Friday, September 24, 2010

Pasar Pagi Batu Pahat

Selepas 4 hari beraya di Perak kami meneruskan kembara lebaran ke selatan tanah air. Singgah dirumah saudara mara di Muar..dan seterusnya terus ke Bt Pahat....Beraya dan beraya..Thank you Husna dan Ammar yang menunjukkan perilaku yang baik sepanjang raya-rayaan ini.

Kali ni tak nak citer pasal raya tapi nak cerita pasar pagi Jalan Ibrahim Batu Pahat. Biasa kalau turun bermalam di Bt Pahat mmg tempat ini akan kami kunjungi. Ada macam2 barangan dijual disini. Takde la beli apa pun..cuma seronok jalan2...

Husna berhenti dikedai ni lama. Mama suruh pilih satu. AKhirnya Husna pilih buku Thomas and Frens


You all tau sayur ni apa? Pucuk pokok daun sup. sedap gorang atau buat sup..tak pernah rasa pulak


Take a break...lepak atas beca..uiksksss beca ke ni? apa2lah...Husna happy ajer..adik mcm kompius sikit


Buah Kedondong..tapi kalau kat kg aku panggil buah amrah ajer..org ngandung mesti kecur tgk ni


Abah lupa bawa tali pinggang...so beli tali pinggang kat pasar ni...


Mercun pun ada..layan....abah beli banyak untuk main di Shah Alam


Cadar dan selimut bundle..beli beli...murah murah


Penat dan lapar....sarapan di Kedai kopi..roti bakar n air kopi= Yummy

Friday, September 10, 2010

Keletihan yang menggembirakan

Tahun ini gembira berhari raya.
Jka raya seblumnya kami bertiga, tapi tahun ini dah berempat dengan kehadiran Muhammad Ammar Zharif. Persiapan raya lebih kepada anak2. Kami suami isteri hanya memilih sepersalinan sahaja untuk hari raya...untuk anak2 memilih lebih sedikit. Memandangkan ianya bukan hanya digunakan di musim raya sahaja, jadi kami ambil kesempatan jualan murah yg ada untuk membeli xtra baju untuk anak2.

Seperti biasa berhari raya di Kampung Gajah Perak...
Meriah dengan kehadiran saudara mara rakan dan taulan...Penat menjaga Ammar yg sgt lasak sekarang...
Penat memasak\
Penat basuh pinggan
Penat kemas rumah
Penat melayan karenah anak buah
Tapi kepenatan itu rupanya satu kegembiraan
Setiap kali syawal menjelang....:-)))



Sunday, September 5, 2010

Iftar Ramadan

Ramadan kali ini kami jarang benar Pasar Ramadan..Mals nak cari parking, malas nak bawa anak2 yg masih kecil dan tak tau apa yg nak dibeli
Tapi bila malas masak tu mula la rasa nak berbuka diluar...Pilihan mesti la yg murah...

First Iftar diluar kami adalah di Cafe D'Sore Komplek Belia Sek 7. Makanan variaty dan sedap.Harga tak mahal sgt.Tempatnya aman dan tenang..ok la untuk aku bbyg berjiwa ala2 sopan santun dan ayu2 gitu...

Yg bestnya my son tak buat hal...dok ralit makan kepok ajer dia..so mmummy n daddy pulun sepuas hati....


Ammar ceria dan suka hati ajer


Husna makan dgn begitu selera. Habis 2 pinggan nasi dan 2 mangkuk sup


Teh tarik kow


Peberet aku..siarp selasih..bak segelasssssss


Mcm2 ada..tak ingat lauk pauk apa dalam pinggan ni..tapi ada nasi minyak


Kambing bakar n salad...mmg sodap


Mee kari peberet aku...4 bintang


Dan inilah cafenya,,,..kan aku kata ala sopan santun gitu

Monday, August 30, 2010

Dah Apply Cuti Raya ke?

Pejam celik cuma lebih kurang 10 hari aje lagi kita nak beraya....jangan suka sangat kerana 10 hari terakhir ini lah seharusnya kita menggandakan amal ibadat.. Bak kata seorang rakan marilah kita menggantikan surfing dengan qiyam, fb berganti tadarus, zikir menggantikan status updating......:-). Walaupun akhir2 ini kita makin sibuk dengan persiapan kuih rayanya lah, baju rayanya lah...dan segala2 berkaitan dengan hari raya.....

Untuk yang belum apply cuti raya jgn lupa apply..alhamdulillah cuti hari raya kali ini sama dengan cuti sekolah..so tempohnya agak panjang....Jangan last minute boss tak benarkan cuti pulak..kan dah haru...

Opssssss yang bercuti hari raya lama sgt tu jgn terkejut kalau balik semula ke ofis, keadaan ini berlaku,.....sabor ajer la yerrrrr




Saturday, August 28, 2010

Iftar @SACC Shah Alam

Dah 17 hari berpuasa.
Tak tau nak masak apa....
Setakat ini belum menjengah mana2 Pasar Ramadan
Ajakan suami untuk berbuka diluar bagaikan orang mengantuk disorong bantal.
Banyak yang dipertimbangkan..harga...dan lokasi pastinya.

Kami memilih lokasi yg dekat ajer..senang tak payah menempuh jam..boleh sampai cepat dan pulang pun tidak menempuh kesesakan. Tahun ni mencuba tempat baru. Jika tahun lepas kami berjuadah di Grand Bluewave Hotel Selangor , maka tahun ini kami memilih Shah ALam Convention Centre. Harga jauh lebih murah dari Grand Blue Wave.Sekali sekala ok la..lagipun sepanajang 17 hari ramadan ni rasanya kami mmg berjimat makan dirumah sahaja...sesakli mahu juga merasai variasi serta suasana berbuka diluar.
Saya ajak member Azizian dulu untuk join kami. Azah n Normi tiba hampir berkumandangnya maghrib.

Rating: 3.5 star/ 5 star

Tgk tu belum raya dah ada lemang dan ketupat


Ammar n Mak na


Husna, Syakir n Nomie..dan Wajihah juga


abah senyum tapi adik kenapa masam ajer


Keletah budak 2 orang ni. Berbuka puasa mcm org puasa ajer


Mama melayan Ammar yang berbuka juga


Pantang nampak kamera depa ni


Husna hilang tudung sbb panas sgt asyik main lari ajer

Monday, August 23, 2010

Gembira di kampung

Balik kampung mmg best.
Disamping menjengah orang tua, kampung juga memberi sumber ketenangan .......
Mendengar kicauan burung, kokokan ayam...serta siulan burung berterbangan dipagi hari menjadi terapi jiwa pula rasanya.....
Anak2 dan suami pun suka kalau balik kampung..persekitaran yang luas membolehkan mereka berlari dan bermain sepuasnya.
Jom tgk antara gambar yang sempat diambil di kampung baru-baru ini.

Ini antara aktiviti yang disukai cik suami. Melihat tanaman mak dikeliling rumah. Ni tengah mengait buah limau kasturi untuk di bawa balik kampung.


Lepak time. Tengokla ketiga2nya happy...tak tau la dah pukul brp ni. tempat tidur pun tak kemas lagi..Ammar baju mana????


Suasana di malam hari.Aiseyman takde letrik pulak. Set meja makan jati baru...bau kedai lagi tu...


Ammar sempat posing lagi. Kalau kat kampung jarang nangis..suka ajer...


Dah sampai Shah Alam di malam hari....Insyallah ada masa balik kampoung lagi.