Tuesday, February 26, 2008

Mari Bayo Cukai

Assalamualaikum wbr

Atas permintaan ramai, saya telah meletakkan link Penghantaran Borang Cukai Pendapatanh secara E-Filing dalam blog ini. Pengunjung boleh klik terus dengan log in e borang seperti biasa. Ada masalah boleh mesej saya. sistem ini akan beroperasi secara rasmi bermula 1 Mac 2008.....selamat menghantar borang dan membayar cukaiiiii.......

Pembayar cukai yang telah menghantar borang cukai secara e-Filing pada tahun 2007 tidak akan menerima cetakan borang cukai manual dari LHDNM. LHDNM beranggapan mereka akan terus menggunakan Sistem e-Filing 2008 kerana telah mempunyai Sijil Digital.

Monday, February 18, 2008

6 Kategori Wanita Yang Tidak Boleh Diajak Dating

Perhatian lelaki-lelaki di luar sana, sila jauhi 6 jenis wanita dibawah jika ingin berdating...!!!!!!!!!!

1. Kawan baik kakak anda.
Kenapa? Ini kerana apada permulaannya semua pasti nampak baik tetapi jika suatu hari nanti anda berselisih faham, semua rahsia anda akan dibongkar kepada kakak. Agak susah untuk anda mempertahankan diri bila ‘diserang’.

2. Setiausaha anda.
Kenapa? Seperti sedia maklum, ada orang yang memandang serong pada kerjaya seorang setiausaha. Bagi mereka, setiausaha hanya mahu menggoda boss, seterusnya berkahwin. Jika ia, anda keluar dengan setiausaha dan dalam masa yang sama, anda sudah berkahwin, anda mengiakan tanggapan orang ini.

3. Bekas teman wanita.
Kenapa? Ada orang kata, kita tidak sesuai jadi kekasih tetapi boleh jadi kawan. Jika hubungan sudah putus, elok sahajalah dilupakan. Tak perulah anda keluar lagi kerana apabila putus, anda sebenarnya tidak punya sefahaman lagi.

4. Teman wanita kawan anda.
Kenapa? Hah! Ini satu kesalahan paling teruk yang pernah anda lakukan. Jagan sesekali menikam kawan dari belakang kerana ia tidak baik untuk sebuah persahabatan. Fikirkan sendiri, kala kekasih anda diambil orang, tentu sakit bukan? Dan itu lah perasaan orang lain yang merasainya.

5. Wanita yang terlalu demand.
Kenapa? Mengapa perlu melayan perempuan yang ‘demand’ kerana anda boleh sakit otak jika melayan mereka ini. Banyak lagi perempuan lain dan jika kekasih anda demand, abaikan saja dirinya.

DAN LAST SEKALI

6. Budak kecik
Budak kecik macam kat bawah ni jangan diajak dating.....nanti bila dia ingat mak dia...dia akan melalak....hhaa..hhaaaa..hhaaaaa

Thursday, February 14, 2008

My peberet




Jom kita try buat puding sago....saja suka, bila tengok kat blog Mat, terliur pulak , ini mmg desert kegemaran aku..tapi aku mmg tak reti buat..tak menjadi ajer...puding sagu mak aku buat la paling sedap...

Bahan-Bahannya:-
300 g biji sago (kaler yang putih)
2 liter air
1/2 camca teh pewarna hijau
2 helai daun pandan
1 ketul gula melaka, potong kecil*
1/2 cawan gula pasir*
1 1/4 cawan air*
1 helai daun pandan*(*dimasak hingga gula larut dan pekat, tapis dan sejukkan)
1 cawan pati santan + 1/4 camca teh garam atau boleh ganti dengan susu sejat

Cara membuatnya:-


Didihkan air, masukkan daun pandan dan pewarna hijau, cuci sago dan masukkan dalam air mendidih dan masak hingga sago berubah jadi jernih. Tutup api dan biar 2 - 3 minit sago tadi. Angkat, toskan dan cuci bawah air mengalir untuk membuang kanjinya. Toskan dan isi dalam acuan pilihan (acuan yang buat apam tu pun ok). Simpan dalam peti sejuk 1 - 1 1/2 jam.
PENYEDIAAN:- Keluarkan sagu dari acuan, masukkan dalam mangkuk2 kecil, tuang sedikit air gula melaka dan sudukan santan atau susu sejat tadi. Boleh dihidangkan sebagai pencuci mulut...

Tuesday, February 12, 2008

Single but NOT Avaiable (Part 2)

Minggu yang meriah dengan majlis mengikat silaturahim....Sama hari dengan majlis Azim ialah majlis merisik(baca sebagai majlis bertunang) adik aku HAzawahida binti Yunos dengan pasangan dari Kota Baharu Kelantan. Disebabkan adik aku ni gov servant,dan hari bertunang pulak hari khamis..so baju dipakai pun baju batik....gomen kan Batik hari Khamis..hentam ajer la labuu....tengok bukan main berseri2 lagi....Aura hati telah dimiliki la katakann.....

