Saturday, January 14, 2012

2012 sudah

Separuh bulan Januari...
Begitulah pejam celik pejam celik masa begitu pantas meninggalkan kita.
Untuk tahun 2012 ni tiadalah azam banyak pun dibuat.

Sementelah banyak azam 2011 tak tertunaipun
Cuma rasanya 2012 ni lebih banyak dugaan....
Dengan kehadiran orang abru insyaallah Jun ini, menjadikan kami berlima
Dengan Ammar yang baru masuk sekolah tadika...dan persediaan Husna melangkah ke Tahun 1.Untuk 4 bulan pertama ini nampaknya tumpuan perlu diberi kepada Husna, kerana jika ada rezeki mahu masukkannya ke Sek Integrasi Islam. Around bulan 5 ada interview. without preparation takut tak lepas pulak interview dan ujian itu. Ya Allah mudahkanlah semua ini

Selain itu saya mula memkikirkan secara serius untuk mengambil pembantu rumah..Rasa macam tak terurus dengan anak yang bertambah, bisness suami dll. Siapalah hendak menjaga si kecil nanti. At least ada maid boleh mengurangkan kos cleaner yang datang setiap minggu dan bayaran baby sitter! Semua sedang difikirkan secara serius!

Ada impian saya yang begitu lama... untuk memastikan kedai baju saya dapat diteruskan..
Saya telah membina nama.imej, website dan segalanya. namun saya tak punya masa untuk mengendalikannnya......:-((. Semoga Allah mempermudahkan usaha ini...


2012......penting untuk lebih tabah menghadapi mu!

Saturday, December 10, 2011

Teknologi yang membantu

Teknologi adakalanya menyusahkan
Tetapi adakalanya begitu memudahkan
Seperti gambar dibawah.
Perjalanan jauh kami terasa begitu mendamaikan
kerana anak-anak tidak kisah untuk bergaduh.Kerana masing2 ralit melayan teknologi!
So..Shoud i happy with technology?
FOR SURE!

Sunday, December 4, 2011

Abah..Lapar

Lately ni husband rajin bawa anak sarapan pagi sebelum ke sekolah.
Tapi mana la tak rajinnya.
Si Ammar ni celik2 ajer mata dah cakap lapar...nak makan
Kesian pulak tengoknya.Makanan peberet Ammar roti canai dan nasi lemak.
Kalau Husna semua peberet dia.
Dengan abah semua baik..tak nakal2 kat kedai makan.
Cerr ada mama, mula la semua nak buat hal!
Tq En Suami kerana menjaga dan menguruskan anak setiap pagi...!


Saturday, September 10, 2011

Allah Knows Best



ALLAH KNOWS BEST

Allah knows what’s best for us,
so why should we complain,
we always want sunshine,
but He knows there must be rain.

We always want laughter
and the merriment of cheer,
but our heart will lose
their tenderness,
if we never shed a tear.

Allah tests us often,
with suffering and with sorrow,
He tests us not to punish us,
but to help us meet tomorrow.

For growing trees are strengthened
if they can withstand the storm,
and the sharpness of the chisel,
gave the marble its grace and form.

Allah test us often,
and for every pain
He gives us,
provided we are patient,
is followed by rich gain.

So whenever we feel that
everything is going wrong
it is just Allah’s way
to make our spirit strong

Sunday, August 28, 2011

Salam Aidilfitri

Salam
sedar tak sedar Ramadan makin meninggalkan kita
Dan syawal makin menghampiri. begitu cepat masa berlalu meninggalkan kita
Antara sedar dan tidak. Rasa mcm baru semalam ajer Edulfitri 2010.

Kepada semua pembaca blog ini diucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir Batin atas setiap kesalahan. Pad a yang berada di Perak jemput dtg rumah di Kg Gajah
Untuk yang ingin dtg ke Shah Alam, say a akan Ada disana bermula 6 September 2011.

Sunday, August 21, 2011

Mereka benar-benar memerlukan

Tidakkah ada sedikit perasaaan sayu kita di bulan Ramadan yang mulia ini menatap gambar ini. Ayuh mari kita hulurkan sumbangan untuk membantu meringankan beban umat Islam Somalia. Sesungguhnya disaat kita kekenyangan ada umat islam yang kebuluran. Bantulah mereka.




Global Peace Mission (GPM) kini sedang berusaha mengumpul bantuan kewangan untuk membantu meringankan beban umat Islam di Somalia yang sedang menjalani ibadah puasa tanpa bekalan makanan yang cukup dan kemarau yang dahsyat. Mohon sebarkan maklumat ini. Sumbangan tunai anda boleh disalurkan melalui akaun bank berikut: BIMB : (14-023-01-002922-4) Maybank: (5642-2161-1602). Untuk pertanyaan serta makluman berhubung sumbangan, boleh dibuat dengan menghubungi 03-6188 3230