Monday, November 29, 2010

Kudos to MAHA 2010

Semalam berkesempatan pergi ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2010 bertempat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang, (MAEPS), Serdang Selangor Darul Ehsan, Malaysia dan diadakan pada 26 November 2010 - 5 Disember 2010

Walupun ini bukan kali pertama MAHA diadakan di Malaysia
, tapi inilah first time kami pergi. Mendengar keluh resah rakan taulan di fb yang merungut ttg kesesakan jalan raya serta ramai yang berpatah balik menyebabkan kami berfikir dua tiga kali juga nak pergi. Tapi semangat cik suami nak pergi juga memandangkan dah lama dia nak tgk MAHA ni..maklumla dia kan minat bab2 pertanian, teknologo pertanian, teknologi pembungkusan, teknologi makananan ni. Lalu kami pun ikut ajer la cik suami.

Pergi lebih kurang jam 5 petang. Cuaca redup alhamdulillah, jalan tidak begitu sesak.
Selepas parking di MArdi kami naik untuk meneruskan perjalanan ke tapak expo. Pameran ini mmg sangat menarik . Banyak ilmu yang dapat dikongsi bersama. Saya juga berpeluang bertemu pelakon Sidi Oraza dan Kartina Aziz. Sidi Oraza ni kalau tak silap saya ada syarikat yang menjalankan teknologi pertanian. Kartina Aziz pulak di salah satu booth menjual makanan.Kalau tgk gambar2 buahan yang ada mmg best...macam2 teknologo ada. Tengok ramai yang beli benih bermacam pokok....

Cuma arasanya sistem kenderaan agak worst. Kita tak tau bas2 yang ada nak pergi mana..Bila dah beratur panjang rupanya bas yang kita nak lain...Ohhh penatnya masa tu. Harap lain kali sistem ini boleh diperbaiki.Anyway Me and my family definitely had a tiring but an eventful day! Tahun depan kalau pergi kena rancang betul2 supaya tak terlepas tempat2 yg best!. Jom layan gambar. Tapi tak bayak tangkap gambar sbbb asyik sangat melihat sampai lupa nak snap gambar2 yang menarik!


Ini jalan nak ke tapak stage konsert. Malam tadi ada Jamal Abdillah. Power sungguh suaranya


Ammar yang baru dapat kaki kami biarkan berjalan jalan sendiri. Tempat agak luas . Suka la dia


Husna posing depan syarikat landscape..Cantik landscapenya



Rehat kejap. Penat jalan. Husna baca buku Upin dan Ipin.. Reti baca ke ni?/ :-)


Belon besar pelbagai rupa


Ammar haus. Kita Minum dulu!

Naik tram. Husna sangat suka!

Dalam tram sempat berposing

2 comments:

nieda said...

kita baru balik dari MAHA hari ni. penat berjalan tapi berbaloi. ramai betul orang tapi kalau weekend lagilah berganda2

ruszia said...

nieda, kita bercadang nak pergi lagi rabu ni, ahad lepas tak habis explore la..byk tempat menarik tak pergi!