Saturday, April 7, 2012

JJCM Kuantan

BAru2 ni kena kursus kat Kuantan Mcm biasa kalau ke Kuantan agenda utamannya mesti Jalan Jalan Cari Makan Dan pilihannnya mestilah Tanjung Lumpur Kali ini memilih kedai Ana Ikan Bakar Petai... Jom jamu mata Ini tomyam campur. Rasanya enak. Tak heavy sangat pastenya. Sedang2 ajer. 4****

Udang goreng kunyit. Sedap. Udangnya segar dan sangat manis. 4****

Kalau di Kl saya tak la suker lala. tapi lala disini sangat sedap. Masak sweet n sour. pedas masam masin manis semua cukup. lala juga sgt segar. Dua malam berturut-turut pesan lala ni mmg sgt yummy. Must Order this 5*****

Sotong goreng tepung. Ini memang peberet teman. Yang best di Kuantan ni sotongnya besar2 dan sangat fresh.Digoreng seadanya dan rasa penuh kelembutan 5*****

Ikan bakar petai Ikan sangat la fresh..manis dan bersari! :-) dibakar menggunkan sambal sendiri. dan dicampur sedikit petai. Sambal tak begitu pedas.. memang kena dengan nasi panas2! sedap bebeh 5*****

Ikan Masak steam Ikan siakap yang besar dan fresh nampak masak steamnya simple ajer tapi rasa mmg sedap. Just nice kata oghang putih tak masam sgt tak masin sgt. kira nak ratah sekor sorang tu kacang ajer la Walaupun isi pejal tetapi sangat lembut 4****

Kailan ikan masin. Rasanya so so ajer la sedap KL lagi kot ikan masinnya kureng, serta amsakan tak cukup penghayatan. Agaknya ini buka speciality mereka tapi sbb teman ni nak makan sayur jugak..so licin jugakla pinggan tu 3***

Yang ni minum petangkepok lekor dan sata. ni di Kedai Pak Soh Beserah. mmg tempat peberet teman satanya sedap..cuma agak pedas kepoknya nya mmg yummy

Ok Kuantan. Jumpa lagi nanti. Insyaallah ada rezeki lepas bersalin nak bawa family jalan2 ke sini.

Saturday, March 10, 2012

Memetik Strawberry di Bandung

Orang kata tak sah ke Bandung kalau tak memetik strawberrynya. Pengalaman ke Bandung memang amat mengasyikkan. dengan cuaca yang nyaman, makanan yang enak dan barang yang murah....huhhhh..bagaikan syurga dunia. Ini salah satu acara wajib jika ke Bandung. Melawat kebun strawbeery seterusnyanya memetik buah strawbeerry itu sendiri dan terus menikmatinya. Amat manis dan segar dari Ladang. 1 kg RM 30 sahaja!






Wednesday, January 25, 2012

Cendol Wahab: The Best Cendol in Town

Hari ni tiba2 rasa nak makan cendul...
nak sesangat
mcm tak boleh tertahan2 dah...
(isshhh mujur la ada alasan bw org mengandung)
Ada la orang nak layan karenah kita....

pukul 1 terus berdesup dengan Cik Mun dan Mek Noor menuju ke Sri Rampai Business Centre...Ikut Duke 10 minit ajer dari ofis
dan tempat yang dituju....
Jeng-jeng -jeng...Wahab cendol...dari bawah pokok hingga ke gerai baru..rasa masih terbaik..enak bangat..satu mangkuk macam tak cukup ajer



Cik Mun order ABC nangka
Aku dan Mek Nor order cendol..sedap dan lazat...
nak lagi nak lagiiiiii

Saturday, January 14, 2012

2012 sudah

Separuh bulan Januari...
Begitulah pejam celik pejam celik masa begitu pantas meninggalkan kita.
Untuk tahun 2012 ni tiadalah azam banyak pun dibuat.

Sementelah banyak azam 2011 tak tertunaipun
Cuma rasanya 2012 ni lebih banyak dugaan....
Dengan kehadiran orang abru insyaallah Jun ini, menjadikan kami berlima
Dengan Ammar yang baru masuk sekolah tadika...dan persediaan Husna melangkah ke Tahun 1.Untuk 4 bulan pertama ini nampaknya tumpuan perlu diberi kepada Husna, kerana jika ada rezeki mahu masukkannya ke Sek Integrasi Islam. Around bulan 5 ada interview. without preparation takut tak lepas pulak interview dan ujian itu. Ya Allah mudahkanlah semua ini

Selain itu saya mula memkikirkan secara serius untuk mengambil pembantu rumah..Rasa macam tak terurus dengan anak yang bertambah, bisness suami dll. Siapalah hendak menjaga si kecil nanti. At least ada maid boleh mengurangkan kos cleaner yang datang setiap minggu dan bayaran baby sitter! Semua sedang difikirkan secara serius!

Ada impian saya yang begitu lama... untuk memastikan kedai baju saya dapat diteruskan..
Saya telah membina nama.imej, website dan segalanya. namun saya tak punya masa untuk mengendalikannnya......:-((. Semoga Allah mempermudahkan usaha ini...


2012......penting untuk lebih tabah menghadapi mu!

Saturday, December 10, 2011

Teknologi yang membantu

Teknologi adakalanya menyusahkan
Tetapi adakalanya begitu memudahkan
Seperti gambar dibawah.
Perjalanan jauh kami terasa begitu mendamaikan
kerana anak-anak tidak kisah untuk bergaduh.Kerana masing2 ralit melayan teknologi!
So..Shoud i happy with technology?
FOR SURE!

Sunday, December 4, 2011

Abah..Lapar

Lately ni husband rajin bawa anak sarapan pagi sebelum ke sekolah.
Tapi mana la tak rajinnya.
Si Ammar ni celik2 ajer mata dah cakap lapar...nak makan
Kesian pulak tengoknya.Makanan peberet Ammar roti canai dan nasi lemak.
Kalau Husna semua peberet dia.
Dengan abah semua baik..tak nakal2 kat kedai makan.
Cerr ada mama, mula la semua nak buat hal!
Tq En Suami kerana menjaga dan menguruskan anak setiap pagi...!