Saturday, February 1, 2014

Mengenangi Cikgu Md Salleh Bin Suradi

Semalam genap 31 tahun bapa mertua saya meninggal dunia. Saya tiada rezeki melihat susuk tubuh beliau, mendengar suaranya. Tidak juga berpeluang membancuh teh panas untuk beliau atau memperlihatkan kepakaran masak asam pedas kepada beliau. Tiada kenangan untuk semua itu. Tapi saban tahun setiap kali memperingati pemergiannya ipar saya yang seorang ini pastikan menulis catatan tentang bapak( paggilan anak2 padanya bapak...) catatan setiap tahun itu begitu mengujakan...Semoga arwah bapak diampunkan dosanya dan mendapat tempat terbaik disisi Allah subhanawataala.Alfatihah untuk Bapak Cikgu Md salleh Suradi ( Bekas Guru Besar SK Parit Yani Batu Pahat Johor)

Catatan ipar saya :
Assalamualaikum..
Ya hari ni..mengikut kalendar Masehi..genap 31 tahun arwah Bapak meninggal,
Alfatihah dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

Kalau tahun lepas..GM bercerita fasal saat-saat akhir kematian (dengan izin) Bapak..kali ni..yang terlintas di ingatan GM ialah kegemaran atau yang tidak disukainya.

First2..Bapak orangnya kemas..teratur.. Cikgu mesti nampak kemas..kata Bapak. So..arwah akan bangun pagi2..terus mandi air perigi..solat..dan terus berpakaian rapi. Takde laa Bapak berkeliaran pakai kain pulicat cap gadjah duduk. Always pakai seluar proper dengan kemeja batik or apa2 kemeja lengan pendek. Kalau pakai tshirt pun yang collared punya..and tuck in. Ha...smart kan. Kalau nak berkebun pun..barulah tukar pakai tshirt pagoda putih dia tu. Tak pernah Bapak pakai seluar pendek jalan2 keliling rumah. Pegi pasar pun dressing macam tu. Takut nanti terserempak sapa2..Bapak ni cikgu..dia kata.
Kalau hari Jumaat...lagilah dressing complete. Mesti baju Melayu bergosok tajam side lengannya. And dengan kain sampin complete. Every Jumaat. Cuma bila Bapak dah pencen..barulah dia low profile sikit..itupun mesti pakai baju Melayu dgn Kain pulicat proper. semua baju Melayu Johor. Tak pernah ada baju Melayu cekak Musang. Tak cantik kata Bapak. Kemeja dan seluar bapak semua hantar laundry. Sebab kedai dobi tu gosok cantik2 Bapak kata. Bapak nak baju dia mesti cantik..well ironed..cukup segala sidenya mesti tajam2. Jadi cuma kedai dobi yang sanggup buat - sebab dibayar.

KEduanya..Bapak ni seorang yang 'setia' kpd sesuatu benda yang dia suka. Dan dia takkan tukar2 wpun kita convince dia suruh tukar. Contohnya...tempat duduk di meja makan. Ada satu tempat kerusi tu saja Bapak akan duduk. No tempat lain. Dan no other person boleh duduk situ. Bila belanja beli barang..Bapak akan beli di kedai Ismail Yahya saja di bandar tu. Pegi pasar..beli telur..beli ayam...mi..sayur..daging..tahu tempe..jengkol (jering ya) petai..semuanya Bapak akan beli daripada the same person sahaja yang jual benda2 tu selama bertahun2 hingga akhir hayatnya. Nampaknya Bapak ni memang buat rapport baik dengan Cina telur..cina ayam (Bapak sendiri akan sembelih ayam tu kat pasar masa dia beli)..makcik tahu tempe dll lah. Dari segi marketing, Bapak ni dikira sungguh2 loyal customer. Begitu juga beli kain ela untuk kita sekeluarga..Bapak akan cuma beli di satu kedai aja di Jalan Penggaram tu..iaitu kedai Kwong Fatt. takkan beli kedai lain punya. wpun kita convince kedai lain better choice. No. (Bila Bapak dah tak de..kita pun pi lah kedai lain. True enough..kedai lain tu better choice dan jual harga lagi murahhhh lagi!). Gitu jugak kes bei suratkhabar hari2. Imaginesetiap hari hingga akhir hayatnya...bapak akan drive ke bandar utk beli suratkhbar di satu kedai di Jalan Idrus kalau tak salah nama jalan tu. Kedai tu dah tak de. Kedai tu dekat dengan Hotel Siver Inn sekarang. Kalau nak fikir2..setakat nak beli suratkhabar kan...pi ajalah kedai apa2 dekat dgn Beroleh tu kan. Tapi..itulah..kesetiaan tu. Dan suratkhabarnya..setia kepada Berita Harian sahaja..dan Utusan Melayu jawi.

