Saturday, April 7, 2012

JJCM Kuantan

BAru2 ni kena kursus kat Kuantan Mcm biasa kalau ke Kuantan agenda utamannya mesti Jalan Jalan Cari Makan Dan pilihannnya mestilah Tanjung Lumpur Kali ini memilih kedai Ana Ikan Bakar Petai... Jom jamu mata Ini tomyam campur. Rasanya enak. Tak heavy sangat pastenya. Sedang2 ajer. 4****

Udang goreng kunyit. Sedap. Udangnya segar dan sangat manis. 4****

Kalau di Kl saya tak la suker lala. tapi lala disini sangat sedap. Masak sweet n sour. pedas masam masin manis semua cukup. lala juga sgt segar. Dua malam berturut-turut pesan lala ni mmg sgt yummy. Must Order this 5*****

Sotong goreng tepung. Ini memang peberet teman. Yang best di Kuantan ni sotongnya besar2 dan sangat fresh.Digoreng seadanya dan rasa penuh kelembutan 5*****

Ikan bakar petai Ikan sangat la fresh..manis dan bersari! :-) dibakar menggunkan sambal sendiri. dan dicampur sedikit petai. Sambal tak begitu pedas.. memang kena dengan nasi panas2! sedap bebeh 5*****

Ikan Masak steam Ikan siakap yang besar dan fresh nampak masak steamnya simple ajer tapi rasa mmg sedap. Just nice kata oghang putih tak masam sgt tak masin sgt. kira nak ratah sekor sorang tu kacang ajer la Walaupun isi pejal tetapi sangat lembut 4****

Kailan ikan masin. Rasanya so so ajer la sedap KL lagi kot ikan masinnya kureng, serta amsakan tak cukup penghayatan. Agaknya ini buka speciality mereka tapi sbb teman ni nak makan sayur jugak..so licin jugakla pinggan tu 3***

Yang ni minum petangkepok lekor dan sata. ni di Kedai Pak Soh Beserah. mmg tempat peberet teman satanya sedap..cuma agak pedas kepoknya nya mmg yummy

Ok Kuantan. Jumpa lagi nanti. Insyaallah ada rezeki lepas bersalin nak bawa family jalan2 ke sini.

1 comment:

Fariena Amerien said...

Terliurrr.. Mesti pergi!