Sunday, November 22, 2015

Shell Out di Ofis

Shell out di office! . Ada yang tak tau shell out tu apa.boleh google yer Thank you guys. U all memang best la! Semua bawa menu sorang satu. Staff lelaki pun bawa menu. Puas makan . lebih save.Boss pun bawa menu jugak.Boleh buat lagi. Saya bawa lala sweet n sour . Tips nak buat shell out ni senang ajer. semua mesti bekerjasama. bawa sikit sorang pun ok. actually bukan lah food itu yg utamanya..tapi ikatan silaturahim tu lebih penting.. lepas ni nak buat dengan family pulak






Sunday, October 11, 2015

Work Out di kampung

Aidil Adha baru-baru ini. Semua org try nak kuruskan badan tapi nak makan sedap2 tau la bila berkumpul beramai2. pinggan mangkuk mmg tak sempat kering, blm habis sarapan pagi dah pikir masak apa tengahari. tengah makan tengahari sibuk dok bincang minum petang pulak. tambah2 raya korban. sup satu periuk besar. Nasi arab sampai 4 periuk noxxa! so semua org kena paksa turun bawah work out. sesi senaman dipinpin oleh pakchu. penat weehhh walau 30 min.lps tu main badminton pakaian suka hati ada pakai seluar ada pakai baju kurung , jubah..berkain batik pun ada... mak senyum ajer meninjau dari balkoni...



Sunday, March 22, 2015

Jalan-jalan Cuti sekolah



Cuti sekolah seminggu ini kami tak kemana. Husband sangat bz dengan tempahan. Anak-anak yang dok Taska saya hantar. Husna tinggal dirumah ajer. Ulangkaji apa yang patut Tapi kesian juga tengok mereka tak bercuti. So saya ambil cuti sehari . Jalan2 di Kl. Sempat la pergi tengok movie Cinderellla ditempat kegemaran kami Pavillion. Jalan2 cuci mata. Malamnya pula anak2 nak makan stimboat. So Layan Jonny's Bukit Raja. Ohhh mereka sgt excited nak masak semua bahan stimboat tu. ok..layan kan ajer..

Sunday, February 8, 2015

Masakan Ibu Bekerjaya

Done utk masakan dinner isnin hingga khamis. Jumaat gi pasar malam sek 6 ajer. Menu minggu ni kari ayam, kurma ayam, ikan masak taucu dan ayam masak kicap. Masak apa ajer stok ada dalam pt ais.Rasa lebih mudah masak hari Ahad. Lps tu saya bekukan. Tiba hari kejadian panaskan ajer dalam microwave. Dapur pun bersih sepanjang minggu!Cukupla satu hari satu menu. Sayur makan ulam dgn sambal belacan. Sa...mbal pun dah buat utk stok 4 hari. 2015 ni rasa macam tk menang tangan dengan anak2 macam2 program siang malam. Masa sampai rumah 6.30 ptg hingga 7.30 tu sgt la berharga. Gitulah wanita bekerjaya macam ai. Uolss surirumah mesti best masak bagaikan......
Ni kalau buat pakej mangkuk tingkat macam best ajer. Ada yg nak tempah? Heh he he