Separuh bulan Januari...
Begitulah pejam celik pejam celik masa begitu pantas meninggalkan kita.
Untuk tahun 2012 ni tiadalah azam banyak pun dibuat.
Sementelah banyak azam 2011 tak tertunaipun
Cuma rasanya 2012 ni lebih banyak dugaan....
Dengan kehadiran orang abru insyaallah Jun ini, menjadikan kami berlima
Dengan Ammar yang baru masuk sekolah tadika...dan persediaan Husna melangkah ke Tahun 1.Untuk 4 bulan pertama ini nampaknya tumpuan perlu diberi kepada Husna, kerana jika ada rezeki mahu masukkannya ke Sek Integrasi Islam. Around bulan 5 ada interview. without preparation takut tak lepas pulak interview dan ujian itu. Ya Allah mudahkanlah semua ini
Selain itu saya mula memkikirkan secara serius untuk mengambil pembantu rumah..Rasa macam tak terurus dengan anak yang bertambah, bisness suami dll. Siapalah hendak menjaga si kecil nanti. At least ada maid boleh mengurangkan kos cleaner yang datang setiap minggu dan bayaran baby sitter! Semua sedang difikirkan secara serius!
Ada impian saya yang begitu lama... untuk memastikan kedai baju saya dapat diteruskan..
Saya telah membina nama.imej, website dan segalanya. namun saya tak punya masa untuk mengendalikannnya......:-((. Semoga Allah mempermudahkan usaha ini...
2012......penting untuk lebih tabah menghadapi mu!
No comments:
Post a Comment