Sunday, November 30, 2008

Sesak dalam banjir

Lately ni selalu hujan petang. Hujan lebat pulak tu.Selalu aku tak sedar diluar hujan.Yer la dok dalam opis bukan atap zink.so tak dengar la hujan jatuh dari atas bumbung...tingkap pun jauh dari tempat duduk....Sedar hujan lebat bila kereta keluar dari parking..Ya Rabbi adakalanya sampai tak nampak jalan...

Aku selalu balik paling cepat 5.30 petang..biasala kerja melambak2 diofis menyebabkan aku kadang2 tak sedar masa berlalu..dan biasanya time2 5 lebih ni kalau hujan lebat depan bangunan CGC tu dah melaut air..sementara nak lepas ke federal highway menghala Shah Alam adakalanya sampai setengah jam,walaupun jaraknya 200 meter ajer..Biasa air mengalir deras dan dalam dibawah jambatan untuk U Turn ke H/way Plus..time tu la jem teruk,...

Bila dah jem dan dok sorang2 dalam keter mula la bosan giler..........tapi aku petang2 suka layan klasik nasional rancangan dari hati ke hati.Rancangan permintaan lagu2 lama...paling best bila dia pasang lagu joget lama2 zaman dulu2 dari origional singer..menghiburkan dan mesti senyum sorang2....tak percaya cubalah!!!!


Thursday, November 20, 2008

Sepinggan Mee, Segelas Air

Salam untuk semua
Kepada penggemar mee rebus jgn lupa mencuba mee rebus Mastan Gani
Teluk Intan....Perkkkhhh mmg sedap gilerrrrr....
sedap, banyak dan murahhh.....kuahnya mmg sedap..makan sepuluh kali pun rasanya maintain
Kedai ni dah lama beroperasi di Teluk Intan...aku ingat lagi sepanjang 5 tahun(20 tahun lepas!) belajar di Teluk Intan, mee rebus ni mmg dah terkenal..dengar citer dah puluhan tahun glemer...

Kalau balik kg dan tak byk aktiviti, aku akan pastikan singgah dikedai ni. Kedainya tak susah dicari. Betul2 dalam bandar Teluk Intan, dihadapan Pasaraya The Store(near Maybank dan dibelakang CIMB, 100 metre dari Masjid Besar Teluk Intan)

Kat kedai ni paling glemer mee rebus dan rojak...aku ni jenis tak berapa suka rojak so mmg mee rebus jadi pilihan la...kuahnya penuh rasa aroma udang kering dengan hirisan cili hijau muda dan bawang goreng yang dibuat sendiri.Lagi satu dengan cucur udang garing yg dipotong kecil2 dan dimasukkan sekali dalam mee rebus tu..Selalu aku akan makan dengan air jagung. Tapi air jagungnya spesial sebab dia seakan air bandung tetapi dicampur dengan sweet corn. bersama dengan ice blended...pwwwaaaaaaa...sedap weehhhhhhhh!!!!

Mee rebus masih panas....walllaaaaaaa!!!!!!1


Bandung jagung. This must try....!so yummy la

Sunday, November 9, 2008

Hanya mereka yang faham

Gambar ini adalah antara anak dara saya dan anak teruna jiran sebelah.Jarak umur hanya setahun(husna muda setahun) . Hampir setiap hari mereka akan berbual ditepi rumah. Kadang2 saya cuba memahami apa yg mereka bualkan..tapi selalunya mmg gagal nak kesan perbualan mereka...
Gambar ini dirakam sewaktu open house rumah saya...menyedari aksi mereka hendak dirakam keduanya sepakat menundukkan muka...cheewaahhh..cam artis lak!!!!!!!!!

Tuesday, November 4, 2008

Erti raya buat budak2

Raya dah habis..tak banyak tangkapgambar masa raya ari tu..sibuk didapur..memasak,memasak dan memasak.....jom layan aksi my girl ajer la...pantang tgk kamera..bergaya sakan!










Tuesday, October 28, 2008

Janji tinggal janji

Salah satu kegemaran husna adalah berenang.Kalau dah masuk kolam renang memang tak mo naik dah!Tapi mamanya selalu bz..dan kadang2 buat2 bz....selalu hujung minggu terlepas tanpa aktiviti untuk Husna...nak kira Pusat Akuatik tu just 5km ajer dari rumah...tapi dah lama tak pergi..setiap kali tiba isnin mesti aku berazam akan bawa husna jalan2 main air kat situ...tapi bila tiba sabtu ahad.....azam ntah kemana.....mujur la husna tak pandai nak merajuk lagi...I hope this weekend boleh bawa husna pi mandi sana!!!!!!!!(huaargggg....apakah harapan tinggal harapan lagi ni)

Untuk tak menghampakan husna , abahnya ajak dia membasuh keter hujung minggu hari tu..tak dapat berenang kolam..mandi air kat laman rumah pun ok...janji hepiiiiiiiii...
tgk la aksi husna ...


Wednesday, October 22, 2008

Berpisah kasih talak tiada........

Selepas hampir 7 tahun bersama....akhirnya kami terpaksa berpisah.Bukan mudah untuk membuat keputusan ini.Dia lah cinta aku yang pertama.Kata orang kasih pertama sukar untuk diluput dari ingatan. Begitulah aku dengan dia.Kami sama2 melalui setiap fasa kehidupan.Kemana juga bersama.Dia lah yang sanggup menemani aku kemana sahaja...Tapi akhirnya jalan ini aku pilih...berpisah dengan nya.....Berpisah tidak bermakna kasih tiada...Berpisah bukan bermakna benci membara.......Maaf Mr W...aku terpaksa mencari yang baru......


Masih cantik dan gagah perkasa...tak pernah memberi masalah pada aku....


Aku benci tiang di basement opis aku .Sbb tiang tu la belakang MR W aku kemek!


Tiang basement opis aku cari pasal lagi.....habis digoresnya sisi keter aku...ingat ini gores dan menang ke.....

Dan inilah buah hati baru aku.....

Monday, September 22, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum wbr
Kepada semua rakan rakan/pengunjung blog ini saya ingin mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Mohon Maaf atas keterlanjuran dari segi perilaku mahupun bahasa. Kepada yang memandu selamat memandu dan ingat lah org tersayang.
Saya insyaallah berhari raya di Perak dan Johor.Ada kesempatan jemput datang ke rumah saya
No 32 Jalan Gunung Nuang U11/5
Taman Bukit Bandaraya
Seksyen U11
Shah Alam
(near Taman Pertanian Bukit Cerakah)