Tuesday, March 23, 2010

Sedarkah Kita..........

Saya terkejut dengan kenyataan oleh Dato' Syed Mohd. Alwi, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara yang disiar dalam akhbar The Star hari ini Isnin 07 Rabi'ul Akhir 1431/ 22 Mac 2010 di mukasurat N.49 mengenai gejala kelahiran anak luar nikah dikalangan gadis Melayu beragama Islam.

Menurut perangkaan yang dikeluarkan, bagi tahun 2009 sahaja, jumlah Anlun yang dilahir dan didaftarkan dikalangan gadis Melayu beragama Islam yang ialah 17,300. Ini bermakna setiap hari tahun lepas, purata 2 orang An-Lun dilahirkan oleh gadis Melayu beragama Islam.

Bagi tempoh 2004 sehingga 2009 pula, jumlahnya adalah 74,723. Ini bermakna setiap tahun purata An-Lun yang dilahirkan oleh gadis Melayu beragama Islam adalah seramai 14,945 orang. Ini bersamaan dengan purata 2 orang An-Lun dilahirkan setiap hari.

Ini baru perangkaan yang dapat dikesan dan didaftarkan. Bagaimana pula dengan yang tidak dapat dikesan dan tidak didaftarkan! Ini satu isu yang menggerunkan.

Dan persoalan besar yang saya mahu tahu ialah kemana perginya An-Lun ini yang begitu ramai. Saya ada mendapat maklumat ramai dikalangan bayi-bayi tidak berdosa ini dihantar ke rumah perlindungan bukan Islam. Malahan ada maklumat menyatakan bayi-bayi ini diambil sebagai anak anglat oleh orang bukan Islam.

Cuba bayang dalam tempoh 5-7 tahun lagi, bayi-bayi berbangsa Melayu ini akan mendaftar dan bersekolah dengan anak-anak Islam yang lain, bercampur gaul, berkawan dan berteman dengan mereka!. Dengan rupa Melayu mereka, tetapi berlainan agama, saya boleh bayang apa musibah yang bakal melanda bangsa Melayu umat Islam tidak lama lagi! Na'uzubillah min zaalik, moga ALLAH menjauhkan kita daripada fitnah ini.

Dipetik dari : Zul



Mari lah rakan-rakan ku,
marilah sanak saudara ku
marilah semua umat islam
Kita jaga keluarga kita
kita jaga masyarakat kita
supaya perkara ini tidak berlarutan
Jauhkan lah kami dari kejahatan ini Ya Allah

No comments: