Sunday, March 30, 2008

Rahsia Solat Sempurna

Adakalanya kita merasakan banyak perkara yang tidak diberi oleh Allah dalam kehidupan ini..sedangkan kita telah menunaikan kewajipannya seperti Solat 5 waktu..kenapa hidup masih susah..hati masih gundah....Ramai para bijak pandai agama menyatakan salah satu sebab mengapa doa kita tidak diperkenankan adalah kerana solat yang tidak sempurna. Buku dibawah mengupas persoalan ini. Marilah kita memperuntukkan sebahagian kecil wang untuk membeli buku ini yang dipercayai dapat memberi sumbangan yg besar kepada diri sendiri dunia dan akhirat....


Inilah satu buku untuk mengubah cara solat anda yang biasanya didasari ilmu ikut-ikut sahaja kepada ibadat atas dasar ilmu. Pahala bagi seorang yang menunaikan ibadah dengan ilmu amat berbeza dengan solat mereka yang tidak didasari ilmu.
Khalifah Umar bin Abd Aziz berkata :
من عمل في غير علم كان ما يفسد أكثر مما يصلح
Ertinya : Sesiapa yang beramal tanpa ilmu, maka kerosakan lebih banyak dihasilkan daripada kebaikan (Jami' Bayan al-‘Ilm wa fadlihi, Ibn Abd Barr, 1/27)
Malah Nabi s.a.w bersabda :-
ذُكِرَ لِرَسُولِ اللَّهِ رَجُلَانِ أَحَدُهُمَا عَابِدٌ وَالْآخَرُ عَالِمٌ فقال رسول اللَّهِ فَضْلُ الْعَالِمِ على الْعَابِدِ كَفَضْلِي على أَدْنَاكُمْ
Ertinya : Disebutkan kepada nabi terdapat dua orang lelaki, seorang darinya ahli ibadat manakala yang satu lagi ahli ilmu, lalu Nabi memberi respon, Keutamaan orang yang punyai ilmu melebihi dari orang yang beribadah (tanpa ilmu) adalah seperti keutamaanku dengan yang paling rendah dari kalangan kamu(sahabat) : ( Riwayat Tirmizi, no 2685, 5/50 ; Tirmidzi : Hadis Ghorib, Albani : Sohih)
Syeikh Al-Mubarakfuri menghuraikan bahawa ahli ibadat yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah mereka yang banyak melakukan ibadat tetapi hanya didasari ilmu yang sedikit. Beliau juga menjelaskan bahawa nabi membandingkan keutamaan dirinya dengan seorang sahabat yang paling rendah kemuliannya, itu perbandingan si alim dengan si ahli ibadat. (Tuhfatul ahwazi, 7/379)
Justeru, buku ini insyaAllah dapat membantu kita semua menunaikan ibadat dengan ilmu dan tidak lagi dengan ilmu sedikit yang dipelajari di zaman kanak-kanak dahulu.
Bagi melengkapkan ilmu ini, pendaftaran untuk kursus solat terakhir masih dibuka sehingga 28 Mac 2008.
Info Buku
Berikut adalah info buku :-
Tajuk : Formula Solat Sempurna.
Pengarang : Zaharuddin Abd Rahman
Halaman : 174 mukasurat.
Jenis kertas dalam buku : Glossy berkualiti tinggi berwarna dan bergambar.
Tambahan Lain : Beserta glossary, index dan bibliografi.
Harga Runcit yang ditetapkan oleh Telaga Biru Sdn Bhd : RM25.90
Petikan Belakang Buku :-
"Formula Solat sempurna ini menjelaskan kepada pembaca dengan pendekatan mudah dan mantap berkenaan cara menunaikan solat secara lebih sempurna iaitu dengan menggabungkan amalan-amalan sunat dalam solat berserta rukun dan syaratnya.
Keistimewaan buku ini terletak pada kupasan ringkas dan padat hasil kajian mendalam daripada kitab-kitab turath silam dan kontemporari. Penulis membawakan nas-nas yang dikira terbaik dari hasil nukilan ijtihad para ulama hadis dan semasa.
Aspek ini menjadikan ia sebuah buku yang amat sesuai buat semua lapisan masyarakat dan latar belakang, Hinggakan mereka yang mempunyai kefahaman Syariah yang minimum juga mampu memahami ulasan di dalam buku ini dengan baik. Demikian juga mereka yang khusus dalam pengajian ilmu Syariah juga diyakini akan mendapat sesuatu yang menarik daripada buku ini. Kandungan buku ini disusun dalam bentuk menarik mengikut kronologi pergerakan solat dan kemudian disusuli dengan nas-nas warid dari Nabi s.a.w. Seterusnya huraian amat berguna berkaitan khusyuk, masalah dan puncda kehilangannya dewasa ini.
Agak sukar ditemui sebuah buku yang merawat pelbagai isu solat dalam bentuk komprehensif, padat beserta dalil sebegini. Ini menjadikan buku di hadapan anda ini begitu istimewa dan mesti dimiliki oleh semua lapisan masyarakat sama ada pelajar, ulama, ahli akademik, orang ramai, dan bagi semua yang ingin mengaudit solat mereka sama ada menuruti mazhab Syafie atau lainnya."
Harga Istimewa Pembelian Melalui Pengarang
KHAS BUAT Semua peserta kursus solat pada 30 Mac 2008 ini, anda boleh membeli buku ini terhad satu naskhah seorang peserta pada harga sangat istimewa iaitu RM18.
Selain peserta kursus solat terakhir pada 30 Mac ini, anda boleh membeli secara online dari web ini, berikut adalah skim harga masih lagi istimewa bagi pembeli melalui zaharuddin.net
Harga buku : RM 23
Harga pos setiap naskhah : RM 3 (Sampul surat biasa)
: RM 6 (Buble envelope)
Lagi Diskaun Pembelian.
Bagi mereka yang ingin membeli secara banyak, berikut adalah skim tawaran saya :-
1) Pembelian 30 hingga 99 naskhah : RM 21.50 ( setiap buku sahaja)
: RM 3 ( kos pengendalian dan pos setiap naskhah )