Opsss..yang gambar bawah tu kek tajaan dill-cakes(http://dillcakes.blogspot.com).Memenuhi tema hijau, kek yang agak simple tetappi penuh dengan sentuhan romantis...Semoga pasangan akan ke jinjang pelamin akhirnya..Insyaallah


Saturday, February 9, 2008

Single But NOT Available (part 1)

Alhamdulillah sabtu lepas keluarga hubby selamat meminang pasangan Azim(anak sedara hubby)yang mendapat jodoh org Jitra..azim org subang Jaya.Sebagai menyahut petua Khir Toyo agar makan tempe supaya kulit putih berseri ,maka Azim telah memulakan diet tempenya supaya beliau akan lebih jambu dihari persandingan nanti..huhh...huhhh...so moralnya..sarapan,lunch,dinner semua akan dimulakan dengan tempe....Lepas tu kita tengok sapa lagi hensem...azim ke Khir Toyo...kuii.,,kuii..kuii
Inilah makanan kegemaran dan kebanggaan masyarakat jawa.Tempe yang mmg tidak dinafikan begitu banyak khasiatnya.
Tempeh is healthy!
Tempeh is very nutritive and contains many health promoting phytochemicals such as isoflavones and soy saponins. Tempeh fermentation produces natural antibiotic agents but leaves the desirable soy isoflavones and most of the saponins intact. Tempeh is a complete protein food that contains all the essential amino acids. The soy protein and isoflavones have many health benefits. Isoflavones strengthen bones, help to ease menopause symptoms, reduce risk of coronary hearth disease and some cancers. Tempeh maintains all the fiber of the beans and gains some digestive benefits from the enzymes created during the fermentation process.
Sumber:http://www.tempeh.info/



Azim bersama hantaran dari pihak perempuan


Tunangan Azim, Cik Mastura (Pensyarah UITM Shah Alam)

Wednesday, February 6, 2008

Happy Chinese New Year

Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]

Happy Chinese New Year pada yang berbangsa cina:
1. Pengunjung blog
2. Kawan-kawan di SMSAATI
3. Kawan-kawan di SMSPTI
4. Kawan-kawan di UKM Bangi
5. Jiran-jiran di BBSA Selangor

dan sesiapa sahaja yang merayakan Tahun Baru Cina...

Sunday, February 3, 2008

Cinta beralih arah......

Mawi........
dulu aku tak menyukainya..tapi bukan membenci(meminjam kata2 mantan Ketua Hakim Negara yaaa..)dulu aku rasa mawi ni tak lebih dari' poster celebrity' . Aku selalu heran dan heran mengapa la org gila2 sgt kat dia...menyanyi tu tak la sedap sgt..rasanya Bob nyanyi jauh lebih sedap....

Dalam banyak2 juara AF, aku suka zahid...aku rasa zahid ni menyanyi lagu apa sahaja sedap...Penilaian aku ni setelah aku tgk Zoom In di TV1 dengan artisnya Zahid satu masa dulu. Masa tu zahid nyanyi macam rentak lagu..so masa tu aku rasa Zahid mmg hebat..tapi aku rasa zahid tidak diberi peluang untuk memperlihatkan bakat sebenarnya..kebanyakan lagu albumnya dari genre hip hop...berbanding dgn Mawi yg banyak diberi peluang mencuba berbagai genre lagu....

Tapi sorry tu say.....cinta aku tiba2 beralih arah...Baru semenjak dua menjak ni...sejak aku melihat AJL di TV3 baru2 ni...semua penyanyi hebat suara depa..cuma aku rasa terhibur dengan persembahan Mawi....Lepas tu aku tgk lak kat channel 106(OASIS) Mawi mengaji surah Yaasin. Sedap betul dia baca quran...kawan aku lulusan UIA pun kata dia ngaji sedap dan tajwidnya hebat..so perasaan aku makin berubah....aku makin suka kat mawi........dan tanda aku makin suka Mawi, aku ada masukkan lagu Angan dan Sedar nyanyian Mawi dalam blog ini...Jgn marah yer sesapa yg anti mawi tu....


Friday, February 1, 2008

Bila Hati Sudah Suka

Kali nak citer pasal adik aku yg nak dipinang org, so insyaallah minggu depan dia bertunang.Malam tadi berlangsungla sesi perkenalannya dengan seluruh ahli keluarga aku di Lembah Klang ajer la. Kat Gemenceh dan seoul mereka hanya tgk melalui sesi webcam ajer. So sbb Shah Alam jadi tuan rumah,maka aku jadi chef la malam tu...menu masakan Perak..pedas2,..aku takk tau la bakal tunang adik aku ni larat makan pedas ke tak(mmandangkan dia ore kelate mu...).Tapi hasil teropong aku tgk laju ajer dia makan...haa..hhaa. Ini menu untuk malam tadi:
1.Ikan parang asam pedas
2.Ayam goreng rempah
3.sayur lemak salang dan tauhu
4.Ikan pekasam goreng berladadan berbawang
5.Ulaman segar
6.sambal kelapa



Lihat la sedapnya antara ahli keluarga dan sidia sedang makan.Cuba teka mana sidia?Clue nampak berselera sungguh makan!!!!huu...hu..huu



Yang di bawah ni pulak adik aku yang akan disunting oleh kumbang jauh di negeri Pantai Timur.Teka mana dia?sila abaikan budak kecik yang tersenyum manja tu...belum akil balikh,tak leh kahwin lagi,susu pun mama dia ni yg buat. Adik aku nampak berdebar2 ajer..kwang..kwang..kwang,,...