Monday, August 23, 2010

Gembira di kampung

Balik kampung mmg best.
Disamping menjengah orang tua, kampung juga memberi sumber ketenangan .......
Mendengar kicauan burung, kokokan ayam...serta siulan burung berterbangan dipagi hari menjadi terapi jiwa pula rasanya.....
Anak2 dan suami pun suka kalau balik kampung..persekitaran yang luas membolehkan mereka berlari dan bermain sepuasnya.
Jom tgk antara gambar yang sempat diambil di kampung baru-baru ini.

Ini antara aktiviti yang disukai cik suami. Melihat tanaman mak dikeliling rumah. Ni tengah mengait buah limau kasturi untuk di bawa balik kampung.


Lepak time. Tengokla ketiga2nya happy...tak tau la dah pukul brp ni. tempat tidur pun tak kemas lagi..Ammar baju mana????


Suasana di malam hari.Aiseyman takde letrik pulak. Set meja makan jati baru...bau kedai lagi tu...


Ammar sempat posing lagi. Kalau kat kampung jarang nangis..suka ajer...


Dah sampai Shah Alam di malam hari....Insyallah ada masa balik kampoung lagi.

Tuesday, August 10, 2010

Setahun sudah


Ramadan datang lagi.
Cepat benar rasa berlalu . Rasanya masih baru ramadan tahun lepas.
Bila mengingat ramadan tahun lepas saya tersenyum sendiri. Betapa ramadan tahun lepas saya sedang sarat mengandung 8 bulan.Walaupun begitu banyak cabaran berpuasa, namun alhamdulillah berjaya juga saya berpuasa 30 hari. Baby dalam perut tak banyak karenah.Pun saya juga tak banyak keinginan makan seperti kebiasaannya.

Ramadan kali ini baby yang dikandung telah pun menjengah dunia. Telah pun berusia hampir 10 bulan.Pastinya ramadan kali ini baby ini akan mengacau saya di dapur waktu sibuk menyediakan juadah berbuka..atau menangis minta disusukan waktu saya sibuk menjamah hidangan sahur....


Betapa cepat masa berlalu.....Saya gembira menyambut bulan rahmat ini. Semoga Ramadan akan memberi sinar bahagia untuk kami semua. Banyak azam di bulan ramadan ini. Harap semuanya berjayalah ditunaikan....

Tuesday, July 20, 2010

Sewaktu dahulu

Menyingkap album lama...rindu kenangan silam
zaman persekolahan disekolah mahupun kampus.
Mujurlah ada teknologi FB
Membantu mengesan kembali rakan2 lama......


Sham Zamroni dan aku. Ini masa di Muara Ikan bakar Pelabuhan Klang.
Kira ini reunion untuk rakan2 SMSAA...Lama dah majlis ni
maybe around tahun 2001.
Sham sekarang ni business sendiri di Bagan Datoh
Zamroni dengar citer org besar di Air Asia...


Anggun Che Sulong. Namanya mmg unik.
Junior di UKM. Kami sama-sama aktif dalam Persatuan Anak Perak UKM.
Tapi sayangnya saya lost contact dengan dia...
Anggun dimanakah kau...Tak guna FB ke?
Anggun ni org Sungkai Perak



Nizam sambas..last jumpa masa dia kerja di Bangi..sekarang tak tau la dimana...
tenggelam timbul dalam FB. Member masa Di SMSAA dulu. dengar citer dia futher study ke UITM


Bila tgk gambar2 ni rasa rindu kenangan lampau..
Rindu kawan2..
Namun tidak mampu ku ulang moment yang menggembirakan itu.....

Sunday, July 11, 2010

Melepaskan Lelah

Hujung minggu yang menyenangkan....
Hubby cuba menyiapkan semua tempahan kek sebelum tengahari 3 Julai lepas.
Dah lama janji dengan Husna nak bawa tido hotel sambil mandi dalam swimmingpool. Tapi akhirnya last kek dihantar jam petang ke PICC Putrajaya. Dari situ kami terus ke PD untuk bercuti di PD Tiara Port Dickson

Satu yang aku suka PD Tiara ni sebab kemudahan kolamnya best..okla untuk bebudak main.Hujung minggu memang ramai orang. Kami sampai around 6 ptg.Masuk ajer bilik tukar baju terus dan turun kolam...Husna la yang paling happy..maklumla swimming mmg hobi yg paling dia suka..cumanya dia takde kawan..sepupu2 nya semua tak dapat datang..so kawan la Husna dengan Mak Ana dan Kak Long Anis

Banyak aktiviti di PD..balik best kami makan durian dengan banyak sekali..hubby bilik kepah segar. balik ajer apt terus masak...wahh sedap sungguh....

Aktiviti begini mmg menyeronokkan..Sesekali lari dari kerja rutin dan melupakan seketika kesibukan dibukota membuatkan kita lebih fresh...betul ke?








Sunday, June 20, 2010

Thanks Abah



So many wonderful moments we have spent together,
So many wonderful years in all kinds of weather,
Thinking of u father brings memories to mind,
Wonderful moments i ll treasure,
These u gave me sincerely thats why my dad ,
I love u so dearly.

One
father
is
more
than
a
hundred
School
masters.

You’ve seen me laugh
You’ve seen me cry
And always you were there with me
I may not have always said it
But
thanks and I love you
Happy Father’s Day

Tuesday, June 15, 2010

Salam Perpisahan untuk Azeran

Salam Perpisahan Azeran
Azeran ni opismate lama saya .
kenal sejak tahun 2001 sehinggalah Ogos 2009 saya berpindah cawangan
Tahun 2010 Azeran dapat pindah ke Terengganu.
Sepanjang mengenalinya kami mmg agak rapat especially kami sama2 terlibat dalam Jawatankuasa ICT. Azeran yang saya kenal budak yang warak,rajin,tak banyak kisah, tak berkira. Kalau mengaji suara Azeran mmg sedap. cuma bab makan dia selalu tak boleh masuk geng kami sebab dia tak makan pedas!

Kepada Azeran diucapkan selamat maju jaya ditempat baru. Jangan lupa kami di Klang Valley ni.Tunggu kami jalan2 di Kuala Terengganu.
Gambar2 dibawah sekitar majlis perpisahan beliau yang kami adakan di Restoren Puteri.

Azlan malu kucing org ambil gmbr dia

Emmm mamat ni bab makan mmg selalu menang


My peberet sagu melaka. Sgt sedap. 5 bintang


Cantik manis Aliza


Yong Zarian sempat pose

Caramel pun sedap

Azeran memberi ucapan terakhirnya

Friday, June 11, 2010

Kalau binatang ada fb


Kalau binatang ada fb, agak-agak begini lah ya komen-komen binatang tersebut kat STATUS yg mcm kowang selalu post tu…….

Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih…

Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang burp, Alhamdulillah...

Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh!...

Cicak : isteriku tersepit pintu

Kucing Betina: “Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”

Ayam : Kawan2…kalu esok guwe tak update…bererti guwe udah di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...

Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa

Cicak : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap … baru beli videocam baru …

Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!

Tikus: Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?

katak : malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..

ular : rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..

Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.

Kuda: Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.

Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi

Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2

Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles

Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!

Babi hutan: susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.

Kera: semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah

Tikus: Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.

Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.

Sotong; Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut

kucing : update petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala2 pink panther nyurik ikan bawal kepunyaan kaklelamajnun...

lipas : merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkn...gerun tengok mmber aku kene tarik dgn jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee seram nyeee....

itik serati : hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2....nk tiru aku le tu.. lol....

Ikan laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.

Ikan parang; Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok

Ikan Jerung: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-(

Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah

Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.

Ikan Arowana: Cantik tak sisik I? Cantik kan ?

Ikan Mas Koki: macam mana nak kurus nie?