2) Pembelian 100 naskhah ke atas : RM 20.00 (setiap naskhah)
: RM 250 (kos pengendalian dan pos bagi 100 buku)
CARA PEMBELIAN
Terdapat tiga cara pembelian iaitu :-
1) MELALUI INTERNET PEMBAYARAN BANK-IN / INTERNET BANKING
No akaun :
Nama : Zaharuddin Abd Rahman
Bank : Maybank ( Wadiah Acct )
Cawangan : Jln Tun Perak, Pudu
No Akaun Semasa : 164017071347
Nama : Zaharuddin Abd Rahman
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Cawangan : KL Sentral
No. Akaun Simpanan: 14023010023571
Nama : Zaharuddin Abd Rahman
Bank : RHB Islamic Bank Berhad
Cawangan : CUKL
No Akaun Semasa : 21401360000425
Selepas membuat bayaran, sila email tibyan2008@gmail. com dengan info berikut:
Nama
Alamat E-Mail anda
Nombor transaksi (PENTING)
Alamat untuk menghantar buku anda
Scan bank-in slip pembayaran anda (sekiranya menggunakan bank-in)
Maklumat perkhidmatan online banking yang anda gunakan (sekiranya menggunakan online banking)
ATAU FAX KE 03-8060 5415

2) Di tempat-tempat tertentu saya berceramah.
3) Di kedai-kedai yang menjual buku terbitan telaga biru sdn bhd.
4) Di pejabat saya di Kuliyyah Ekonomi & Sains Pengurusan, UIAM, Gombak.


SILA BACA LANJUT DI WWW.ZAHARUDDIN. NET

2 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum ustaz..
saya seorang pustakawan di Perpustakaan Negara..
ingin sekali tahu,buku ini terbitan thn ini atau tahun lepas..sekiranya buku ini baru
(2008), sy ingin baca dan ulas utk
bacaan umum dan promosi utk pembelian.
TK.

Anonymous said...

Salam hasliza,
actually buku tu ditulis ustaz zaharudin.saya cuma promo di blog saya sahaja memandangkan ianya sangat bagus kepade semua umat islam.Untuk penerangan lanjut sila jenguk http://www.zaharuddin.net