Tuesday, December 28, 2010

Jutawan dengan Menulis?????

Jangan terpedaya dengan tajuk diatas....
Saja aje menggempakkan diri sendiri akhir2 tahun ni
Cuma entry kali ini berkiatan dengan penulisan

Saya selalu memujuk diri .
Memujuk diri untuk memberi masa kepada diri sendiri.
Memujuk diri untuk membuat perkara yang sangat minati.....
Tetapi pujukan itu adakalanya terpaksa saya lupakan...
Kerana adakalanya ada perkara lebih penting yang menanti saya dirumah untuk diselesaikan....
Dan akhirnya...tinggal berangan ajer la saya.

Untuk 2011 nanti saya kepingin untuk serius dalam bidang penulisan.
Saya percaya saya punya bakat menulis..:-))) (ni masuk lif tekan sendiri nih)
Ingat zaman persekolahan dulu. Saya menjadi peberet guru Bahasa Melayu Cikgu Masri.
Cikgu Masri ni adalah cikgu pakar Bahasa Melayu.Pernah satu karangan saya mendapat pujian beliau. Semasa memberi komen kepada karangan tersebut, Cikgu Masri berkata sepanjang 10 tahun beliau menjadi guru pemeriksa kertas peperiksaan serta guru pakar , beliau tidak pernah memberi markah sebegitu tinggi kepada hasil karangan pelajar lain. DDan untuk karangan saya, beliau memberi 98/100! Wahh sgt la syioook nya masa tu..maklumlah sapa tak kenal cikgu Masri..cikgu yg sgt kedekut markah dan sangat sukar memberi pujian pada student!

Bila dikenang2 kembali antara faktor penting untuk menulis dengan baik adalah dengan mengamalkan sikap suka membaca. Dengan adanya sikap suka membaca akan menambahkan ilmu serta frasa perkataan juga dapat membantu meningkatkan kualiti ayat yang digunakan....Dan inilah masalah utama saya sekarang!!!!!! Kurang membaca dan akhirnya skill menulis merudum!

Bila membaca blog Mommy Lyna saya teruja untuk kembali menulis secara lebih serius.......

Saya ingin menulis benda yang lebih ilmiah( tapi catatan keluarga pasti tak dilupakan)
Saya ingin menulis untuk share any knowledge yang saya ada (kalau ada ..uhukkkk)
Saya ingin menulis untuk mengisi masa lapang(((oppsss...saya ingin mencuri masa lapang untuk menulis!!)
Saya ingin cari duit dengan menulis...( Nuffang, Adsense. Affiliate...etc)...hu hu hu

Tapi yang pasti..AKU MENULIS BUKAN KERANA NAMA.....:-)))))

Rasa2 tercapai ke impian saya ni?

Tuesday, December 21, 2010

Kenangan Terindah

Baru baru ni berkesempatan ke Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi.
sangat gembira.
Manakan tidak , ketempat dimana saya menimba ilmu untuk melengkapkan kembara ilmu.
Walaupun kedatangan kesana atas sebab yang tidak berkiatan dengan UKM,saya tetap gembira..sekurang-kurangnya rindu terubat juga.

Saya sampai seawal pukul 9 pagi. Sebenarnya tujuan kesana adalah mengikuti satu Workshop strategi Pemasaran Dalam Bisnes.Ketika rehat dan sebelum pulang sempat saya jalan2 sekitar UKM....

Melihat Kamsis Aminudin Baki yang ceria...Fakulti Pengurusan Perniagaan yang rasanya tiada perubahan (kenapa la dari sulu tak dicat bangunannya...). Bangunan PUSANIKA pun yang tiada perubahan...Perpustakaan Tun Sri Lanang yang telah berubah wajah...Klinik UKM yang membiru...Tasik UkM yang diliputi rumpur liar sekelilingnnya...:-)

Menyusuri Air yang mengali dari FPP ke PUSANIKA...menyebabkan ingatan berputar pada setiap kenangan yang tercetus.....Tot, Zuza, Aan, Zue, Niza, Niya, Ass...Rindu ini tak pernah padam!


Megah tersergam Perpustakkan Sri Lanang



Lihatla betapa suramnya fakulti ku ini. UKM buat la sesuatu!


Kamsis B...yeeeaa....best dok sini


Opssss..gambo tgh kursus pulak


SUKSIS? 12 tahun yang lepas tiada SUKSIS!


Begitu lama kedai komputer ini bertahan


Ditepi terusan ini la kami selalu study bersama....Airnya masih mengalir lesu seperti dahulu.....Tempat ini menyimpan seribu satu cerita pengunjungnya...Tiba2 saya teringat rakan satu falkulti Sharifah radzua.....Beliau merupakan anak saudara Tan Sri Muhidin Yassin. Beliau meninggal dunia tahun lepas akibat H1N1. Pergi bersama bayi dalam kandungan berusia lapan bulan..Meninggalkan suami dan 2 anak tercinta.. Alfatihah untuk Wa...Terasa bayangan wajah manis mu bermain di mata ini...Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mu.Amin


Ingin saya kongsi sebuah mutiara kata Khalil Gibran di sini.

Hidup adalah kegelapan jika tanpa hasrat dan keinginan. Dan semua hasrat dan keinginan adalah buta jika tidak disertai dengan pengetahuan. Dan pengetahuan adalah hampa jika tidak diikuti pelajaran. Dan setiap pelajaran akan sia-sia jika tidak disertai cinta.

Tuesday, December 7, 2010

Riadah di Kampung

Balik kg...wooooo balik kg....
woooooo balik kg..
hati girang

Sempena cuti Maal Hijrah
menghabiskan wkatu2 lepak di kampung
Anak2 suka
sbb ada kawasan luas untuk bermain..
dalam rumah mahupun luar rumah..
Cobaannya..Nyamuk dan cekabuk ajer....
Bila dah penat seharian main, malamnya mesti merengek
gatal sana gatal sini...
so lain kali ingat balik kg kena bawa ubat gatal!

Bbiila anak2 main..seperti biasa dimulai dengan penuh kemesraan...
dan diakhiri dengan tangisan..kes gaduh la ni!


Awal pagi dah mula aktiviti riadah...di pantau oleh opah


Aktiviti membuli adik.


Bibit2 pergaduhan bermula...


Sikecil lepak atas buai...snow white and ????