sehingga minggu ke 3 my baby Ammar masih susah menyusu badan. Setiap kali disua puting susu dia akan menangis. Dia cuba hisap tapi tak berjaya jugak. Akhirnya terpaksala saya berikan susu badan yang telah diperah masuk botol utk diberi padanya. Dan ini sebenarnya memberi effect kepada kehidupan kami sekeluarga...My hubby terpaksa bangun 3-4 kali semalam untuk memanaskan susu untuk diberi pada baby..tau aje la baby kalau dah lapar menjerit tengah malam sampai hantu pun kalau ada boleh bertempiaran lari..Itu belum lagi berjaga untuk salin drypers baby..hu..huu..huuu..akhirnya kami berdua letih lesu tak cukup tidur...Saya pula tak boleh la nak landing sambil menyusukan anak (kan cara ni sgt bagus untuk berehat sambil menyusukan anak?). Saya juga 3-4 kali bangun semalam untuk memerah susu untuk memastikan baby ckup bekalan untuk besok..Ada yang bertanya susah2 begini beri ajer la susu formula kan senang? memang kalau difikirkan sgt mudah..namun kami mahu memberikan yang terbaik untuk baby..Kalau untuk kakaknya saya mampu memberikannya penyusuan susu ibu sepenuhnya hingga sebelas bulan..dan disambung hingga 3 tahun..kenapa perlu saya membezakan layanan untuk anak kedua..Melihat anak pertama yang membesar sihat,jarang sakit dan bijak menyebabkan saya dan suami bersemangat untuk menyusukan sepenuhnya baby kedua kami.
Bila hingga minggu ketiga anak masih belum mahu menyusu menggunakan puting saya, so saya contact Kak Yati(jururawat Laktasi PPUM). Kak Yati memberi beberapa tips seperti jgn beri time susu penuh, betulka position baby dsb. Semua tips saya dah buat tapi baby masih enggan menyusu. Akhirnya Kak Yati menyarankan saya berjumpa Farah Farhan Kaunselorr Laktasi(sarakids.com) untuk melihat cara bagaimana saya meyusukan baby. Selepas berjumpa Farah,dia melihat posisi baby semasa menyusu betul. Tapi bila Farah check mulut baby baru dia perasan baby saya ada tongue-tied.
Apa itu tongue-tied:
definisinya:The
‘lingual frenum' (or lingual frenulum) is the cord that stretches from under the tongue to the floor of the mouth.
‘Tongue tie', ‘Ankyloglossia' or ‘short frenum' are the terms used when the lingual frenum is short and restricts the mobility of the tongue. Kalau kita perati kat bahagian bawah lidah, ada satu line yg sambungkan lidah dgn bawah mulut. Kalau tongue tie, line ni pendek, so susah lidah nak bergerak2. Nak jelirkan lidah pun susah. That's why kadang2 baby yg ada tongue tie susah bf, pasal lidah dia tak bole bergerak sangat2. Kesan pada baby menyebabkan feeding difficulties and also can causes bermacam-macam problems dan salah satunya speech problem. Farah merujuk saya kepada Pakar Kanak2 dan Laction Cauncelor Dr Koe dari Klinik Kanak2 Koe Jalan Klang Lama.So masa pergi saya doktor mengesahkan anak saya ada tongue-tied.Solutionnya line dibawah lidah itu dipotong sedikit dalam satu prosedur yang amat simple. Mengikut Dr Koe selepas dipotong biasanya baby tiada masalah untuk bf dan lidahnya akan kembali normal.
Dr Koe sedang melakukan simple prosuder pada mulut Ammar

Dr Koe menunjuk cara posisi baby yang betul semasa bf

Ammar ceria selepas jumpa doktor

Hai ini hari pertama selepas berjumpa doktor. Baby saya menunjukkn ssedikit progress untuk menyusu badan.Walaupun belum sepenuhnya sbb sy masih terpaksa juga memberi susu dalam botol tapi saya bersyukur terdapat sedikit perubahan.Seperti yang Farah kata benda ni perlukan masa..selepas 3 minggu baby menyusu menggunkan botol sahaja pasti dia rasa keliru dengan puting yang baru diberi..Apa2 pun saya berdoa dan terus berdoa semoga baby saya boleh terus bf dari saya...



Ni kakak Ammar Nurhayatul husna yg full bf hingga 11 bulan!