Sunday, June 22, 2008

Iron chef

Salam
Mana2 toke restoren yang memerlukan tukang masak boleh dapatkan chef dibawah.
terror memasak dan terror membasuh pinggan mangkuk
Ni sikit detail diri dia:
Nama : Nurhayatul Husna Fadzil
Umur : 2 tahun
Asal : Kuala Lumpur
Bangsa : Melayu + Jawa
Hobi : Memasak dan membasuh
Pengalaman didapur: Sejak Usia 7 bulan
Gaji diminta: Asal lepas duit aiskrim cukupla..ahaksss...

Wednesday, June 11, 2008

Surat Cinta Untuk PM


kepada pak lah... PM kesayangan ku

saya ingin mengucapkan terima kasih kepade pak lah kerana menaikkan rege minyak..
selepas ini apebile rege minyak naik.. rege barang yg lain akan naik..
saya akan merubah tabiat saya dari makan ikan kembung yg dah merah mate dan pecah perut kepade ikan kering sahaja..
saya sanggup berkorban untuk UMNO dan bn..
anak saye yg seramai 5 org itu boleh bekerje selepas waktu sekolah untuk membantu keluarga dan meneruskan tradisi menyokong UMNO dan bn
saya akan merubah bilik bilik yg ade di rumah saya untuk dijadikan tempat menternak ikan dan menanam sayur secare hidroponik
saya terpakse tanam dalam bilik kerna saya dok kat umah flat..
rebet yg diberikan kepade saya memang melebih dari keperluan saya..
apebile saya congak.. saya hanya menggunakan 20 sen aje duit minyak moto sehari.. ade untung 21 sen
saya tak pakai pon kete... sebab bile minyak naik.. saya kene jual datsun kotak mancis saya.. dapat gak duit..
anak anak saya, saya akan soh eksesais setiap hari dengan berjalan kaki atau naik beskal ke sekolah.. sejauh 5 km
walaupon saye berpendapatan rm 1000.. ia terlebih cukup untuk keluarga saya...

buat permulaan untuk merubah kehidupan saya..
saya tidak akan menggunakan gula... tak akan menggunakan tepung untuk buat jempot-jempot
akan menggantikan beras ngan ubi... setiap hari saya dan keluarga akan berpuasa (kecuali pade hari hari yg dilarang ajerk)
saya akan buat minyak masak sendiri
itu antara care saya merubah hidup..
ade banyak lagi care
semuanya kerna UMNO dan bn...

dan saya ingin meminta pak lah supaya menaikkan lagi rege minyak yg ade..
bukan tu ajerk.. diminta menaikkan lagi rege tol kerna org sebelah rumah saya nih org pembangkang dia selalu ikut highway, bior padan ngan muke dia.
mungkin pak lah boleh melawat saya dan bersedekah kepade saya sehelai kain pelikat dekat-dekat pilihanraya nanti..
insyaallah kain pelikat itu saya akan framekan dan gantung dirumah.. tapi jangan lupa.. pak lah tandatangan yerk..!

jgn lupe pak lah.. naikkan lagi rege minyak..
jgn turun kan gaji menteri menteri dan tuan penasihat 25%..
saya tetap akan menyokong pak lah..

akhir kata bior pak lah senang, janji kami susah.. hidup UMNO, hidup bn..

sekian terima kasih..

ps/ sampaikan salam saye pade KJ dan patrik badawi.. dan tak lupe gak tuan punya syarikat scomi

pecah kaca, pecah gelas,
sudah baca, harap balas.

Tuesday, June 3, 2008

kisah Mee Udang dan Joe Cendol Pulut

Assalamualaikum wbr...
sepanjang Bulan Mei ini hampir setiap minggu saya ke Utara..pelbagai urusan untuk Mei ini..Keluarga kahwin,Hari Keluarga,jalan2 dsb...PLUS highway patut berterimakasih pada saya kerana sepanjang Mei ini banyak duit tol dapat depa kutip dari saya...hhaa..hhaaaaa....
As usual saya dan hubby mmang suka aktiviti jalan2 sambil cari2 makanan. Dan bile pergi ke sesuatu tempat tu mesti nak cari makanan yang berbeza, yg glamer ditempat tu...dan yg paling penting mesti sodappppp....

