Selepas menjalani pembedahan ,kawan baik saya yang jelita Aizarina Mia suggest untuk minum air daun pecah beling. uols pernah dengar tak tumbuhan ini? Saya blend daunnya , tapis dan simpan dalam peti ais. waktu nak minum saya bubuh sedikit stevia yang saya beli dari Abe Aji Zakaria Mat Diar. Rasanya boleh tahan. Macam teh hijau. Kalau kita google rupanya daun ini amat banyak khasiatnya.
Kajian secara saintifik juga telah dibuat. Ia bukan sahaja baik untuk batu karang, tetapi juga untuk kencing manis, kanser dan merendahkan kolestrol. Daripada kajian makmal yang dilakukan oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), daun pecah beling mempunyai kandungan mineral yang sangat tinggi seperti kalium (51%), kalsium (24%), natrium (24%), ferum (1%) dan fosforus (1%). Daunnya juga mempunyai kandungan vitamin C, B1, B2 yang agak tinggi dan banyak bahan yang lain seperti katekin dan tannin. Daun ini juga mengandungi kafeina, tetapi kandungannya adalah rendah. Kesemua kandungan yang dinyatakan menyumbang kepada paras jumlah antioksidan (total antioxidant activity) yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan yerbamate (teh herba) dan vitamin E (alfa-tokoferol)
Selain dari itu pecah beling didapati mampu menghancurkan batu yang terdapat dalam hempedu dan di buah pinggang. Tumbuhan ini juga berupaya menurunkan kolestrol dalam badan dan melancarkan pembuangan air kencing. Boleh google lagi utk tahu banyak khasiat yang lain.
Lps ni jom ramai-ramai kita tanam pokok ni. Sangat bermanafaat! Share la untuk kebaikan rakan yang lain. Doakan saya cepat sihat yer #daunpecahbeling #nephroticsyndrome #kidneystone
ni lepas saya blend daunnya. sedikit stevia untuk menambah rasa |