Friday, September 24, 2010

Pasar Pagi Batu Pahat

Selepas 4 hari beraya di Perak kami meneruskan kembara lebaran ke selatan tanah air. Singgah dirumah saudara mara di Muar..dan seterusnya terus ke Bt Pahat....Beraya dan beraya..Thank you Husna dan Ammar yang menunjukkan perilaku yang baik sepanjang raya-rayaan ini.

Kali ni tak nak citer pasal raya tapi nak cerita pasar pagi Jalan Ibrahim Batu Pahat. Biasa kalau turun bermalam di Bt Pahat mmg tempat ini akan kami kunjungi. Ada macam2 barangan dijual disini. Takde la beli apa pun..cuma seronok jalan2...

Husna berhenti dikedai ni lama. Mama suruh pilih satu. AKhirnya Husna pilih buku Thomas and Frens


You all tau sayur ni apa? Pucuk pokok daun sup. sedap gorang atau buat sup..tak pernah rasa pulak


Take a break...lepak atas beca..uiksksss beca ke ni? apa2lah...Husna happy ajer..adik mcm kompius sikit


Buah Kedondong..tapi kalau kat kg aku panggil buah amrah ajer..org ngandung mesti kecur tgk ni


Abah lupa bawa tali pinggang...so beli tali pinggang kat pasar ni...


Mercun pun ada..layan....abah beli banyak untuk main di Shah Alam


Cadar dan selimut bundle..beli beli...murah murah


Penat dan lapar....sarapan di Kedai kopi..roti bakar n air kopi= Yummy

No comments: