Tuesday, March 29, 2011

Menyusuri derita

Pengalaman melawat wad Pediatrik Kanak2 untuk pesakit Kanser di PPUM baru-baru ini benar2 menyedarkan saya bahawa semua perkara dunia ini adalah milik Allah swt. Bahagia mahupun derita juga adalah kurnia dari Allah. Tak mampu kita untuk melawan takdirnya. Namun teruslah berdoa dan berdoa sesungguhnya Allah itu maha mendengar.

Ada orang yang dilahirkan derita, tetapi akhirnya bahagia..
dan ada yg bahagia diuji sedikit dengan derita...
Sesungguhnya kepunyaan Allah apa jua yg ada di langit dan dibumi ini.

Melihat anak2 kecil ini melawan penyakit yang dideritai mengundang rasa sebak dalam diri.
Walaupun kesakitan namun anak2 kecil ini sentiasa menguntum senyuman, sentiasa ingin bermain2 seperti anak2 yang lain. Andainya diri ini diuji sebegini tidak pastilah sama ada saya masih mampu menguntum senyuman..:-(

Rasa bangga dan kagum kepada yang menjaga anak2 ini..bertukar ganti ibu bapa, pakcik makcik dan datuk dan nenek menjaga anak2 kecil ini.Tanpa keluh dan resah seakan Allah meminjamkan kekuatan yang bukan sedikit untuk mereka semua....

Benarlah bagai dikata,ujian Allah itu bukan hanya untuk yg mengalaminya, tetapi ia juga adalah ujian untuk semua yang berada dikelilingnya...
Moga kita semua menjadi lebih tabah dan beriman dengan ujian Allah.
Amin

Antara lukisan yang dilukis oleh anak2 kecil ini. Bagai mengerti makna bahagia..itulah yang mereka pamerkan atas kanvas bisu ini. Saya tertanya2 sendiri adakah anak2 ini telah sihat walafiat atau bahagia menemui penciptanya...........



Aisy( cucu abang iparku)..katil 13..semoga sembuh cepat. Ya Allah kabulkanlah doa ku ini


Tidur lena selapas lunch

Thursday, February 17, 2011

Saya mahu semuanya dari blog MySuperKids

Salam Sejahtera semua

Saya mula kenal Mommy Lyna ni secara tidak sengaja.
Pada masa itu saya ada 'sekepuk duit' (ha ha ha..mesti korang membayang saya ada wang yang begitu banyak!). Sekepuk tu dalam versi saya ada sikit yang membawa makna sedikit lebihan pendapatan selepas ditolak belanja rumah, bayar hutang, menjalankan tanggungjawab kepada ibubapa dan masyarakat dan sebagainya.

Dengan duit sekepuk tu , saya bercadang untuk membuat sedikit pelaburan( dengan harapan di hati duit itu akan beranak pinak, subur berkembang dalam jangka masa pendek...). Yer walaupun saya ni graduate dalam bidang business study, tapi bab2 pelaburan ni mmg la saya agak ketinggalan.(Agaknya masa subjek berkaitan saya tertidur di Uni dulu!).

Hajat di hati dengan sedikit duit itu saya nak masuk ASB. Tapi saya tidak pasti adakah dengan pelaburan ini benar-benar memberi keuntungan pada saya. Dengan carian google saya cuba mencari info tentang pulangan yang diperolehi dari ASB ni.
Dan bertuahnya saya kena saya mendapat carian pertama dari link ini MommyLyna . Artikel ini menyebabkan saya benar-benar jatuh cinta dengan blog ini. Berhari-hari saya cuba membaca keseluruhan blog ini dan saya lihat ianya sarat dengan ilmu. Kenapa saya suka blog ini?

sebab saya lihat dalam blog ini ada
1. Kasih Sayang
2. Kemanusiaan
3. Kesihatan
4. Duit yang lebih berkepuk2 :-) :-) (tapi perlu usaha ikut tips Mommy Lyna)

Dan saya akui saya masih di gear 1 ni. Harap2 dengan adanya ipad dari Mommy Lyna ( :-) ) saya boleh terus ke gear 5...heh heh heh




p/s:
Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack

Saturday, February 12, 2011

Seindah lukisan

Saya sangat suka dengan gambar2 dibawah ini.
Gambar ini diambil masa kami pergi makan di Muara Ikan Bakar Pelabuhan Kl;ang...
dah lama maybe 3 atau 4 bulan lepas.
Pemandangan ini waktu petang..maybe around 7 malam..
sangat cantik tertarik kau mmg deboommmm..
(atau kameranya yg canggih??? ahakss)
Langit yang membiru ....
Air yang tenang...
Ohh teruja dan sangat kagum dengan ciptaan tuhan......
Ya Allah , Sesungguhnya engkaulah tuhan yang memiliki kekuasaan langit dan bumi...





Sunday, January 30, 2011

Penunggu di Bukit ini



lama..
untuk yang kerja di KL, apply cuti 2 hari sahaja (30 Jan dan 2 Feb) dapat 9 hari cuti..
best2 best...
Ramai kawan2 yang dah memulakan perjalanan balik kampung mahupun membawa keluarga bercuti....
Saya masih disini...penunggu setia di Bandaraya Height!. Tak pergi mana2 kerana cik suami sibuk menggembirakan pengantin dengan kek2 perkahwinan mahupun hantaran....
Cuti lama mau buat apa yer.....

For those heading back hometown, drive safely
For those staying at home, enjoy your holidays
For those working next monday, enjoy yourselves
For those got nothing to do, better get something to do...

Thursday, January 20, 2011

Hari Keluarga Suradi 2011

Minggu yang penat!
Bekejar sana sini...rasa mcm tak bernafas pulak.
Ketika semua ahli keluarga telah berkumpul di Bt Pahat , keluarga kami pukul 5 pagi baru bertolak dari Shah Alam
Alhamdulillah selamat sampai jam 8 pagi di Bt Pahat.

Sempena meraikan Hari keluarga Suradi 2011, kali ini keluarga hubby menjadi penganjur..Seronok berkumpul . Ada yg kenal ada yg tak kenal.
4 Generasi dihimpun'berbagai aktiviti dibuat dan mcm2 hadiah disediakan. Aku bertugas di Bahagian Pendaftaran. Kira semua org la aku jumpa.
Alhamdulillah semua berjalan baik. cuaca pun sgt baik...
Majlis berakhir jam 3 petang. Kami sambung dan qadha tidur di Hotel Silver Inn dan keesokkannya baru balik ke Shah Alam...!










Tuesday, January 11, 2011

Rindu padanya




Rindunya dengan Ammar.
Pagi tadi dia balik kg ikut neneknya(pengasuh)
Khamis baru balik Shah Alam..
teramat la rindu
rumah sunyi sepi.
Mama tak bole tido..
anak mama bole tido ke agaknya malam ni tanpa pelukan mama..????

Monday, January 3, 2011

Lepak @ Kelab Montarez

ALhamdulillah ahad lepas berkesempatan bawa anak2 beriadah.
Plan asalnya hanya mahu ke akuatik.
Selepas membeli bekal sarapan pagi nasi lemak 10 bungkus, kami bergerak ke Pusat Akuatik Shah Alam. dah janji dengan family andak. BAru sekerat jalan Andak telefon Pusat Akuatik ditutup! Aiseymen awat lagu ni.
Melihat Husna yg dah terover excitednya dengan pakaian renangnya menyebabkan terpaksa la cari tempat lain untuk aktiviti mandi manda.

Akhirnya semua pergi ke Kelab Montarez...hu hu hu..best jugak...ada privasi sikit..mujurla abang ada kad keahlian disitu..hampir 3 jam dalam kolam...Ammar pun sangat la suka....HUsna sampai ada sesi belajar berenang dengan Farhan...yang lain main air sampai tak ingat dunia...Sakit tekak suruh naik balik...!

Mulanya nak tangkap gambar 3 budak chubby ni..tapi ada lak sorang kurus kering interperemmmmmm...ha ha ha


Husna ambil nafas lepas gaya bebas 50 meter....


Sesi membuli turut berlaku...


Ada aktiviti keganasan di kolam ini....!


Ammar keletihan selepas satu jam setengah dalam kolam. Tertidur di pangkuan abah yang telah memulakan sesi ngorok sejak awal bismillah lagi....



P/s: Mama gembira dapat mengembirakan anak2 mama selepas sekian lama seperti mengabaikan mereka ajer...huh huh huh