi malangnya semua petua petui tu tak jalan ngan aku...so bila beli kasut baru ajer mesti rasa bercinta ajer nak pakai..

Biasa pilihan aku jenama Carlo Rino.Aku suka design dan harganya. Kalau time sale boleh dapat RM 59.00.Harga tu pada aku okla...cantik juga tahan dan selesa(wwarrrrr..wa...selesa lepas dua minggu dipakai!).Pengalaman bertahun2 beli kasut kerja ni menyebabkan aku sering tertanya2 ada tak kasut yang bila sarung kat kaki aku ajer..terus ok..tak yah tahan sakit(tapi jgn la suggest sandal..itu mmg takder probs!!!!!!!)Aku dah cuba Scholl,Crocodile,Hush Puppies,Alain Delon...semuanya memberi pengalaman yang sama ajer...

Aku fikir2..maybe aku perlu betulkan shape kaki aku dulu....huarrrggggggggg..tak pun maybe solution terbaik aku tempah kasut kat Datuk Jimmy Choo ajer...warrrrrrrr...tetiba aku rasa macam Lady Diana lak..

Inila kasut terbaru aku,jenama Crocodile..cantik(pada aku la)...dah 3 hari pakai...kaki aku sakit..insyaallah minggu depan ok kot..kasut ini akan menyesuaikan diri ngan tuannya!!!!!!

Monday, August 4, 2008

Mama sayang husna

07.07.06 Nurhayatul Husna dilahirkan di University Malaya Specialist Centre jam 4.31 petang .Husna ni lahir 4.1kg!sampai terpaksa keluar ikut tingkap.Mengandungkan Husna agak tidak membebankan.Husna jenis tak banyak ragam dalam perut.Makan semua hentam..(itu sbb mamanya naik 30kg masa mengandung!)Masa dalam perut husna paling suka jus buah-buahan.Tak kira la epal ke,mangga,orange,tembikai..atau buah2 cocktail yang dikisar.Tiap-tiap hari husna nak air buah sampai adakalanya tgh2 malam abah kena turun kedapur buatkan mama air buah!Tapi bila husna lahir husna tak suka pulak air buah..hari2 nak milo..pergi makan kat kedai nak air milo,singgah stesen minyak nak milo,singgah kedai runcit mamak nak milo...pendek cerita nak milo ajer lah!agaknya dah puas sembilan bulan dalam perut mama asyik minum air buah.

Sekarang Husna dah dua tahun.dah pandai nak baju lawa..dah pandai nak melaram.Lipstik dan bedak compaq mama selalu jadi sasaran mainan husna.Minyak wangi abah habis setengah botol disiram ke badannya.dia ingat minyak wangi tu sehengget dua hengget kot).Husna suka makan makanan2 yang berunsurkan mee,spageeti,bihun atau ketiau.Kalau makan mmg habis satu pinggan!Tapi tak kisahla asalkan husna nak makan..Alhamdulillah Husna jarang sakit.Mungkin berkat susu ibu secara intensif yang mama berikan.sampai sekarnag husna masih minum susu badan..

Kek dan cupcake dibawah sempena hari lahir husna baru2ni.Sorry la Husna mama tak buat sambutan pun majlis hari jadi husna.Abah sibuk..mama pun tumpang sibuk.Cheese kek dengan gambar husna bawa pergi umah pengasuh.cuppies husna bagi kawan2 kat umah.
Doa mama dan abah moga Husna jadi anak yang soleh dunia dan akhirat.Amin