Perjalanan ke Jitra mmg menyeronokkan.sambil menghantar anak sedara kahwin dengan org sana, saya juga sempat menikmati satu menu yang sangat glamer di Jitra iaitu Cendol Pulut Jo.Tempat yg sgt selesa(ada bilik aircond lagi)....cendolnya mmg klasss! 5 bintang!Kalau singgah Jitra jgn lupa cari Cendol Pulut Joe Cendol yer.
Harga?? Tak tau sbb org belanjaaaa.....:-)


Minggu sebelum tu saya pergi Bukit Merah Lake Town Resort sempena Hari keluarga ofis. Balik sempat singgah makan Mee Udang di Kuala Sepetang.
nak pergi senang ajer. Masuk tol Changkat Jering,lepas tol ambil kiri dan terus ajer menuju Kuala Sepetang.Dah sampai Kuala Sepetang ada dua tiga kedai yg glemer singgah ajer mana2 kedai...tapi kedainya simple..biasa ajer..macam warung2 kat kampung..saya singgah kedai ni...

Mee udang kat sini mmg sedap...setiap pinggan ada 10 ekor udang!!!Udangnya sgt fresh dan manis..rasa mee udang..???wallllaaaa.....mmg sedap.....tak rugi rasa!
harga hanya RM 6.00 sahaja.

dan inilah paras rupa mee udang selepas sesi makan habiss.s.....

Saturday, May 24, 2008

Restoren Al Jazeera Taipan Subang Jaya

Baru-baru ini saya dinner di sebuah Restoren Chinese Muslim di Subang Jaya Taipan. Restoren Aljazeera...cantik dan sgt bersih. Sebenarnya suami saya sangat suka makan Chinese food.Mungkin sebab agak lama tinggal di China menyebabkan tekaknya tak janggal dan citarasa oriental.Pertama kali saya merasa masakan ini,terus jatuh cinta....mmg sgt sedap....Saya rekemen sapa2 yg nak makan chinese food cuba la kedai ini...mmg best....masakannya berbeza dengan Chinese Malaysian Style..tidak banyak penggunaan sos tiram jika dibandingkan dengan style chinese malaysia,selain itu rasanya pun agak pedas..sesuai benarla dengan tekak saya yang suka pedas ni..
Saya memilih set dinner Rm 150.00.Set ini boleh dinikmati antara 6-8 org..mmg puas...
Maaf saya tak tau nama menunya..hentam ajer makan...

Udang(udangnya besar2 dan sgt manis)

Ini paling best! Kambing goreng berlada(agaknya).Menurut pelayan menu ini paling popular kedai ni.Kalau pergi jgn lupa order masakan ni....


Telur seribu tahun..telur warna hitam dan rasanya enak..seumur hidup tak pernah makan telur ni


Daging sejuk masak apa tak tau(ala2 kerabu gitu..pun sedap jugak)


Claypot(dalamnya ada macam2 )the best claypot saya pernah makan...


dan walla...ikan siakap masak 4seasons ,masak macam 3 rasa(tapi lain sikit rasanya) .
Nyum..nyumm..nyummm..


Kepada yang teringin menikmati Chinese Muslim Food(style ori dari China) cubalah ke kedai ini..pasti tak mengecewakan........:-)Gambar diatas hanyalah sebahagian menu yg dihidang.Ada banyak lagi menu dalam set tersebut..saya pun tak ingat berapa jenis!

Tuesday, May 20, 2008

Happy Bday Hubby

Salam
Minggu lepas meraikan bday hubby...
Rasa macam nak buat kejutan pula pada dia...
ingat nak beli ajer kek kat kedai,pastu tampal gambar edible Kimi Raikkonen
bintang F1 kegemaran hubby yg saya dah tempah sekian lama........
tapi rasa tak berapa yakin ngan kehalalan kek diluar so saya minta husband buatkan kek kosong without deco...
Saya cuba la deco kek tu walaupun saya tahu benar akan kerasnya tangan saya sejak azali lagi.....See tgk la kek ini...walaupun tak berapa cantik tapi janji saya buat....hubby sengih ajer tgk kek yang dibuat bini nyaa...apa2lah...janji layan!!!!!!
'gambar Kimi koyak sikit...quality kertas tak berapa baik..(cisss salahkan kertas lak...!!!).Malam saya belanja hubby makan di Muslim Chinese Foods..next entry baru citer la....Jom layan kek kerastangan ku ini...

