Monday, August 30, 2010

Dah Apply Cuti Raya ke?

Pejam celik cuma lebih kurang 10 hari aje lagi kita nak beraya....jangan suka sangat kerana 10 hari terakhir ini lah seharusnya kita menggandakan amal ibadat.. Bak kata seorang rakan marilah kita menggantikan surfing dengan qiyam, fb berganti tadarus, zikir menggantikan status updating......:-). Walaupun akhir2 ini kita makin sibuk dengan persiapan kuih rayanya lah, baju rayanya lah...dan segala2 berkaitan dengan hari raya.....

Untuk yang belum apply cuti raya jgn lupa apply..alhamdulillah cuti hari raya kali ini sama dengan cuti sekolah..so tempohnya agak panjang....Jangan last minute boss tak benarkan cuti pulak..kan dah haru...

Opssssss yang bercuti hari raya lama sgt tu jgn terkejut kalau balik semula ke ofis, keadaan ini berlaku,.....sabor ajer la yerrrrr




Saturday, August 28, 2010

Iftar @SACC Shah Alam

Dah 17 hari berpuasa.
Tak tau nak masak apa....
Setakat ini belum menjengah mana2 Pasar Ramadan
Ajakan suami untuk berbuka diluar bagaikan orang mengantuk disorong bantal.
Banyak yang dipertimbangkan..harga...dan lokasi pastinya.

Kami memilih lokasi yg dekat ajer..senang tak payah menempuh jam..boleh sampai cepat dan pulang pun tidak menempuh kesesakan. Tahun ni mencuba tempat baru. Jika tahun lepas kami berjuadah di Grand Bluewave Hotel Selangor , maka tahun ini kami memilih Shah ALam Convention Centre. Harga jauh lebih murah dari Grand Blue Wave.Sekali sekala ok la..lagipun sepanajang 17 hari ramadan ni rasanya kami mmg berjimat makan dirumah sahaja...sesakli mahu juga merasai variasi serta suasana berbuka diluar.
Saya ajak member Azizian dulu untuk join kami. Azah n Normi tiba hampir berkumandangnya maghrib.

Rating: 3.5 star/ 5 star

Tgk tu belum raya dah ada lemang dan ketupat


Ammar n Mak na


Husna, Syakir n Nomie..dan Wajihah juga


abah senyum tapi adik kenapa masam ajer


Keletah budak 2 orang ni. Berbuka puasa mcm org puasa ajer


Mama melayan Ammar yang berbuka juga


Pantang nampak kamera depa ni


Husna hilang tudung sbb panas sgt asyik main lari ajer

Monday, August 23, 2010

Gembira di kampung

Balik kampung mmg best.
Disamping menjengah orang tua, kampung juga memberi sumber ketenangan .......
Mendengar kicauan burung, kokokan ayam...serta siulan burung berterbangan dipagi hari menjadi terapi jiwa pula rasanya.....
Anak2 dan suami pun suka kalau balik kampung..persekitaran yang luas membolehkan mereka berlari dan bermain sepuasnya.
Jom tgk antara gambar yang sempat diambil di kampung baru-baru ini.

Ini antara aktiviti yang disukai cik suami. Melihat tanaman mak dikeliling rumah. Ni tengah mengait buah limau kasturi untuk di bawa balik kampung.


Lepak time. Tengokla ketiga2nya happy...tak tau la dah pukul brp ni. tempat tidur pun tak kemas lagi..Ammar baju mana????


Suasana di malam hari.Aiseyman takde letrik pulak. Set meja makan jati baru...bau kedai lagi tu...


Ammar sempat posing lagi. Kalau kat kampung jarang nangis..suka ajer...


Dah sampai Shah Alam di malam hari....Insyallah ada masa balik kampoung lagi.

Tuesday, August 10, 2010

Setahun sudah


Ramadan datang lagi.
Cepat benar rasa berlalu . Rasanya masih baru ramadan tahun lepas.
Bila mengingat ramadan tahun lepas saya tersenyum sendiri. Betapa ramadan tahun lepas saya sedang sarat mengandung 8 bulan.Walaupun begitu banyak cabaran berpuasa, namun alhamdulillah berjaya juga saya berpuasa 30 hari. Baby dalam perut tak banyak karenah.Pun saya juga tak banyak keinginan makan seperti kebiasaannya.

Ramadan kali ini baby yang dikandung telah pun menjengah dunia. Telah pun berusia hampir 10 bulan.Pastinya ramadan kali ini baby ini akan mengacau saya di dapur waktu sibuk menyediakan juadah berbuka..atau menangis minta disusukan waktu saya sibuk menjamah hidangan sahur....


Betapa cepat masa berlalu.....Saya gembira menyambut bulan rahmat ini. Semoga Ramadan akan memberi sinar bahagia untuk kami semua. Banyak azam di bulan ramadan ini. Harap semuanya berjayalah ditunaikan....