Wednesday, July 17, 2013

Sebuah Kerinduan....

Sesungguhnya kehilangan ini
Terasa amat pilunya
Bagai tak puas bermanja
dibelai dan disayangi
Betapa sayunya hati..bila kehilangan suara dihujung corong telefon
menelefon ku bertanya khabar..sambil dihujung suara ketawa riang
Dan bila saat itu tidak dapat dikembalikan
Terasa benar kehilangan
Sepanjang usia ku diberi kasih sayang
Tak lokek dengan nasihat
Tika dirinya dimamah derita
begitu susah hatinya dia mendengar batuk ku..walau baru sekali berbunyi
Sesungguhnya kasih sayang ini larut dalam diri.....Begitu terasa kehangatannya...
walau jasad itu telah pergi...dan tak kembali
Dalam setiap hela nafas ini, ada rindu yang sentiasa bertamu.......





Alfatihah untuk kakak tersayang Hajah Rusni Yunos
yang menemui Ilahi tanggal 1 Julai 2013 jam 6.35

Tuesday, May 28, 2013

Berkelah depan rumah


Hujung minggu yang santai
Husna minta cekodok letup cicah dengan ikan sardin
Makanan kegemarannya.
dan pagi Ahad yang best(sbb cuti) mama pun menggoreng la cekodok letup
dan masak satu tin sardin .Ingat nak bawa gi taman
tapi last minute kami berkelah depan umah ajer..
pasang meja jepun, bentang tikar...ha ha haaaaaaaaaaaenjoyyysss di pagi Ahad!
*** Kak Yong Tikah pun ada. Kak Yong tikah ni kakak sepupu Husna