Friends....Are like a mirror which reflects myself....
Saturday, October 8, 2016
Minum bandung cincau tanpa rasa bersalah
Sirap Bandung Cincau.
Ini minuman kegemaran kami sekeluarga. Tambah-tambah kalau bulan puasa. Air ni selalu di carta teratas. Tapi minuman ni bukanlah sihat sangat. kandungan gula agak tinggi. Dengan susu pekat, susu cair , gula putih setengah resepi guna air soda lagi. Sedap memang sedap tapi kandungan gulanya... adussss air potong kaki ni. Apa kata kita ubah gaya hidup. Minum /makan kegemaran tetapi dalam gaya yang lebih sihat.
Saya cuba ubah suai menu kegemaran sekeluarga ini supaya lebih sihat.
Gula saya ganti dengan stevia
susu pekat saya ganti dengan fresh milk!
Rasa??? wallaaaaa sangat sedap.
Tak percaya cubalah
bahan:
2/3 jug air sejuk
1/3 jug susu segar
1 mangkuk cincau yang telah dicincang
2-3 titik stevia
satu sudu sirap ros
tambah Ais batu jika suka
Friday, September 23, 2016
Rawatan Alternatif Batu Karang -Daun Pecah Beling
Ramai yang bertanya kenapa saya masuk hospital sehingga 8 hari dihospital baru- baru. Sebenarnya saya mendapat sakit nephroticsyndrome ( radang kidney). Dalam masa yang sama saya juga kena batu karang dalam kidney . nephroticsyndrome tu saya akan citer dalam post lain. kali ni nak citer tentang sikit tentang rawatan alternatif batu karang dalam kidney.
Selepas menjalani pembedahan ,kawan baik saya yang jelita Aizarina Mia suggest untuk minum air daun pecah beling. uols pernah dengar tak tumbuhan ini? Saya blend daunnya , tapis dan simpan dalam peti ais. waktu nak minum saya bubuh sedikit stevia yang saya beli dari Abe Aji Zakaria Mat Diar. Rasanya boleh tahan. Macam teh hijau. Kalau kita google rupanya daun ini amat banyak khasiatnya.
Kajian secara saintifik juga telah dibuat. Ia bukan sahaja baik untuk batu karang, tetapi juga untuk kencing manis, kanser dan merendahkan kolestrol. Daripada kajian makmal yang dilakukan oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), daun pecah beling mempunyai kandungan mineral yang sangat tinggi seperti kalium (51%), kalsium (24%), natrium (24%), ferum (1%) dan fosforus (1%). Daunnya juga mempunyai kandungan vitamin C, B1, B2 yang agak tinggi dan banyak bahan yang lain seperti katekin dan tannin. Daun ini juga mengandungi kafeina, tetapi kandungannya adalah rendah. Kesemua kandungan yang dinyatakan menyumbang kepada paras jumlah antioksidan (total antioxidant activity) yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan yerbamate (teh herba) dan vitamin E (alfa-tokoferol)
Selain dari itu pecah beling didapati mampu menghancurkan batu yang terdapat dalam hempedu dan di buah pinggang. Tumbuhan ini juga berupaya menurunkan kolestrol dalam badan dan melancarkan pembuangan air kencing. Boleh google lagi utk tahu banyak khasiat yang lain.
Lps ni jom ramai-ramai kita tanam pokok ni. Sangat bermanafaat! Share la untuk kebaikan rakan yang lain. Doakan saya cepat sihat yer #daunpecahbeling #nephroticsyndrome #kidneystone

ni lepas saya blend daunnya. sedikit stevia untuk menambah rasa |
Subscribe to:
Posts (Atom)