Saturday, May 10, 2008

Halalkah makanan kita

Saya ingin memetik satu email yg saya terima untuk kita kongsi bersama. Mungkin ramai pengunjung blog ini telah menerima email yg serupa. Apa2 pun mari kita berfikir secara lebih serius isu dibawah......


Dr. Azwan Friday, April 18, 2008 Hidangan Restoran Hotel 5 Bintang - Halal
Atau Haram?

Assalamualaikum,
Pada hari Ahad yang lepas, sekiranya anda mendengar siaran Radio 24 bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada jam 2 pm, terdapat satu wawancara yang sangat menarik di antara Pengulas Radio 24, Tokki dan 2 orang Chef.Isu ini begitu menarik sehinggakan saya terasa rugi jika tidak mendengar celoteh mereka walaupun hanya hendak bangun ke tandas. Isu kepenggunaan kali ini ialah tentang Halal atau Tidak Halal Makanan yang Dihidangkan di Hotel 5 bintang. Seperti yang kita maklum, waktu orang Islam berpusu-pusu untuk makan di Hotel 5 bintang ialah ketika bulan Ramadhan. Bukan sahaja individu, malah syarikat-syarikat juga menjamu pekerja-pekerja dan pelanggan masing-masing di Jamuan Berbuka Puasa di Hotel 5 bintang.
Maklumlah, Setelah penat dan lapar berpuasa pada siangnya, tentulah waktu untuk berbuka itu sewajarnya diiringi dengan juadah-juadah yang lazat dan sedap.Tetapi jangan terkejut kerana hidangan anda di Restoran 5 Bintang itu belum tentu HALAL. Apa hukumnya puasa anda sekiranya berbuka dengan makanan haram

Yang menariknya di dalam program ini, 2 orang Chef telah bersama-sama menceriakan rancangan ini. Apa kata mereka? Salah seorang Chef memberitahu, dari pengalamannya dahulu, di dalam retoran hotel 5 bintang yang menghidangkan buffet, terdapat 5 bahagian dapur masakan (Masakan Melayu, Masakan Barat, Masakan Cina.... tak ingat lagi dua). Setiap satu dapur diketuai seorang Chef yang dipanggil Eksekutif Chef. Di dalam buffet , setiap dapur akan memasak makanan tertentu untuk buffet tersebut.Resepi.resepi untuk makanan yang dimasak daripada setiap dapur adalah hak
mutlak Eksekutif Chef. Ini bermakna tiada orang lain berhak memberi komen tentang resipi yang telah ditetapkan oleh Eksekutif Chef. Eksekutif Chef ini terdiri daripada orang yang pakar dan ahli di dalam masakannya untuk menjaga kualiti makanan yang dihasilkan (5 bintang lah katakan...). Sekiranya Dapur Masakan Melayu tentulah eksekutif Chefnya adalah seorang Melayu. Sekiranya western maka pakarnya tentulah orang dari luar negara, begitu juga masakan cina dan lain lain. Sesetengah Chef yang mungkin berasal dari luar negara mempunyai cara memasak mereka yang tersendiri. Jika mereka sudah biasa meletakkan arak di dalam makanan di luar negara, mereka pasti akan meletakkan Arak ketika memasak di dapur sini. Salah seorang chef berkata,ketika beliau baru memulakan kerjayanya, beliau melihat bagaimana arak dituang di dalam sup bawang (onion soup) yang dimasak di Hotel 5 bintang ini. Chef itu juga berkata, di atas ruang rak tempat memasak sup-sup, berbaris berjenis-jenis botol arak bersama-sama dengan rencah-rencah lain untuk dibuat sup. Jika tidak silap saya, bukan
sup sahaja makanan yang mengandungi arak.

Selain daripada Arak , ada yang lebih menarik lagi tentang pendedahan ini. Menurut chef tersebut, terdapat dua mesin pengisar daging di dapur tempat beliau bekerja.Satu bertulis "PORK" pada papan tanda berdekatan dan satu lagi bertulis "NON-PORK". Tapi dia amat kecut perut.. bila semua orang seperti tak nampak (atau buat-buat tak nampak) sahaja papan tanda itu... Kejap yang pork dimasukkan ke mesin yang ini, sekejap yang di sana ... sehinggakan, beliau terpaksa mengangkat tanah dan air untuk mencuci mesin tersebut setiap kali habis bertugas. Yang memakan masakan itu pula ialah kita.

Pada kebiasaannya, sesetengah hotel mengasingkan pinggan yang digunakan untuk menghidangkan khinzir di satu tempat yang berasingan untuk dicuci. Ini adalah kerana, pencuci pinggan dahulunya adalah di kalangan orang Islam. Tetapi menurut chef itu sekarang, pencuci pinggan adalah di kalangan orang Myanmar dan Bangladesh . Mereka bukannya tahu pinggan mana yang ada khinzir ataupun tidak. Untuk memudahkan kerja, semuanya dicampurkan sekali. Habis semuanya....Chef itu juga ada bercerita tentang kek-kek yang dihidang kan yang mempunyai arak, contohnya tiramisu. Banyak juga dessert dan kek yang tidak halal dihidangkan. Adakalanya, daging yang di grill,
ayam-ayam atau makanan yang dibakar adalah halal. Begitu juga dengan makanan laut. Namun, Chef menasihatkan agar lebih berhati-hati dengan pelbagai sos atau pencicah yang disediakan bersama kerana ia dikhuatiri tidak halal. Ada juga pada waktu waktu tertentu chef ini akan keluar dan melihat-lihat para pelanggan. Sekiranya beliau melihat orang Islam mendekati makanan-makanan yang tidak halal, maka dia akan mendekati mereka dan berbisik "Encik, makanan ni tidak halal...". Tapi tentulah banyak daripada masa mereka berada di dalam dapur. Jadi nasiblah kepada parapelanggan Islam yang lain sekiranya tidak sengaja menikmati makanan yang haram.

JAKIM telah memberi sijil Halal kepada 3 buah hotel sahaja tetapi sampai tamat program wawancara Radio 24 itu, saya tidak dapat menangkap nama Hotel 5 Bintang yang mana satu. D'Saji Felda telah diiktiraf Halal oleh JAKIM menurut Tokki (PPIM) cumaia bukan nama Hotel 5 Bintang yang ingin saya dengar. Saya berasa sangat terkesan di dalam hati apabila mendengar program ini dan pendedahan pengalaman-pengalam an daripada 2 orang Chef jemputan. Salah seorangnya kini telah menjadi Ketua Chef untuk Tabung Haji dan salah seorang lagi bertugas sebagai pengurus di sebuah syarikat makanan. Ia menjadi pengajaran kepada kita bahawa makanan yang nampak mahal dansedap itu tidak semestinya memberi manfaat kepada kita.Sekiranya anda tahu Hotel 5 Bintang yang diiktiraf Halal oleh JAKIM sila kongsikan kepada semua pembaca. Wassalam...

Sunday, May 4, 2008

Nasi ku keras!

Salam
Minggu lepas mmg bz gila...
biasala malaysian attitude..semua mesti last minit..
saat2 akhir berduyun2 datang ke ofis aku..
untk buat efiling...
Kalau tak balik malam ,mestu kejer sampai lewat petang...

Husna turut terkena tempias kebizian maknya...
Ntah angin letih apa yg menimpa,sampai satu ptg aku masak nasi tanpa bubuh air dalamnya...after 30 minit,buka periuk nasi pelik..awat nasi ni kerassss??
aiseymen..ngopernya beras aje dibasuh..tapi air tak masuk dalam periuk..punya la tak perasan...

And husna as usual by 8pm patut da baca doa untk makan..tapi malam tu lewat sikit..sbb mamanya kena tanak nasi sekali lagi...tgkla aksi husna yg kelaparan dan tunggu nasi masak!