Assalamualaikum wbr...
sepanjang Bulan Mei ini hampir setiap minggu saya ke Utara..pelbagai urusan untuk Mei ini..Keluarga kahwin,Hari Keluarga,jalan2 dsb...PLUS highway patut berterimakasih pada saya kerana sepanjang Mei ini banyak duit tol dapat depa kutip dari saya...hhaa..hhaaaaa....
As usual saya dan hubby mmang suka aktiviti jalan2 sambil cari2 makanan. Dan bile pergi ke sesuatu tempat tu mesti nak cari makanan yang berbeza, yg glamer ditempat tu...dan yg paling penting mesti sodappppp....
Perjalanan ke Jitra mmg menyeronokkan.sambil menghantar anak sedara kahwin dengan org sana, saya juga sempat menikmati satu menu yang sangat glamer di Jitra iaitu Cendol Pulut Jo.Tempat yg sgt selesa(ada bilik aircond lagi)....cendolnya mmg klasss! 5 bintang!Kalau singgah Jitra jgn lupa cari Cendol Pulut Joe Cendol yer.
Harga?? Tak tau sbb org belanjaaaa.....:-)
Minggu sebelum tu saya pergi Bukit Merah Lake Town Resort sempena Hari keluarga ofis. Balik sempat singgah makan Mee Udang di Kuala Sepetang.
nak pergi senang ajer. Masuk tol Changkat Jering,lepas tol ambil kiri dan terus ajer menuju Kuala Sepetang.Dah sampai Kuala Sepetang ada dua tiga kedai yg glemer singgah ajer mana2 kedai...tapi kedainya simple..biasa ajer..macam warung2 kat kampung..saya singgah kedai ni...
Mee udang kat sini mmg sedap...setiap pinggan ada 10 ekor udang!!!Udangnya sgt fresh dan manis..rasa mee udang..???wallllaaaa.....mmg sedap.....tak rugi rasa!
harga hanya RM 6.00 sahaja.
dan inilah paras rupa mee udang selepas sesi makan habiss.s.....
No comments:
Post a Comment