Thursday, February 14, 2008

My peberet




Jom kita try buat puding sago....saja suka, bila tengok kat blog Mat, terliur pulak , ini mmg desert kegemaran aku..tapi aku mmg tak reti buat..tak menjadi ajer...puding sagu mak aku buat la paling sedap...

Bahan-Bahannya:-
300 g biji sago (kaler yang putih)
2 liter air
1/2 camca teh pewarna hijau
2 helai daun pandan
1 ketul gula melaka, potong kecil*
1/2 cawan gula pasir*
1 1/4 cawan air*
1 helai daun pandan*(*dimasak hingga gula larut dan pekat, tapis dan sejukkan)
1 cawan pati santan + 1/4 camca teh garam atau boleh ganti dengan susu sejat

Cara membuatnya:-


Didihkan air, masukkan daun pandan dan pewarna hijau, cuci sago dan masukkan dalam air mendidih dan masak hingga sago berubah jadi jernih. Tutup api dan biar 2 - 3 minit sago tadi. Angkat, toskan dan cuci bawah air mengalir untuk membuang kanjinya. Toskan dan isi dalam acuan pilihan (acuan yang buat apam tu pun ok). Simpan dalam peti sejuk 1 - 1 1/2 jam.
PENYEDIAAN:- Keluarkan sagu dari acuan, masukkan dalam mangkuk2 kecil, tuang sedikit air gula melaka dan sudukan santan atau susu sejat tadi. Boleh dihidangkan sebagai pencuci mulut...

2 comments:

Anonymous said...

uihh...Pn Ruszia..penat travel UK-Dubai-Jakarta-KLIA-Alor Staq-Padang Besaq-Sungkai-Kuala Terengganu-Aloq Star-KLIA-Dubai-UK dlm tempoh 10 hari masih terasa. Sorry sangat2 sebab tak sempat nak hubungi sapa2 nak ajak makan2...bertambah geram bila masa tgh prepare nak balik on 13 Feb..parlimen bubar pulak..aisey..kurang satu undi pembangkang dah....

Anonymous said...

uikkss dah sampai UK balik??ciss ni nak marah ni..tak kol kita puunnnnnnnnnnnnnnnnnn!aiseyman..kurang undi betul ni....takder undi abg zairul petanda tak baik nih
haa.haa..takder undi pos ke?