Sunday, July 3, 2011

Lepak Taim

Petag di hari minggu mmg waktu yg lepak untuk kami. Biasa kek last akan dihantar pada tengahari ahad. Lepas solat zohor ajer turn aircond, tarik langsir dan ZZZZZzzzzzz
Semua akan tidur dengan nyenyak. Abah mmg dah beberapa malam kurang tdo. Kakak pun letih sbb asyik tolong abah. Adik pun letih sbb asyik sepahkan rumah dan kena marah..

Bila semua dah tido mama pun rasa tenang sikit. Boleh la update blog, facebuking dan yg sewaktu dengannya. Time ni mama dah bangun selepas sejam tido dengan lenanya...penat wooo....kena charge bateri, esok nak kerja lagi!


Husna terbongklang tido. Dia ni mmg mudah sangat tido. pantang letak kepala terus ZZzz


Adik tidur terkangkang-kangkang


Adik, kakak dan abah tdo lena. dalam style tersendiri

Wednesday, June 1, 2011

Sedapnya capati

Peberet saya di waktu pagi.
Capati dengan kari daging di food Court Jalan Duta.
Kari dagingnnya mmg sedap. menggunakan daging tetel. Ditambah dengan carrot, kentang dan juga kacang panjang. Capati juga lembut dan sesedap dimakan.
Biasa makan dengan air teh o atau teh o limau.
Yummy.
Set bagi Capati dan kari daging RM 3 sahaja.
Simple but yummy

Uiksss...toke kedai capati ni kena bagi diskaun kat saya nih. Dah promo kat satu dunia ni!.ihik ihikk

Friday, May 20, 2011

Ohhh Cempedak goreng

Oh cempedak goreng
kenapalah harga nko RM 1 sebiji...
kenapalah nko mahal sangat..
kalau aku nak makan 10 biji kan dah kena bayo 10 hengget.....
Macamana la aku nak belanja org lain makan nko
kalau nko mahei sangat....
Dah reger RM 1 satu..untuk aku sendiri pun tak lepas..

Makcik jual cempedak goreng pun ngape le mahei beno jual.
Jual tepi jalan ajer..lesen tak yah bayo..kedai tak yah sewa pun.
Tapi kalau makcik kaya dan dapat pergi haji, saya bersyukur menjadi pembeli cempedak goreng makcik...Paling tidak pun saya membantu makcik pergi aji pakai duit jual goreng cempedak....

Tapi lain kali jgn la jual mahal bebeno..sian kat saya ni..makcik pun tau saya ni giler kat cempedak goreng...makcik jual rm2 sebiji pun saya beli jugak rasanya...
tapi at least kesianla kat saya......

Saturday, May 14, 2011

Berikan mereka cabaran!

Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
Adakalanya kita tak tau pun pun talent anak2 ni... beri peluang dan peluang...
akan terserlahlah diri mereka sebenarnya...

Tengoklah Ajan dan Faez ni...
terserlah talent mereka bila diberi tugas mencabar ( tak cabar mana pun..basuh loyang ajer)
tapi dalam kuantiti yang banyak , nampaklah ketekunan mereka menyiapkan tugasan diberi.

Cheeesee..apa2 pun ambil gambar sbg bukti dulu


Aiseymen banyaknya lagi ni!


Nah Ajan..abis kan ni!


Mana Abang Faez ni..dah ngorok ke tinggalkan Ajan sorang2 nih


Yaa.. Cik Ndil Junior...nanti panggil Ajan ajer untuk buat frosting kek yer pakcik Fadil

Saturday, April 30, 2011

Makna kemiskinan pada mereka

Si kaya dan simiskin
pasti punya persepsi yang berbeza ttg kemiskinan.
Mungkin sikaya merasa, tidak dapat pakaian berjenama dianggap miskin
tetapi bagi simiskin...berpakaian itu sudah menggambarkan kekayaan....
menoleh kiri kanan depan dan belakang..begitu ramai lagi anak Malaysia diulit kemiskinan...Lantas siapa harus membela nasib diri mereka...????



Kemana pergi subsidi kami?

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.



kalian rampas subsidi kami , entah ke mana dibawa lari.
kalian beritahu , wang mesti dicatu , kita menuju maju..
...kalian kata : semua menderita , habis harta negara..
kalian berbahasa ; bukan barang naik harga ,
cuma subsidi turun sahaja..

kami orang desa , mungkin tidak pandai kira berjuta-juta..
kami orang kecil kota , mungkin tiada sedemikian harta..
jika kalian tipu sebegitu , biasanya kami diam selalu..
tapi dapatkah kami dibohongi , tentang suapan saban hari?

apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah.
papa semakin parah. wang semakin lelah.
jika semalam berlauk , hari ini cuma berkuah..
kerana kerajaan kita sedang susah.
maka subsidi kita terpaksa diserah..


jika semalam kau makan sepinggan, hari ini separuh.
kerana barang semakin angkuh , wang papa makin rapuh..
apa yang dibisik pada anak berkopiah ke madrasah.
makananmu sayang , sebahagiannya sudah hilang..

jika mereka bertanya siapa yang bawa lari.
kepada siapa patut kami tuding jari?
janganlah nanti mereka membenci pertiwi.
akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini..

atau kami jadi insan curang..
kami beritahu : cuma subsidi sahaja yang kurang?
tiada apa yang hilang , nanti akan datang wang melayang..

dengar sini wahai yang tidak memijak bumi!
pernahkah kalian mengintip kehidupan kami..
pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati..
kamu yang semput bagai melukut di kota kedekut..
kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa.
bertarung nyawa dan masa , menghitung setiap belanja.

pernahkah kau merasa?
rumah bocor yang lanjut usia?
baju dan kasut anak yang koyak.
tinggal dalam rumah yang berasak asak.
siang kami sebak , malam kami sesak..

sedangkan kalian manusia angkasa..
istana permata dibina , kereta berjuta dirasa..
elaun di serata , dari isteri sehingga seluruh keluarga..
hidangan istimewa , konon meraya kemakmuran negara..


tapi kami masih di sini.. di teratak ini..
dengan lauk semalam.
dengan hidangan yang tidak bertalam..
dengan rumah yang suram..
dengan wang yang hampir padam..

tiada istana lawa.. tiada kereta berharga..
tiada layanan di raja.. tiada baju bergaya..
tiada kediaman menteri.. tiada hidangan v.i.p.
tiada persen di sana sini.. tiada bahagian anak dan bini..


tiba tiba kalian kata : kamilah beban negara..
aduhai celaka bahasa yang kalian guna..
kalian yang belasah , kami yang bersalah..
kalian yang untung , hutang kami tanggung..
kalian mewah melimpah , kami susah parah..
kalian hilangkan wang , poket kami yang terbang..
kalian bina istana , rumah kami jadi manga..
kalian makan isi , kami dijadikan abdi..

lantas , kalian rampas lagi subsidi..
ke mana wang itu pergi nanti?
jika kalian berhati suci , wajib menganti buat kami..
jika tidak pun buat gula konon merbahaya.
mengapa tidak beras diturun harga?
jika tidak untuk minyak kereta?
mengapa tambang tidak dipotong sahaja..

tapi entah berapa kali janji..
konon : nanti kami ganti , kami ganti , kami ganti..
hari demi hari , ceritanya pun tidak berbunyi lagi..
kami terus termanggu di sini..
kalian juga yang nikmati..
kami hanya mengigit jari..


kembalikanlah kepada kami harta negara..
jangan hanya kalian sahaja yang merasa..



dr maza

July 2010

Saturday, April 9, 2011

Mencintai Rasul Yang Agung

Lagu ini sangat menyentuh kalbu.
Menitis air mata mendengarnya
Kalaulah Rasulullah ada sekarang..pasti baginda sedih melihat sunah dan ajarannya mula di lupakan....moga2 bukan kita glongan itu.inshaALLAH !.di saat kita meniti titian sirat berdebar jantung nabi...sayang nya baginda pada kita . Wahai Rasulullah ! kami juga amat mencintaimu..


Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

Tuesday, March 29, 2011

Menyusuri derita

Pengalaman melawat wad Pediatrik Kanak2 untuk pesakit Kanser di PPUM baru-baru ini benar2 menyedarkan saya bahawa semua perkara dunia ini adalah milik Allah swt. Bahagia mahupun derita juga adalah kurnia dari Allah. Tak mampu kita untuk melawan takdirnya. Namun teruslah berdoa dan berdoa sesungguhnya Allah itu maha mendengar.

Ada orang yang dilahirkan derita, tetapi akhirnya bahagia..
dan ada yg bahagia diuji sedikit dengan derita...
Sesungguhnya kepunyaan Allah apa jua yg ada di langit dan dibumi ini.

Melihat anak2 kecil ini melawan penyakit yang dideritai mengundang rasa sebak dalam diri.
Walaupun kesakitan namun anak2 kecil ini sentiasa menguntum senyuman, sentiasa ingin bermain2 seperti anak2 yang lain. Andainya diri ini diuji sebegini tidak pastilah sama ada saya masih mampu menguntum senyuman..:-(

Rasa bangga dan kagum kepada yang menjaga anak2 ini..bertukar ganti ibu bapa, pakcik makcik dan datuk dan nenek menjaga anak2 kecil ini.Tanpa keluh dan resah seakan Allah meminjamkan kekuatan yang bukan sedikit untuk mereka semua....

Benarlah bagai dikata,ujian Allah itu bukan hanya untuk yg mengalaminya, tetapi ia juga adalah ujian untuk semua yang berada dikelilingnya...
Moga kita semua menjadi lebih tabah dan beriman dengan ujian Allah.
Amin

Antara lukisan yang dilukis oleh anak2 kecil ini. Bagai mengerti makna bahagia..itulah yang mereka pamerkan atas kanvas bisu ini. Saya tertanya2 sendiri adakah anak2 ini telah sihat walafiat atau bahagia menemui penciptanya...........



Aisy( cucu abang iparku)..katil 13..semoga sembuh cepat. Ya Allah kabulkanlah doa ku ini


Tidur lena selapas lunch