Saturday, April 12, 2008

Cik Nita kena denggi

Salam.
Kesian biras aku kena denggi. Beliau dimasukkan ke Hospital Putrajaya akibat demam lama dan agak kuat. Ujian darah menunjukkan beliau mendapat demam denggi.Mmg sekarang ni kalau tgk kat hospital begitu ramai yang kena demam denggi. Pengalaman berada di Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk mendapatkan rawatan, setiap minit ada sahaja yg datang untuk ujian saringan darah. Sebahagian darinya disahkan demam denggi.Sedikit info Denggi di Selangor

Secara keseluruhan, Selangor merekodkan sebanyak 3,743 kes di mana 3,550 adalah demam denggi sementara demam denggi berdarah mencatatkan 193 kes dalam tempoh yang sama.
Menurut beliau, bandar raya Shah Alam mencatatkan bilangan kes demam denggi paling tinggi iaitu sebanyak 719 kes.
"Hasil siasatan mendapati, tempat-tempat yang didapati menjadi lokasi pembiakan nyamuk aedes di Shah Alam adalah di kawasan perumahan dan projek terbengkalai," jelasnya(sumber Kosmo Online)


Tanda Demam denggi
- Demam kuat yang mengejut dan berterusan
- Bintik-bintik merah pada kulit
- Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
- Berdarah padan badan, hidung dan mulut
- Hilang selera makan
- Muntah-muntah
- Sakit perut


Tgkla Syazi ..sian dia dah la Mak masuk sepital,daddy pulak outstation ke China .Terpaksa la duduk ngan uncle..Mujur la Syazi tak banyak ragam!


Kesian Cik Nita.Lebam seluruh tangan untuk diambil ujian darah setiap ari.Doc dah tak tau nak cari salur darah mana dah!


Pesakit denggi mmg akan hilang selera makan.Tak percaya tgk Cik Nita....Nampak sangat tak selera dengan menu sepital..takpe...kalau bagi Nasi beriani kat cik nita rasa2 dia pulun tak? :-)

2 comments:

Anonymous said...

akum abg fadzil...saya ader baca mastika...tak ingat bila..cuba try makan sup..ketam, ketam yg fresh..lah..hehehe..mak saya cakap..pun mcm tu..makan and minum air rebusan..ketam. lagi satu minum air 100plus..

Anonymous said...

waaa pn ruszia..x pulak kes denggi nih dipolitikkan..mana tau keluar berita selangor ialah penternak aedes kat m'sia..ekeke..yelah demam denggi@aedes tak de nilai2 komersial utk dipolitikkan..sebab tu dlm utusan x masuk langsung cete pasal isu nih...