Ketiganya..Bapak set high standards for himself. Kalau buat apa2..dia akan buat terbaik..nothing less. kadang2 jadi Mr Perfect. Di rumah..Bapak memang suka tidur pakai kelambu cotton. Setiap pagi..bapak akan lipat kelambu tu cantik dan kemas sekali. Malah GM pun diajar teknik lipat kelambu supaya kemas dan cantik. Bapak cukup tak berkenan bila arwah Mak atau orang lain lipat kelambu main gulung2 and lilit2 aja tali kelambu tu. No. Standard Bapak ialah kelambu terlipat kemas..tegang..macam lipat selimut segi empat.
Dari segi makanan..masakan mesti cukup rasa semua sekali. Habit Bapak..sampai di meja makan...dia akan ambik sudu dan rasa dulu kuah asam pedas tu..kemudian kalau ada yang kurang..misalnya kurang masin...dia akan mintak garam dan repair dlm mangkuk. GM tak pandai masak..pernah GM masak mi siam..Bapak marah sebab banyak kurang. Dgn marahnya Bapak kata "ini makanan untuk orang lapar sahaja! tak de udang kering..kurang garam..tak berasa..engkau letak bahan apa..?" Mujur Bapak tak jadi juri Master Chef sekarang. Boleh tercirit peserta yang nak tersingkir. Kat meja makan tu..selain daripada duduk di kerusi dan tempat yang sama..ada lain2 benda yang mesti ada dan tak boleh berubah..iaitu mesti ada air basuh tangan dalam cerek cucur tu. dan sebelahnya mesti siap2 letakkan hand towel dan sepotong sabun untuk basuh tangan. Bapak tak pernah basuh tangan kat sinki bila nak makan. Mesti air basuh tangan tu served to him.
Kemudian..tulisan dan tandatangan Bapak pun cantik. MEsti tulis cantik2 Bapak kata. tandatangan pun mesti cantik..ada character. Seingat GM..Wak Moni..Wak Mariana dan GM 'belajar' tandatangan dengan Bapak. Ni semua tandatangan yang depannya ada tulis MS (Mohamed Salleh) tu..diikuti nama kita masing2. Tapi..hanya GM yang masih mengekalkan tandatangan ada MS tu..but of course telah melalui beberapa proses evolusi..selari peningkatan usia. Pendek kata..Bapak buat kerja apa pun mesti nak kemas..teliti..dan teratur..well organised. Sebagai Bendahari masjid Broleh..dan Bendahari UMNO cawangan..Bapak buat buku lejar simpan kira tu..so teliti dan kemas sekali. Tiap2 Jumaat..lepas balik sembahyang di masjid..Bapak akan bawak balik banyak duit syiling drp sedekah jemaah di masjid untuk tabung masjid. Jadi GM dan Pak Cik dan Cik Dill Cakes akan kira duit2 syiling tu..susun tinggi2. Kemudian..Bapak akan bungkus ketat2 duit2 syiling tu ikut denomination..syiling 10sen..20sen..50sen. Cantik betul dan perfect bungkusan tu..sama macam bungkusan gula2 angin Polo yang bulat2 mcm ring tu..Ketat dan tak longgar langsung. Kemudian..duit2 tu Bapak bank in di Bank BUmiputra..atau tukar di stesen minyak Shell.

