Friday, December 28, 2012

Cendol Kg Gajah

Woowwww...hampir setengah tahun tak conteng blog ni. issk issk isssssssskkkkkk! Ok la. azam tahun baru nak banyak menulis Banyak membaca....Insyaallah Kali ni nak citer tentanng satu kedai cendol yang sangat sedap di Kg Gajah. Kalau u all ke Pekan Kg Gajah , kedai ini betul2 di tengah pekan kecil itu. Lokasi belakang Pasaraya Halida. KEdai tidak bernama!(biasa la kedai kampung) Kedai ni dah lama beroperasi. Cendol dibuat sendiri..paling best harganya RM 80 sen shaja segelas. Makanan lain tiada. Hanya ada kacang kuda. RM 0.50 sepeket.. BEst kan....Belanja 100 orang pun tak mahal..eekke....Jom Jom..sapa nak saya belanja angkat tangan



Monday, July 30, 2012

Bingkisan Syurga

Sedar tak sedar anak dah 3 Cepat waktu berlalu Walau apa pun alhamdulillah syukur atas nikmat kurniaan ilahi ini Husna Ammar dan Adib bagai pelengkap kehidupan kami suami isteri... Kakak yang very the Little Mommy Ammar yang sangat la nakal. Dan Adib yang masih kecil yg sering senyum ajer Tq Allah... lau nikmat yang manakah harus kami dustai?






Wednesday, June 20, 2012

Splash Pool!






Anak-anak saya aktif.
Mereka suka bermain indoor mahupun outdoor.
Sayangnya saya dan suami jarang berkesempatan membaw merekabermian outdoor atas kesibukan
husband dengan tempahan2 kek nya.
Untuk menggembirakan hati anak2 saya belikan mereka splash pool dengan harapan adalah juga aktiviti outdoor( ni betul2 outdoor..buka ajer pintu terus jumpa) ha ha ha
Punya la suker mereka berdua sampai tak putus2 mengucapkan Tq kerana belikan pool ini ( Saya beli online ajer)
So sekarang tak la pening sangat hujung minggu 24 jam mereka dengan iphone dan ipad ajer...
At least ada juga la aktiviti lain yang mereka buat..walaupun nak suruh masuk rumah balik jenuh!

Saturday, April 7, 2012

JJCM Kuantan

BAru2 ni kena kursus kat Kuantan Mcm biasa kalau ke Kuantan agenda utamannya mesti Jalan Jalan Cari Makan Dan pilihannnya mestilah Tanjung Lumpur Kali ini memilih kedai Ana Ikan Bakar Petai... Jom jamu mata Ini tomyam campur. Rasanya enak. Tak heavy sangat pastenya. Sedang2 ajer. 4****

Udang goreng kunyit. Sedap. Udangnya segar dan sangat manis. 4****

Kalau di Kl saya tak la suker lala. tapi lala disini sangat sedap. Masak sweet n sour. pedas masam masin manis semua cukup. lala juga sgt segar. Dua malam berturut-turut pesan lala ni mmg sgt yummy. Must Order this 5*****

Sotong goreng tepung. Ini memang peberet teman. Yang best di Kuantan ni sotongnya besar2 dan sangat fresh.Digoreng seadanya dan rasa penuh kelembutan 5*****

Ikan bakar petai Ikan sangat la fresh..manis dan bersari! :-) dibakar menggunkan sambal sendiri. dan dicampur sedikit petai. Sambal tak begitu pedas.. memang kena dengan nasi panas2! sedap bebeh 5*****

Ikan Masak steam Ikan siakap yang besar dan fresh nampak masak steamnya simple ajer tapi rasa mmg sedap. Just nice kata oghang putih tak masam sgt tak masin sgt. kira nak ratah sekor sorang tu kacang ajer la Walaupun isi pejal tetapi sangat lembut 4****

Kailan ikan masin. Rasanya so so ajer la sedap KL lagi kot ikan masinnya kureng, serta amsakan tak cukup penghayatan. Agaknya ini buka speciality mereka tapi sbb teman ni nak makan sayur jugak..so licin jugakla pinggan tu 3***

Yang ni minum petangkepok lekor dan sata. ni di Kedai Pak Soh Beserah. mmg tempat peberet teman satanya sedap..cuma agak pedas kepoknya nya mmg yummy

Ok Kuantan. Jumpa lagi nanti. Insyaallah ada rezeki lepas bersalin nak bawa family jalan2 ke sini.

Saturday, March 10, 2012

Memetik Strawberry di Bandung

Orang kata tak sah ke Bandung kalau tak memetik strawberrynya. Pengalaman ke Bandung memang amat mengasyikkan. dengan cuaca yang nyaman, makanan yang enak dan barang yang murah....huhhhh..bagaikan syurga dunia. Ini salah satu acara wajib jika ke Bandung. Melawat kebun strawbeery seterusnyanya memetik buah strawbeerry itu sendiri dan terus menikmatinya. Amat manis dan segar dari Ladang. 1 kg RM 30 sahaja!






Wednesday, January 25, 2012

Cendol Wahab: The Best Cendol in Town

Hari ni tiba2 rasa nak makan cendul...
nak sesangat
mcm tak boleh tertahan2 dah...
(isshhh mujur la ada alasan bw org mengandung)
Ada la orang nak layan karenah kita....

pukul 1 terus berdesup dengan Cik Mun dan Mek Noor menuju ke Sri Rampai Business Centre...Ikut Duke 10 minit ajer dari ofis
dan tempat yang dituju....
Jeng-jeng -jeng...Wahab cendol...dari bawah pokok hingga ke gerai baru..rasa masih terbaik..enak bangat..satu mangkuk macam tak cukup ajer



Cik Mun order ABC nangka
Aku dan Mek Nor order cendol..sedap dan lazat...
nak lagi nak lagiiiiii

Saturday, January 14, 2012

2012 sudah

Separuh bulan Januari...
Begitulah pejam celik pejam celik masa begitu pantas meninggalkan kita.
Untuk tahun 2012 ni tiadalah azam banyak pun dibuat.

Sementelah banyak azam 2011 tak tertunaipun
Cuma rasanya 2012 ni lebih banyak dugaan....
Dengan kehadiran orang abru insyaallah Jun ini, menjadikan kami berlima
Dengan Ammar yang baru masuk sekolah tadika...dan persediaan Husna melangkah ke Tahun 1.Untuk 4 bulan pertama ini nampaknya tumpuan perlu diberi kepada Husna, kerana jika ada rezeki mahu masukkannya ke Sek Integrasi Islam. Around bulan 5 ada interview. without preparation takut tak lepas pulak interview dan ujian itu. Ya Allah mudahkanlah semua ini

Selain itu saya mula memkikirkan secara serius untuk mengambil pembantu rumah..Rasa macam tak terurus dengan anak yang bertambah, bisness suami dll. Siapalah hendak menjaga si kecil nanti. At least ada maid boleh mengurangkan kos cleaner yang datang setiap minggu dan bayaran baby sitter! Semua sedang difikirkan secara serius!

Ada impian saya yang begitu lama... untuk memastikan kedai baju saya dapat diteruskan..
Saya telah membina nama.imej, website dan segalanya. namun saya tak punya masa untuk mengendalikannnya......:-((. Semoga Allah mempermudahkan usaha ini...


2012......penting untuk lebih tabah menghadapi mu!