Thursday, October 8, 2009

Sabar menantinya.......

Selepas 39 minggu mengandungkan baby ni ari ni aku masuk hospital.Hasrat hati ingin bersalin normal nampaknya tak kesampaian .Selepas mendapatkan pakar dari hospital awam dan juga pakar dari hospital swasta,keduanya sependapat memberikan pandangan yang lebih menjurus kepada operation. Aku pun sabo ajer la...nampaknya misi menguruskan badan akan lebih berliku...haa..hhaaaa.....

Hari ni aku dah masuk wad...alhamdulillah..wad ok..cantik dan bersih walaupun hospital kerajaan....nursenya pun ramah2 dan baik hati..(setakat ini la). Aku agak bosan..so berbroadband la aku kat sini......chatting sikit2..surfing sikit...

well..baru lepas makan....makanan sepital biasala..payahnya nak masuk tekak..saat2 gini la aku merindui masakan hubby..baru semalam dia masak siakap 3 rasa...sedapnya!!!!..ok dah ngantuk jom layan gambar


sakitnya tangan ku dicucuk-cucuk


layan internet with my cute HP



tak selera...


my name

Saturday, September 26, 2009

Ada mcm tikah tak



Pagi ni takde kerja.
dok menggodek komputer ni
jumpa satu gambar husna
baru perasan gambar ni sebijik macam muka tikah kakak sepupunya.
Betul tak?

Monday, September 7, 2009

Tempat baru

Hampir 3 minggu berada ditempat kerja baru....Pelbagai perasaan ada...suka...letih..tak reti dan yang sewaktu dengannya...Menghadapi karenah public ini sememangnya menuntut tahap kesabaran yang amat tinggi (yang adakalanya takde dalam diri aku ni). Anyway hidup mesti diteruskan..

Dek kerana tgh sarat aku lebih banyak duduk dalam bilik ajer.solat pun dalam bilik. Time2 puasa ni waktu tengahari adakalanya terlelap...letih maklumlah pagi2 dah meredah dingin pagi ke tempat kerja..

Begitu banyak pertanyaan berbentuk teknikal so aku terpaksa la mengupdatekan diri dalam aspek teknikal ni secara drastik..fuyyooo..adakalanya berpinar biji mata nak cari jawapan dalam Akta mahupun pekeliling...Ada masa yang terluang sempatla aku mengupdate akta aku yang dah berkarat tu...hhaa.hhaa

Pantang ada masa free ajer aku capai akta untuk update...huargghh bila la boleh siap ni.


Ntah apa ajer la kertas2 atas meja ni.Macam2 ada....


Komputer dengan pelbagai ilmu didalamnya.Termasuk juga email dari boss!banyak arahan tau!.....juga gossip dari kawan2..syyyyyyyy


Dua telefon yang sentiasa berbunyi...aku harus mengambil terapi telinga serta senaman mulut untuk memulihkan kekejangan mulut akibat banyak sangat menjawab panggilan telefon


Fax machine dibelakang kerusi aje.....salah satu kaedah penghantaran kerja pada aku jugak..huarrgg

Thursday, August 20, 2009

Sebelum Ramadan

Ini adalah posting sehari sebelum poser..jom layan food..ahakkkssss....
Baru2 ni berkesempatan makan ikan bakar kat belakang istana negara..
selepas hampir 2 tahun tak pergi sana....
pilihan hati terubuk bakar dan sotong bakar...nyumm.nyum...sedapppp
air asam pun sedap......
dalam gambar ni ada seketul ajer terubuk bakar...sebenarnya makan lebih dari seketul...ha.a..hhaaaa.....
Bulan poser ni mesti susah nak makan kat sini...dah la jauh dari rumah dan mesti ramai org.....so layan ajer la gmbr ni sepanjang puasa ni yer



Friday, July 31, 2009

Sibuk mengemas

Salam.
Hari2 terakhir bekerja dicawangan ni rasa macam tak cukup masa yg tuhan beri.....
mana lagi nak berkemas...nak siapkan report!!!!!!!!!wahhhh pening dong...dah la dengan perut memboyot ni..tenaga aku pun macam terbang ntah ke mana....

Dalam berkemas2 ni punya la banyak jumpa fail2 lama yg sepatutnya lama dah dilupuskan..sampai fail tahun 2000 pun ada lagi..fail2 tu tak la penting mana pun...barulah perasan selama ni almari aku tu rumahnya stor sampah!..haa.haa

Tapi tgk fail2 lama ni rasa sedih pun ada,maklumlah sepuluh tahun di Cawangan ni..banyak cerita suka duka...menangis ketawa terpahat dihati..Jika boleh roda itu berpusing kembali, mau rasa nya aku menikmati moment dahulu...walau seketika...Sebagai job pertama aku dapat selepas graduate..pasti cawangan ini memberi kesan yang amat mendalam ....hu..huu..huuu sedih la pulak

Thanks pada rakan2, abg kak, adik2 disini yg menghibur hati aku....mcm 2 kenangan yg terakam kejap dihati ini. Tq atas segala baik budi kalian selama ini...Hanya Allah yang dapat membalas...

Ok banyak yg nak dikemaskan dan disiapkan..sambung lagi lepas ni....

TGkla sebahagian barang yang nak dilupuskan!



Meja aku yg selerak menyakitkan mata ni!



Almari yg telah separuh dikosongkan


Nampak tak date surat ini bertarikh tahun 2002..la ni dah 2009...sembilan tahun aku simpan surat yg dah layak sesangat jadi sampah ni!

Wednesday, July 29, 2009

Layan Sanggam

Petang ahad yang damai ari tu,Selepas kepenatan mengemas rumah , dengan cuaca yang nyaman,angin sepoi2 bahasa, aku dok terpaku depan TV. Bukan Channel Zee dan layan filem Sanggam....haa.haaa dah lama tak tgk citer ni....best jugak...husna pun tgk sama sama main game dalam komputer...
Cerita cinta yang penuh tragis....rasa2nya last aku tgk 20 tahun lalu!!!!!!!!!
time lagu dia yg sedap2 tu yg beshhhh.....

tu la heronya..nama dia dalam citer ni Sunderr!


Berkotak2 segala macam abrang kek laki aku masukkan dalam kotak


Husna sambil tgk tv sambil layan game


Ha..masa ni depa laki bini tgh gaduh sebenarnya..tapi scene macam bercinta lak..ahakk..layan ajer la...

Wednesday, July 22, 2009

Cuti-cuti Malaysia

Baru-baru ni bercuti di PD. Kami menginap di Tanjung Tuan Beach Resort. Seronok jugak sekali sekala bercuti melepaskan lelah.

Pemandangan indah dari balkoni Tanjung Tuan Beach Resort




Husna dan laptopnya.sempat chatting ngan andak lagi.laptop ni mmg org lain tak boleh usik.asik dia nak pakai ajer...

Hubby seperti biasa..tido..tido..dan tdo..bersungguh2 mengqada tidonya..



Husna,Makde,Bella..Akmal..berendam sampai tak mo naik