Banyak betul kalau nak ditulis kesah bapak ni. Di samping seorang yang tinggi sense of humor..Bapak juga seorang yang sangat garang. Semua anak2 dah merasa kena lempang dan kena rotan. Untung ko Keron...ko selamat. Kalau belajar mengaji dengan Bapak, "tak bestlah". Sebab sentiasa kena rotan, ketuk kepala dan ditengking. Garang Cikgu Salleh Suradi ni.
Dan seperti diketahui..bab2 seni..Bapak sangat berbakat..mencipta lagu..main alat muzik dan pandai menyanyi. Heran ya..adik beradik Bapak yang lain..may be Cik Hasan saja..xde yang banyak bakat mcm Bapak. Bapak juga seorang yang kuat membaca. Buku novel..sastera..agama..biografi tokoh2 dunia..you name it. novel2 hebat klasik dunia yang diterjemah mcm karya2 Shakespeare..Hemingway..Charles Dicken..Oliver Twist..George Owell..ah...mana yang Bapak belum baca. Semua katam. Bapak jugak amat2 terpengaruh dengan penulis2 Indonesia. Juga filem2 Indonesia..semua bagus aja di mata Bapak. Disebabkan minat membaca tu..Bapak akan rekomen kita anak2nya ni baca buku2 bagus2 yang dia dah baca. Especialy karya2 tershohor penulis Indonesia atau penulis Melayu. Dan GM selalu dapat mcm2 buku cerita dan majalah Dewan PElajar Bapak sentiasa belikan. Bapak kata..kalau dah abis baca, nanti Bapak belikan buku baru. Jadi GM akan terus baca dan cepat2 abiskan..sebab nak dapat buku baru lagi. So..GM dah minat membaca dari mula pandai baca lagi..ini pengaruh Bapak antara paling GM bersyukur. KErana banyak membaca..Bapak kadang2 nak menasihatkan kita anak2 ni pun diselang seli dengan pantun..pantun jenaka..pantun sindiran..macam2 lah Bapak ni. Berkias2 berperibahasa kadang2 tu. Tapi kadang2 GM pun tak paham apa yang Bapak cakap. Contohya..titiba dia nasihatkan gm "BIarkan si Lunchai terjun dengan labu-labunya..biarkan..biarkan". Ha..sapa lah paham kan. Ataupun kalau tengah makan..and Bapak nak suruh kita tambah lauk tu..pi ambik kat dapur...kadang2 dia akan cakap gini: "Berapakah harganya asam pedas ini..?" AIseyman..rupanya itu bermaksud "asam pedas ni ada lagi tak kat periuk? kalau ada..pi tambah lagi kat mangkuk ni". Yang tau menjawabnya ialah Wak Mariana. Kalau asam pedas tu dah abis..jawapan soalan Bapak itu begini: "Harganya sama dengan harga botol-botol kosong tu Pak". ayoyo...sapa lah tau kan. (kalau GM tanya khairina macam ni..sure dia tanya balik "wat are you talking ma?")
Bapak minat betul tengok bola. Terpekik2 kalau tengok Star Soccer. Kalau Bapak ada lagi sekarang ni..mesti dia enjoy dengan cucu2 yang gila bola...xtau Bapak akan sokong Liverpool..Chelsea..MANU..atau JDT hahaha...rasanya Bapak sempat tengok bola kat stadium dengan Wak Leman..

Hai..titiba sayu pulak GM teringat Bapak ni. So..GM berenti dululah ya. Banyak lagi kalau nak cerita ni..sebab Bapak seorang yang hebat. Dari tadi GM senyum sorang2 je..tapi lama2 jadi sayu pulak...

OK..semoga anak2 sedara dan cucu2 Almarhum lebih mengenali insan hebat ini..Alfatihah..tata..titi..tutu..

No comments: