Tuesday, December 21, 2010

Kenangan Terindah

Baru baru ni berkesempatan ke Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi.
sangat gembira.
Manakan tidak , ketempat dimana saya menimba ilmu untuk melengkapkan kembara ilmu.
Walaupun kedatangan kesana atas sebab yang tidak berkiatan dengan UKM,saya tetap gembira..sekurang-kurangnya rindu terubat juga.

Saya sampai seawal pukul 9 pagi. Sebenarnya tujuan kesana adalah mengikuti satu Workshop strategi Pemasaran Dalam Bisnes.Ketika rehat dan sebelum pulang sempat saya jalan2 sekitar UKM....

Melihat Kamsis Aminudin Baki yang ceria...Fakulti Pengurusan Perniagaan yang rasanya tiada perubahan (kenapa la dari sulu tak dicat bangunannya...). Bangunan PUSANIKA pun yang tiada perubahan...Perpustakaan Tun Sri Lanang yang telah berubah wajah...Klinik UKM yang membiru...Tasik UkM yang diliputi rumpur liar sekelilingnnya...:-)

Menyusuri Air yang mengali dari FPP ke PUSANIKA...menyebabkan ingatan berputar pada setiap kenangan yang tercetus.....Tot, Zuza, Aan, Zue, Niza, Niya, Ass...Rindu ini tak pernah padam!


Megah tersergam Perpustakkan Sri Lanang



Lihatla betapa suramnya fakulti ku ini. UKM buat la sesuatu!


Kamsis B...yeeeaa....best dok sini


Opssss..gambo tgh kursus pulak


SUKSIS? 12 tahun yang lepas tiada SUKSIS!


Begitu lama kedai komputer ini bertahan


Ditepi terusan ini la kami selalu study bersama....Airnya masih mengalir lesu seperti dahulu.....Tempat ini menyimpan seribu satu cerita pengunjungnya...Tiba2 saya teringat rakan satu falkulti Sharifah radzua.....Beliau merupakan anak saudara Tan Sri Muhidin Yassin. Beliau meninggal dunia tahun lepas akibat H1N1. Pergi bersama bayi dalam kandungan berusia lapan bulan..Meninggalkan suami dan 2 anak tercinta.. Alfatihah untuk Wa...Terasa bayangan wajah manis mu bermain di mata ini...Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mu.Amin


Ingin saya kongsi sebuah mutiara kata Khalil Gibran di sini.

Hidup adalah kegelapan jika tanpa hasrat dan keinginan. Dan semua hasrat dan keinginan adalah buta jika tidak disertai dengan pengetahuan. Dan pengetahuan adalah hampa jika tidak diikuti pelajaran. Dan setiap pelajaran akan sia-sia jika tidak disertai cinta.

1 comment:

rashidisaid said...
This comment has been removed by the author.